permata hati ibu dan ayah

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, 5 January 2017

Aqeel's going to school

Salam. Hai readers

New experience ni ofkos kena cerita dalam blog.
Semalam is his 1st day at school. Bangun pagi ceria, mandi dengan air paip biasa, excited pakai baju sekolah.hehe

Cuma for the 1st day tu aqeel agak blur-blur.Dia bergerak agak slow, salam cikgu malu-malu, cakap pon tak bukak mulut sangat, senyum pun tak tapi dia langsung tak nangis. Dia follow je kawan-kawan. Maybe sebab dia dah biasa pegi taska.

Bila ibu cakap kat cikgu dia agak blur harini ticer. Cikgu cakap "it's ok puan. 1st day kan. Saya percaya tak lama lagi dia lah hero". Hmm lega hati ibu.

So everything when well for the 1st day and 2nd day ni. Takde drama air mata tapi Aqeel pesan dia nak ibu anta sampai tadika, time balik nak ayah ada. Maybe dia tengok kawan-kawan lain ibu ayah still tunggu. Ok sayang. Take your time. Ibu takde masalah pon nak hantar Aqeel sampai school hari-hari.



Friday, 30 December 2016

IZI Stesen

Salam.  Hai readers

Agak lama jugak dah husband cerita pasal schoolmate die masa kat SEMESTA ada bukak kedai shellout. Aku dengarkan je la sambil cakap ok nanti kite pegi try ye.
Tiba-tiba kemarin balik keje husband suruh siap-siap nak pegi shellout katenye. Gile taknak! Laju je mandi pastu siap-siap.
Senang cakap location IZI Stesen ni kat Sungai Buloh. Dekat je rupanya dengan Rawang.

Sampai-sampai keliru nak order set mana.
RM35 untuk set 1-2 orang
RM60 untuk set 3-4 orang
Last-last kitorang decide nak amek 2 set RM35 tu sebab boleh rasa 2 flavour/sos. Kalau amek set yang RM60 tu kena pilih 1 flavour je. Dalam hati cakap, takpe kalau tak habes tapau la. Kononnnn..


Tak sampai seminit lepas order terus datang waiter setup plastik kat meja, pastu letak nasi. Tak lama pastu terus tuangkan lauk-lauk atas meja. Buntang mata aqeel tengok orang tu tuang lauk takde pinggan.hahaha



Kami pilih sos butter milk dan asam pedas. Konon butter milk tu untuk anak-anak la sekali....ibu yang habeskan.

Butter milk lemak2 masin, agak muak kalau makan banyak-banyak. Tapi sebab kami amek set asam pedas jugak so takde la rasa muak tu.
Dekat sejam jugak kami menghadap hidupan-hidupan bercengkerang tu. Memang feveret husband la makanan laut ni, so dia yang banyak settlekan. Tersandor kekenyangan anak beranak.



Very recommended untuk sesape yang mencari shellout yang banyak, sedap dan murah.
Untuk location boleh waze IZI Stesen

IG : izistesen
FB : IZI Stesen
Contact No : 0163357805

Thursday, 15 December 2016

#MyTravelokaEscapade : Langkawi

Salam. hai readers

Hajat di hati nak ke Langkawi tahun depan. Dapat percutian 3 hari 2 malam pon dah cukup best kan.

Dah mula survey-survey hotel yang best di Langkawi dengan menggunakan Traveloka. Yang bestnya Traveloka ni, kita boleh booked flight dan hotel dalam satu website. Tak payah dah nak buka banyak-banyak website pastu lost mana yang lagi murah.hahaha (gelakkan diri sendiri). Sort lah result mengikut keperluan korang. By price ke, by popularity ke. Bagi mak anak dua ni mestilah nak hotel yang selesa with elevator facilities. Dapat yang ada swimming pool satu bonus sebab anak-anak mak hantu air.hahaha. Tapi kalau ke Langkawi saya nak pilih chalet di tepi Pantai Chenang. Kate orang Pantai Chenang ni memang happening malam-malam, dah macam Krabi.hehe

Kalau sebut Langkawi je tak nampak lain mesti nampak coklat kan. Hehe. Tapi bagi kami sekeluarga kalau ke Langkawi, kami pilih nak melawat atau buat aktiviti bersama anak-anak. Aktiviti air mungkin tak sesuai sebab anak-anak still kecik.

Sampai-sampai je mestilah tangkap gambar dengan replika burung helang setinggi 12 meter tu. Bukti dah sampai Langkawi kan.hehe



Destinasi pertama yang sesuai untuk anak-anak ialah Art in Paradise. Muzium seni 3d. Sesuai la untuk bergambar dengan anak-anak kan. Harga tiket art in paradise ialah dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. Lukisan 3D ni bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia. Tapi ia juga antara koleksi 3D terbesar dunia. Yang tu baru 3D, dekat Langkawi ada Muzium 5D (Believe Langkawi). Muzium 5D pertama di Malaysia tau.5D maknanya kita boleh bau, dengar, nampak, rasa dan jugak sentuh. Muzium ni terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Harga tiket untuk Muzium 5D ni pulak dewasa RM20 dan kanak-kanak Rm15



Aktiviti seterusnya ke Sky Bridge. Waktu terbaik untuk ke Sky Bridge ni ialah pada waktu petang sebab kurang panas. Bestnya dapat tengok permandangan 360 darjah Pulau Langkawi dari atas puncak kan. Sky Bridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit. Nak ke Sky Bridge ni kena naik kereta kabel. Yang ni mesti Aqeel suka sebab dia memang tak gayat.ibu? gayat! tapi ibu nak try naik glass bottom gondola tu.hehe. Harga tiket untuk glass bottom gondola ni RM85 seorang.




Aktiviti malam kita jalan-jalan di Pantai Chenang. Little Krabi kate orang.Boleh la shopping sourvenir kan. Kalau membayangkan Krabi, mesti sangat happening kan.



Bawak anak-anak ni seronok jugak kalau dapat tengok binatang. Jom la ke Underwater world Langkawi. Anak-anak mesti suka dapat tengok penguin, jerung, pari, lobster dan macam-macam ikan kan. Harga tiket untuk pemegang mykad dewasa RM36 dan kanak-kanak Rm26.Itu baru hidupan marin, jom kita tengok binatang lain kat Langkawi Wildlife Park. Taman ni macam mini zoo yang ada macam-macam jenis binatang. Siap boleh bagi makan binatang. Ini memang feveret Ammara lah. animal lover tu.hehe




Dah letih berjalan separuh hari, petangnya boleh la beraktiviti kat Pantai Chenang. Pantai Chenang merupakan pantai tumpuan yang popular sebab macam-macam pakej aktiviti air terdapat disini. Antara aktiviti aktiviti menarik adalah seperti Parasailing, Jetski, dan banana boat. Selain dari itu, pantainya pon bersih. sesuai la kalau nak bagi peluang anak-anak mandi laut kan. Lepastu  boleh la nikmati permandangan matahari terbenam..mesti cantik!



Tiba-tiba rasa macam tak cukup pulak 3 hari. banyak lagi tempat menarik di Langkawi ni..HIG, Idaman Suri, World of Perfume tak pegi lagi. ehh3 bukan ibu cakap taknak shopping ke?hahaha.Hmm harapnya hajat nak ke Langkawi ni tercapai. Traveloka we need a holiday lah!



bloggerwidgets