permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 11 August 2011

picking the perfect wedding date - 21112

salam..

semalam mak call tanya tarikh kenduri.mak tanya chinese new year bulan brape? dengan senang hatinya cakap "bulan 2 la mak..kan tahun lepas bulan 2"..sekali kena smash tepat di hidung "raya cina pun macam raya kita gak..tak kan tiap2 tahun bulan 2..diorang pun ada kalendar diorang..hai la anak"
adehh..nape la x trpikir yang tarikh chinese new year berubah tiap tahun.. *debish2*..teros laju2 gugel kalendar 2012..
kejadahnye la blurkan kalendar ni..haha..ekceli nak focus kat bulan januari

ohhh chinese new year bulan 1 la mak..23, 24 januari..alamak..nape makin cepat dari perancangan ni..laju2 call incik Lah plak
 
sy : abg, kte kawen bulan 1, chinese new year bulan 1..cane ni?
die : da confirm ke? ce check betol2..
sy : da la..org tengok kat tenet
die : ok..kawen bulan 1 la..
sy : uhhh -_-" (xde prasaan bf aku ni)..hmmm tapi nanti umi mesti x setuju..umi kan ingat chinese new year bulan 2
die : ehh umi x cakap pun bulan dua kan..umi cakap chinese new year..dats mean its ok la kalo chinese new year jatuh dalam bulan pe pon.tol x?
sy : hmm ok la cetu..

21 januari 2012 atau ringkasnya 21112..cantek jugak tarikh ni..huhu.ok2 setuju..pagi ni google plak tarikh tersebut dalam bulan islam..27 safar..hmm ada kepercayaan orang melayu kata x elok kahwin dalam bulan safar.gugel plak fadhilat2 bulan islam..and i found dis

Fadhilat Bulan-Bulan Islam : Safar

Safar bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumahtangga mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka.

Menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka melakukan amalan-amalan karut sebagai cara menolak bala yang dipercayainya itu. Selama berpuluh atau mungkin beratus tahun lamanya mereka telah mengamalkan madi-manda dan berpesta yang dikenali dengan "mandi safar" pada hari Rabu minggu yang terakhir dalam bulan Safar ini. Kebanyakan umat Islam�pada masa ini khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat kedua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dibenteras dengan kerasnya oleh agama Islam, sebagaimana telah difirmankan oleh Allah subahanahu wa ta'ala dalam surah at-Taubah ayat 51:
Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".

Oleh yang demikian umat Islam hendaklah membuang sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan syirik.

see..itu sume karut la..jadinye bole la kawen bulan 1 neh..tunggu keputusan abah dan mak serta umi dan abah..

daa

p/s - sekarang ni adat orang melayu dah dijadikan cam hukum plak (abdullah, 2011)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets