permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 4 November 2011

rumah selepas kahwin


salam..hai semua (greeting dlm blog ni caca marba dah hah..)

entri kali ni pasal rumah lepas kawen..nak beli ke? nak sewa ke? lokasi? jarak dari shah alam? jarak dari bukit beruntung? kos?..err macam-macam yang saya dan incik tunang pikirkan. 2 bulan setengah bukanlah terlalu lama lagi kan nak kawen.so nak tak nak memang kena pikir benda ni.

nak beli ke?
dalam masa dua bulan ni rase2 ade ke umah yang baru nak naek+menepati budget..ye saya taw tiada..ada yang baru naek tapi yang menepati budget dah sold out..hmm.

nak sewa ke?
ada dua pilihan je pun kan..antara beli atau sewa.bila susah sangat nak cari rumah nak beli, kami decide untuk sewa rumah.

lokasi?
ini antara perkara yang amat perlu diambilkira (err maaf cikgu bM..sy tak pasti ade jarak tak antara word di-ambil-kira)..haha.ye2 ini amat penting sebab incik tunang bekerja di bukit beruntung dan saya di shah alam.memang satu negeri tapi jarak antara keduanya akan membuatkan separuh dari gaji saya dihabeskan di jalanraya.petrol+toll.jadi kami ambil keputusan untuk tinggal di rawang.lokasi ditengah2 antara bb dan shah alam.

dan alhamdulillah kami dah jumpe rumah sewa yang sesuai dengan harga yg sangat2 berpatutan..partially furnished..sesuai kot untuk orang yang baru nak bina kehidupan..haha..insyallah hujung minggu depan kami akan tengok rumah dan kalau sesuai incik tunang akan start menyewa pertengahan november.(jadi pas kawen nanti saya dah ada rumah yang siap dikemas..hohoi..pemalas neh)..

bila difikir-fikirkan balik, mungkin ini yang paling sesuai wat masa ni.lepas kawen kami perlu kurangkan belanja+tiada belanja yang besar untuk barang rumah..beli rumah? insyallah dalam 2-3 tahun lagi.aminn :)


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets