permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 30 September 2011

Iqbal Fahreen dan pengorbanan seorang ibu

salam..

pagi tadi masa nak drive pegi ofis saje bukak fb kat fon sementara jalan jem...terbaca satu notes dari seorang kawan.sangat berminat nak baca sampai habes..drive sambil scroll2 and baca sampai habes cerita tu..tak sedar mengalir air mata..sedih..ye sangat sedih..ni ceritanya..maybe ramai yang dah tau pasal adik ni..


dengan kek lori :'(

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Thursday, 29 September 2011

rezeki tunang

salam..
hai semua..2nd entry for dis week..cargas plak taip entry minggu ni..haha.
orang slalu cakap pasal rezeki lepas kawen, rezeki anak tapi ni sy cakap pasal rezeki tunang plak.ngeh

pertamanya..insyallah 4 oktober ni tamat tempoh probation keje..sedar x sedar dah 6 bulan keje kat sini.jadinye last week boss panggil untuk evaluation session.cuakkk? harusss.tapi yang bestnye sebelum kluar dari opis,

boss : kalau i naikkan gaji u lagi 300 ok tak? or u want to beat for 500 increment?
saya : erk (sambil wat muka trkejut+kurang percaya)..ok je boss coz i pun didn't give any contribution to the company during dis 6 month.
boss : ok..i'll inform admin dept for the increment

Alhamdulillah, syukur ya allah :)
wahhh..happy tahu..sbb tak expect langsung..ekceli memang boss ade cakap masa interview dulu, "once u confirm baru u dapat gaji level master".tapi ingatkan boss assume sy belom level master sebab xde transrip master..insyallah ujung bulan depan baru konvo..huu~ tapi sangat2 bersyukur sebab dalam masa sekarang ni mmmg i need more money..huhu

keduanya..maseh di opis..

(di bilik admin manager)

dia : u yang recomend dis girl kan? akma..for the post software engineer
saya : erk (sebenarnya tolong forward resume jek..x kenal pon :P)..haah..she's a friend of my friends..
dia : ohh..if she's finished her 6 month probation period, company will give you 500..

happy kali kedua walaupun lagi 6 bulan baru la dapat duet tersebot..haha..tu pun kalo si akma tu stay 6bulan di company ini..dan itu adalah rezeki selepas kawen.. (^^)v
overall saya sangat happy..mungkin inilah dinamakan rezeki tunang.alhamdulillah :)

daa..

Wednesday, 28 September 2011

tiga..tiga..dan tiga..

salam..
hai semua..
ape yang tiga..tiga..tiga ni..hehe
tengok kat menghitung hari tu. kami dah bertunang 3weeks n 3days..3months, 3weeks n 3 days until our big day..hoho.
 
hasil blogwalking hari ni banyak yang cerita pasal perkahwinan norman hakim dan memey.banyak juga yang mencerca..xde plak bace yang memuji..ekeke.naseb kamu la memey.bagi sy..die ni sebenarnye cantik tapi sebab cerita2 buruk die wat orang nampak die seburuk cerita2 tu.(ehh banyak plak words buruk..haha).kesian gak kat die.hmm.kesian sebab banyak yang menyumpah..sy pun tak suke dengan memey ni tapi siapa kita nak hukum die.abby pon doakan kebahagian diorang..so sy pun nak doakan jugak semoga diorang bahagia hingga ke syurga..aminn
 
ok next..meh nak cite ape yang jadi wiken ritu.dalam post ni sy ade cakap nak pegi pameran pengantin kat Ampang point..beria2 nih..siap cancel nak balik kampung minggu lepas..beria2 jugak ajak incik tunang, meracuni pikiran incik tunang dengan kunon2 best woooo kalo dapat g pameran pengantin ni..hahaha.. tapi...
 
kami hampa.aduhainye pon..tempat tu kecik.pastu bersesak2..hmm (ke ni anggapan sy sorang je..sebab x penah lagi pegi pameran pengantin kannn).
ape je yang kitorang dapat..dapat banyakkkk brochure (yang hanya dibelek setelah berada dalam kereta..haha).singgah kejap2 tengok design baju, incik tunang dah tunjuk muka boring-hint nak ajak balik.dan sy pun rase xde pe yang menarik.
keluar je dari ampang point tunang tanya "nak g nilai tak?"..hmm macam best..marilahh..boleh survey doorgift skali.
 
kitorang sampai di nilai dekat pukul 5..gara2 terperangkap dalam jem kat federal..ampang ke nilai amek masa 5 jam.aduhh..
sampai2 je terus g lunch (lunch mende kul 5)..da mengenyangkan perut barulah kami start berjalan2.masuk kedai sini..masuk kedai sana..tapi semuanya nampak lebih mahal dari harga kat semua house.isk..nape ramai yang cakap barang kat nilai ni murah..hmm jadinye hari sabtu tu tak dimanfaatkan dengan baik..hasil buruan=0
 
the next day sy decide nak jalan2 kat shah alam je.no more KL..dan sy cakap kat incik tunang nak cari baju dan prop untuk pre wed.dan dia seperti biasa hanya mengikut je.hasil buruan - kebaya putih dan love shape pillow..saya soooka..

 
dua hari dengan incik tunang bukanlah langsung tak bincang pape hal kawen.incik tunang bagi idea untuk kurangkan perbelanjaan kahwin..die suruh DIY : 
Invitation Card - mampukah? saya bukan sekreatif yang awk sangkakan..adehh..cabaran neh 

Bunga Pahar - ye..memang dah plan nak DIM bunga pahar bunga tisu (erkk belasah jek la)


Doorgift - hmm ini masih dalam perancangan sebab tataw lagi nak buat ape..haha
 
Guest Book - yang ni yakin sikit boleh DIM
 
Button Badge - erkk abe weh, hok ni pom kena DIM ke..*pingsan*

sekian bebelan untuk hari ni..
daa

p/s - tinggi menggunung betol harapan incik tunang ni..bila tengok tepi tuh..isk sempat ke ni..hmm (-_-)"

Thursday, 22 September 2011

Releventkah merisik?

salam..

pagi tadi dengar pasal topik ni kat hot fm..relevantkah?hmm bagi sy sesuatu adat tu kalau tidak bertentangan dgn hukum Islam, ia boleh dilakukan dan adat merisik ni tidak bertentangan dgn hukum. macam yang kita tahu bagi sesuatu proses perkahwinan, harus untuk menggunakan wakil bagi mencari jodoh dan berbincang dgn keluarga calon pasangan. So, samada tindakan merisik itu adalah suatu adat atau tidak, relevan atau tidak untuk masakini, ianya adalah harus untuk dilakukan... Wallahu alam....

dan sy termasuk diantara yang mengikut adat
majlis merisik 5 bulan lepas..23 April 2011

muka selemoih..berkilat2.. :P


bakal berbesen..ekkk berbesan :)


semoga hubungan yang dibina atas dasar kasih dan sayang serta direstui keluarga kedua2 belah pihak ini akan kekal hingga ke akhir hayat..aminn :)

Tuesday, 20 September 2011

wedding progress

salam..

cehh tajuk entri tu menunjukkan macam banyak je progressnye..padahal 1 je punnnn..haha
apekah progress yang satu itu?heh..kain untuk baju nikah telah selamat dihantar untuk dijahit..

dimana? Butik Najib di Plaza Alam Sentral
 
kenapa butik ini? Najib tu pakcik incik tunang (jalan terbaik mengurangkan kos..huahuahua..)

fesyennya? beaded lace + satin + chiffon =  kurung moden + lengan kecik wif button (tak reti nak describe) + kain flowy..

simple jek..mungkin cmni kot hasilnya nanti..



hmm sejak-sejak incik gen2 duk dalam ospital..keExcitedan kami berdua untuk preparation kawen semakin berkurang.incik tunang asek ke hulu ke hilir menguruskan kes kereta tu.accident kecik pon amek mse yang lame..adehh

ohh ya..rancangan nak balik ke pekan + 1st pre wed pun terpaksa dibatalkan. beliau risau untuk balik menaiki baby FLuffyku..takot sangkot di karak katanya..keji tau..*orang balik tepen (read as taiping) rilek je merentas bukit tinggi..huhh!!*

lebih memilukan bila warna tema kawen kitorang dirampas oleh abang..ohhh sadis skali (over sangat dak ni..).haha.maseh memikirkan warna tercantik untuk kami dihari bahagia nanti..ngeh!

progress kawen baru 2% je kot..tengok sikit bape banyak masa lagi ade..4 month lagi..rilek laaa..(cuba menenangkan diri sendri..hmmm2)

dis weekend suda ada agenda tersendiri.mahu menyerang pameran pengantin di ampang point.semoga disuluhkan jalan untuk kami buat persiapan..hohoi..

p/s : dalam ketiadaan progress kerja kawen ini..saya masih memikirkan sesuatu untuk di DIM..pisss (^^)v

Tuesday, 13 September 2011

kesah si darah manes - cincin dan accident

salam..

hai everibodi..hoho..tajuk entri agak sadis..ye sangat sadis ye anda semua..hmm
kejadian berlaku hari sabtu yang lepas. sy dan incik tunang pegi beraya kat rumah abg di putrajaya..balik dari putrajaya terus la pegi mencari ring guard untuk cincin tunang yang longgar ni.cari punye cari sampai la ke habib di plaza shah alam..jumpe, beli dan terus dipasangkan.

suda dipasangkan..skrg ia terletak kemas dijari..hehe

odw balik dari plaza shah alam kitorang naek federal highway sebab nak mengelak banyak traffic lite.

hmm tbe2 bammmm!! kuat sangat bunyi..terkejot..terkedu..kete dah ketepi, sikit lagi nak langgar divider.nasib baik incik tunang yang drive.die pegang stereng kuat la nak dbandingkan dengan sy.kalo sy yang bawak xtau la kemana peginye.

turun2 tengok..nah...habes pintu depan sebelah driver..check2 pintu blakang pon trime akibat yg sme juga..allahuakbar..nak menangis tengok cik gen2 diperlakukan sebegitu..huhu.emo sikit sebab kete ni banyak berjasa.haha

ohh habessss...!!~

incik tunang yg x banyak cakap pon bleh kua kete dengan marah2..ohh 1st time tengok die sangat hangen..bincang2 dan driver lori tu kasi ic die untuk kitorang amek gamba..no plat lori dan kitorang tros ke IPD shah alam untuk wat report..hmmm.

betol kata orang, lepas brtunang ni darah manis.kalo nak taw incik tunang ni sorang yg sangat2 brhati2 time drive..tapi kena jugak langgar.da ditakdirkan kitorang accident sabtu lepas tapi alhamdulillah kami x cedera.syukur ya allah.

harini datang keje ezryn hulur gift yg die dapat masa g exhibition kat klcc last week.. suka sangat.mcm sesuai nak wat sebagai doorgift kawen.isinya epal dan anggur hijau.ngeh :)

sangat comel (^^)v

dats all utk kali ni..progress untuk kawen maseh zero..hoho
daaa

Friday, 9 September 2011

pre wedding ideas

salam..

hai readers..huish 's' kat belakang tu tak tinggal..kunon ramai pembaca..ekeke

kejadahnye baru 5 hari tunang da cite pasal pre wed neh..hahaha.ini semua gara-gara incik tunang ajak pulang ke Pekan hujung minggu depan.hujung minggu depan kan cuti hari malaysia.jadinye incik tunang nak amek peluang tu bawak tunang die ni pulang ke kampung dengan alasan nak bawak beraya + tengok anak sedara kembar baru die tu..hoho.baru incik tunang suggest,  da terpikir macam2 nak dbuat kat sane..haha.

kami berjumpa dan bercinta masa kat matrik pahang.penah cite dalam entri ni.sejak habes je matrik langsung dah x menjejakkan kaki kat pahang.alasan yang paling kukuh ialah sebab jauhhhhh..bila ade peluang nak pegi pahang sy terpikir why not kte wat pre wed terus sebab kami ade banyak memori kat pahang.nanti tah bile baru bleh balik pahang lagi.kalau nak kata nti akan bvalik jugak nk fitting baju, tengok pelamin..or sebab2 laen utk uruskan pasal wedding..jawapannye tak..sy tempah baju nikah dan baju untuk bertandang pada pakcik incik tunang. najib namenye..die mmg ada bridal gallery.

so..dengan pantas bagitau incik tunang keinginan dihati dan die pun setuju.cumanya kami tak nak keluarkan bajet yang besar untuk 1st pre wed ni sebab mungkin akan ade 1 lagi sesi pre wed.atau mungkin 2, 3 pun ade kemungkinan.haha.tambahan plak pre wed kali ni kami x de photographer.cuma akan mintak tolong sepupu incik tunang maybe.

ingat nak shoot pre wed di teluk cempedak.tempat pertama cinta bertaut..ecehhh.laju-laju google gambar2 pre wed..alaaa..macam banyak yang guna prop.hmm2.jom kite jamu mata tengok gamba2 pre wed ni sambil mencari idea-idea bernas

style ohh tapi wat pre wed kali ni kami kan nak wat outdoor jek..isk..

next..


comel jek..ini pemilik blog Dia Terima Nikahnya. tapiiiiiii kami jumpe kat matrik.mane ade pakai uniform skola lagik.hmmm tapi maseh bole kalo nak wat kat dlm matrik pahang cuma pakai baju kurung dan kemeja bertie..hahahaha..akan difikirkan nanti..



ini gamba kat taman.cantek..prop hanya belon2 warna-warni...affordable.tapiiii...ade ke orang bawak belon kat pantai..hmmmmm


ini juga comel..tak perlukan apa2 prop..gitar puteh itu cantekk..hmm2


sukerrr sangat papan hitam kecik ni..hmmm..akan usaha cari sebelom balik pahang.murah je kan???

itu je hasil menggugel yg sesuai utk dilaksanakan untuk our 1st session pre wed..dalam pikiran nak wat camni :

-shoot dekat Teluk Cempedak (significantnya sebab 1st bersuara disitu)
-nak kami berdua pakai baju puteh..(cinta suci gitu)
-i want to bring along love shape pillow..(comel2 je..yg ni pon kne beli ekceli)
-dan pastinye papan hitam kecik.

itu sahaja idea wat masa ni.nanti update semula bila ade idea lagi..

p/s - plan macam2 tapi sebenarnya tak mintak kebenaran pon lagi dari mak n abah nak g pekan..hahahaha..

p/s lagik - sori ye tuan pnye gamba.pinjam wat rujukan.x ingat amek kat mane..just gugel image ..mahap yekk..~


Wednesday, 7 September 2011

Majlis Pertunangan - 3 September 2011

salam..

hai lovely readers..hoho..(ko pikir ramai ke yang bace blog picisan ni hah)..haha..xpe la nk prasan jap

ok2.setelah 2 minggu tidak berblog rindu plak.tak sempat nak blogwalking.hehe
entri ni nak cite tentang majlis 3 September 2011.majlis pertunangan saya..ngeh
alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ade sikit benda yang wat sy menangis sehari selepas majlis.hmm tapi x nak ingat lah pasal benda tu dah..yang lepas biar lepas
ok2..meh nak review pasal majlis (neves nak letak gamba sendiri kat blog..1st time neh..haha.eceh gedik sgt la)

doorgift
seperti yang dirancang, sy letakkan tasbih dalam kotak yng dibuat sendiri.tapi bile tengok cam kosong plak beg doorgift.so packing kerepek bawang kecik2 letak dalam beg tu.hmm kebetulan alang pun ade beli something untuk letak dalam beg tu sebab pagi sabtu tu ade majlis cukur jambul anaknye.alang beli pewangi yang bentuk bunga ros and yassin.tapi yassin tu besar sangat.tak muat nak letak dlam beg.so sy pun letak pewangi tu je.jadinye doorgift untuk family incik Lah ade tasbih+kerepek bawang+pewangi.dan doorgift untuk tetamu ade yassin.

pelamin
terasa excited nak cite pasal pelamin yang disangka mini ni..haha.sy tengok pelamin mini untuk bertunang selalunye simple je..kecik n duduk atas bantal.tapi pelamin sy macam pelamin orang kawen.hari khamis diorang dah start nak pasang pelamin.dan yang menampakkan pelamin tu over besar ialah sebab tiang untuk pelamin tu x muat nak masuk umah..ohh..tinggi umah x sampai 8 kaki rupenye.nak x nak diorang terpaksa potong cket tiang tu..haha..ble da siap pasang pnye la trkejut.besonyeee.tapi suke sgt sbb cantek..(ehh ko sorang jek cakap cantek..haha)

abaikan kek tu..ni gamba dr unofficial photographer :P

henna
sy wat henna 2 ari sebelum majlis dengan harapan kaler henna tu tak terang sangat..tapi harapan tinggal harapan.henna terang benderang lagi walopon da dua hari..haha.tapi sukaaa sebab ramai puji coraknye cantekk.haha.sy wat henna kt bazar india kat taiping.15 minit je die siapkan dengan bayaran 20 rggt jek untuk atas kedua2 tangan..i loike..


canopy
yang ni pun dipasang awal.hari jumaat dah terpacak depan rumah.siap berscallop merah puteh..hadoiyai da rupe rumah pengantin.haha


mekap
sy kne mekap di kedai.jadinye seawal 7.30 pagi ktorang dah gerak ke changkat jering..awainyaaa..ni sebab kak azie ade byk slot mekap.trpaksa la mekap awal.sampai2 je disuruh cuci muka and bersedia untuk ditempekkan segala mak nenek mekap.berserah jek.adek dah geleng kpala tengok betapa tebalnya mekap kat muka.almaklumlah sy ni jarang mekap.siap je mekap terus pakai bju dan dipakaikan tudung and veil.hmm x pakai pun anak tudung yang ditempah kat nani tu sebab kaler x sesuai lak..uhh dan perkara yg paling ditakuti menjelma..kne pakai tudung awning..arghhh..seb bek maseh nampak comel (ekeke prasan lagikk)dan lagi skali saya sukaaaa dengan mekap kak azie..walopon tebal maseh nampak natural

uhuk malu :)

OP
OP namenye yazman.sy x kenal die sampai la pagi sampai kat kedai sazlees tu.kecik je budaknye..tapi pantas wat keje.die start shoot dari mekap sampai la habes majlis.overall sy ske cara die.agak profesional.

majlis
dah siap2 mekap sy pun balik la..ble smpai je rumah sume orang kata.."ehh laennya..ingat sapa tadi"..cehhh.mak pon cakap laen n cantik..sukaaa lagi..haha.posing2 kat bilik ngan barang hantaran..posing kat pelaminan..gedik2 cket..haha tak lama lepas tu rombongan pon sampai.rase diorang bincang sekejap sangat sebab sedar2 je yong dah panggil turun..menggigil kaki..dada rase cam nak meletop..haha.cuakks.turun dari tangga x tengok orang dah.takot..teros duduk kat pelamin.banyak betol cameraman hari tu..rase cam hartis..hahahaha..disarung cincin oleh umi incik tunang,ciom tgn..pipi..dan setrosnye bergamba dgn future family in law

muka cuak nampak sangat.. :P

catering
untuk majlis ni sy peruntukkan rm 1400 untuk makanan..untuk jemputan 200 orang..puas hati jugak sebab pengurusan tip top dengan makanan yang sedap.alhamdulillah

cincin
cincin yg disarung masa majlis tu umi incik tunang yang belikan..so 1st time tengok masa majlis hari tu.cincin ni besar la..bukan batu besar.saiznye besar..asek terpusing je kebawah.nanti nak cari penahan cincin ni kat habib mcm cik author SCR cte tu..hehe

x nampak sangat nye punnn..aduyai

hantaran
hantaran dari pihak sy, hias sendiri dan hasilnye dapat pujian dr org yang datang..sukaaaa lagi..heh.hantaran dari pihak incik lah dihias oleh umi incik tunang.cantek, simple and nampak exclusive.tapi ade crita sedih dsebalik hantaran ni yang wat menangis.xpe la..xnak ingat lagi.moga allah bagi ganjaran terhadap apa yang sy lakukan..aminn3 ya rabb

x nampak satu2..nanti dapat gamba dari op sy update semula

tu je kot detail2 mase majlis ritu.overall happy sebab semua yang dirancang berjalan lancar.satu je terkilan sebab x dapat tgkap gamba ngan incik tunang kat pelamin.sebabnye umi die kte takot hilang seri.sedih tapi buang jauh2 perasaan tu sebab x nak trasa hati ngan bakal mak mertua seniri..millionan trima kaseh kepada semua yang banyak membantu untuk menjayakan majlis gilang gemilang ini..hahaha over taw..dan lots of thanx to Sazlees Bridal.you've made my day..

p/s - entri panjang meleret gara2 malas nak review banyak2 kali..tapi nanti lepas dapat gambar dari OP mgkin akan review skali lagi versi gambar yang lebih cantik..hahahaha
bloggerwidgets