permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 6 June 2012

16 weeks

salam..hai readers..ehh cam tak caya plak dah 16 weeks..perkembangan baby


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.  

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 


perkembangan ibu yang semakin berkembang ni plak..minggu lepas mula rasa sengal2 dari punggung ke kaki bila makan benda2 sejuk..urgh! akibatnya sekarang ni cuba menjauhi makanan2 sejuk.

sudah buka buku merah dan perlu ke kk lagi next week untuk scan.

ramai yang tegur kata perut tak nampak pon lagi..aduhai..bikin ibu susah hati lah! bila pakai bby tee atau bju kurung moden baru nampak perut..nampak sikit je pon..kalo duduk baru nampak.kalo baring flat je.risau jugak..doa hari2 bby sehat kat dalam.hmm.x sabar nak scan next week.

semoga anak ibu sehat2 je dalam perut ibu ni..aminn

4 comments:

  1. :) seronoknya... tahniah ye awak.

    ReplyDelete
  2. xpe...bru 16weeks...tecik lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..org laen yg buat rase risau..asek tnye nape tak nampak perut :(

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets