permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 27 June 2012

19 weeks

salam.hai readers..lama tak update pasal anak ibu dalam perut ni yang sangat behave waktu ibu melalui peristiwa sedih..hmm

19 weeks..minggu depan nak masuk 5 bulan dah (tu pun kalo EDD tak berubah waktu scan besok)

Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.  

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku

perkembangan ibu..makin kurang selera makan, mungkin sebab peristiwa minggu lepas..selera langsung hilang..makan hanya memikirkan baby..perut masih comel..kakak ipar pelik bila cakap da 18week sebab perut memang tak nampak..sedangkan kakak ipar yang pregnant 2 bulan lewat pon dah nampak perut..tapi suami dah mengadu tak leh nak peluk rapat2..ade perut kat tengah..huhu.
besok akan ke 3rd checkup di kk kuang, scan lagi untuk menentukan EDD..

p/s : doakan kesihatan kami berdua ya.. :)

4 comments:

  1. Cx pon perut tkde. 18w4d dah. Bile agaknya nk nmpk prt. Cousin yg beza 2w pon perut dir da bulat ..cntk je. Cx kdg2 lupe yg cx preggy

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe perut kecik pon..asalkan bby sehat.hehe

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets