permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 7 September 2012

27 weeks

salam..hai readers..cepatnye mase berlalu..baby ibu dah 27 minggu..next week dah nak masuk 7 bulan..rase mcm baru je tau ade baby dalam perut ni..hehe.meh tengok perkembangan si kecik ni..

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.
 

- pergerakan memang sangat2 aktif..tambah2 waktu tengah hari.dah boleh nampak perut bergerak2..
- perut ibu pun dah menampakkan kebulatannya..huhu..dah nak masuk 7 bulan baru ade rupa pregnant mom..
- perlu tidur mengiring ke kiri..membontoti suami..aduhaiii maaf ye bang..itu je yang selesa..
- nafsu makan subhanallah..selera sungguh..! risau kot berat naek over je bulan ni..
- badan cepat berpeluh..tidur malam pun berpeluh2..huu~..panas sungguh
- kejang betis! tepat sekali..seksa rasanya..haritu dah hilang, ni datang balik..tiap mlm kejut suami mintak urutkan kaki.. 

tak sabar nak tunggu hari ahad ni.. dah wat appointment dgn miss jezz kat umra untuk scan 4d.anak ibu tolong beri kerjasama yaa..ibu nak taw gender anak ibu..
dannnn kames depan kena wat MGTT..(minum air gula)..aduhai..macam2 cte da bace jadi cuak lak..hmm

daa~

6 comments:

  1. Nur,nnt share gender baby k.

    ReplyDelete
  2. eh, nur pegi scan 3D 4D hari ahad gak ke? sama la dengan nisa..pukul berapa ye? nisa pun ke klinik yang sama gak. hehehe..around 10 lbh am :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..nur pnye appoinment kul 11..tapi masuk jumpe jezz kul 11.20 jugak la..ngee..mesti terserempak jugak sebenarnye.sbb nur sampai klinik kul 10.45 kot..

      Delete
  3. hehe..mungkin jugak la kan..cuma tak perasan je la..best kan buat 3D 4D ni ;-)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets