permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 18 September 2012

29 weeks

salam hai readers..
wahh seronok+cuak baca cerita bloggers dah melahirkan..huhu

anak ibu dah masuk 29 weeks..ape perkembangan si kecik ni sepatutnya :)

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.
Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang.
- berat masa scan 4d minggu lepas dah 1.3kg..ok maseh mengikut graf rasenye
- perut ibu pun rasenye makin besar..walaupun ramai sedara mara kate perut kecik walaupun dah 7 bulan.ngehehe.kadang-kadang rasa nak gelak tengok perut senget2..tak tau la bahagian baby yang mana tengah beralih..punggung ke, kaki ke..huu~ sgt seronok tgk anak ibu aktif
- kekerapan buang air kecik meningkat..satu malam dekat 3 kali bangun ke toilet..seb bek toilet dalam bilik.. 
- kejang kaki pun maseh tak hilang..
- permata hati ni sudah ade nama..terkeluar dr mulut si ayah bile taw yang anaknye boboiboy :)

4 comments:

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets