permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 29 October 2012

35 weeks - hidung berdarah!

salam..hai readers..belum terlambat kot nak ucapkan selamat hari raya aidiladha :)

pagi tadi mase bersihkan idung, terkejut nampak darah..haish mula2 sikit je..pastu tengok kat tisu ade banyak plak darah..dalam hati dah start risau..ni gara2 hb low ke? hmm



laju2 gugel hidung berdarah ketika hamil..

lega sikit bila dapat tau hidung berdarah normal kalau berlaku masa trimister kedua atau ketiga..ni hasil gugel

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

dari blog dr zubaidi..

beberapa langkah berikut dapat mengurangkan pendarahan.antaranya:
- hembuskan hidung secara perlahan-lahan
- buka mulut ketika bersin
- elakkan berkerja dalam persekitaran kering (seperti dalam bilik berhawa dingin) terlalu lama dan elakkan dari habuk dan asap, termasuk asap rokok
- jika hidung terlalu kering, boleh dapatkan ubat titik saline dari farmasi

bila dibaca2 mungkin penyebab hidung berdarah ni semalam balik dari kampung pun dalam cuaca panas dan 8 jam berada dalam air-cond + terlalu terdedah ngan asap rokok kot..balik ke rumah FIL memang takleh lari dari hidu asap rokok..pening kpala dibuatnya..hmm
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets