permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 21 November 2012

38 weeks - tanda-tanda bersalin

salam..hai readers..

wow da nak besalin ke? sibuk nak cite pasal tanda-tanda bersalin..haha..belom lg..bby ske agaknya duk dlm perut ibu..

hasil google-an




Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah (ni memang dah turun sejak 36 minggu)
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (sakit sangat bile bangun dari duduk..)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar (skang dah macam rutin plak.kadang2 time shee2 rse cam nak poo2)
  • kerap terkentut (ni sejak 35 weeks kot..haha slambe je kuntut depan asben)

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis (belom ade pape show)
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital (ini pon belom)
  • Sakit belakang (kurang..cuma kalo baring terlalu lama or tak betul position)
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

huii lagi 10 ari sebelum edd..seperti tiada tanda nak melahirkan awal..just wait and see..
mode : tak sabaq aih nak pegang bby :)


7 comments:

  1. haha..same..mule2 masa baby turun tu ingt dh nk dkt, ni dh 2 minggu..steady je baby dlm perut ni..ishhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! sje je taw. iza, nanti bby da kua update keh! hehe

      Delete
  2. semoge sumenye slmt ye nur.. xsbr nk tgk beby nur.. hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alala..x sabar jugak ni nak jumpe bby..hehe.thanx dear

      Delete
  3. Salam...saya nak tanya ckit,saya skg ni dah hamil 37 wks. Saya dah rasa sakit pinggang n bahagian rahim tu. Saya tuggu2 gak tanda darah or lendir kuar pi xda pulak perut dah pandai kejang2 tapi x lama.masa kejang tu aa rasa sakit. Patut tak saya pi hospital walupun xda darah kuar?? Saya risau pulak : (

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ikot pengalaman nur..mmg xde tanda darah or air..just sakit yg brpanjangan..nur trus g hospital dan dah bukak 4cm pon :)

      Delete
    2. saya pun mcm azwa jgak...tp lately ni asyik nk buang air je...perut slalu keras..tp x turun lagi..x sabar dh nk jmpe baby ni :)

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets