permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 28 February 2012

kita hanya merancang...

salam..hai semua

pagi semalam odw ke opis dengar radio era..topik agak best, tentang insiden yang tak diingini terjadi masa nak bersanding/majlis resepsi..

hmm saya pun ada insiden yang tak diingini tapi rasanya tak lah teruk sangat..yang mak cerita hujung minggu lepas mungkin lebih tak diingini..huhu.sy cite kat sini bukan nak bukak aib sesiapa, ini hanya untuk panduan b2b supaya lebih bersedia kalau kena berhadapan dangan situasi begini.

mengikut apa yang sy dengar, majlis nikah dan resepsi mangsa (hamboih mcm kes jenayah plak..haha)..ha majlis diorang akan dibuat dalam satu hari.maknanya nikah pagi dan tengah hari bersanding..harus diketahui ye..lokasi untuk dua majlis ni agak jauh..dalam 10km.nikah akan dibuat di masjid dan resepsi akan dibuat didewan.

pada hari kejadian..(skali lagi macam kes jenayah..ekeke)..pada hari tersebut, tok kadi sampai tepat pada masanya, pengantin pempuan dan lelaki juga dah ada..taaapiiii..akad nikah terpaksa ditangguhkan..sebabnya...family pengantin lelaki belum sampai dan pengantin lelaki taknak nikah selagi familynya tak sampai..FYI lelaki ini berasal sari selatan tanah air..dan majlis ini di perak.dan3 mereka hanya bertolak dari sana pada pagi tersebut.apekah!..adeii.dan akhirnya tok kadi terpaksa ke tempat lain dahulu, meninggalkan mereka tanpa dinikahkan..hmm

itu kes di masjid, di dewan kenduri tetap diteruskan..sampai pukul 2 pengantin tetap tak boleh berarak sebab belum nikah kan..dan dalam kul 3 lebih barula tok kadi sampai didewan dan mereka dinikahkan atas pentas (-.-)"..dan pukul 4 dewan perlu dikemas.

cuba letak diri sy dalam situasi ni..bayangkan, kita mesti dah sediakan sekurang2nya dua pasang baju (baju nikah dan baju sanding)..sudahnya hanya satu baju dipakai untuk nikah dan sanding.bayangkan bersanding di atas pelamin dengan dewan yang telah kosong..bayangkan segala yang dirancang tak dapat dibuat..owh! mesti sy berendam air mata..

ini semua boleh dielakkan daripada berlaku kalau
- family pengantin lelaki bertolak sekurang2nya sehari awal dari sana atau majlis dibuat pada 2 hari yang berasingan..
 - pengantin lelaki buat pilihan untuk bernikah tanpa kehadiran family sendiri 

dan bila diceritakan pada suami..hanya 1 komen beliau :
nikah tu mudah..kenapa disusahkan..

ok.. itu sahaja cerita tentang majlis orang..hehe.ingat b2b sekalian.amek ini sebagai iktibar :)

update tentang pengantin sebulan seminggu ini (ohh nak panggil pengantin lagi..hehe)
- pipi semakin tembam..happy mungkin :)
- bz menyiapkan design kad kawen dan button badge yang ditempah..ohoi side income
- bz mencari resepi2 terbaru
- belum pandai bersembang dangan jiran2..ohh (-.-)"
- semakin kuat tido + cepat mengantuk (tanda makin gemok.haha)

best taw kawen ni!..haha

Tuesday, 21 February 2012

tiga majlis dalam masa tiga bulan

salam..hai semua..entri kedua untuk hari ini..haha awat cargas semacam je ni..

ok..entri kali ni nak cerita tentang majlis ketiga dalam masa 3 bulan..hehe..
11 disember 2011 - abang kawen
21 januari 2012 - saya kawen
18 februari 2012 - kakak kawen

hohoi..mesti ramai yang cakap..napelah tak wat sekaligus..kan lebih mudah + menjimatkan..
kami 3 orang ada jawapan sendiri

abang saya : "saya nak kawen dulu dari adek saya"

saya : "kalau abang nak wat majlis sekali nanti kenduri saya tak meriah sebab abang cuma wat majlis bertandang sedangkan saya majlis resepsi"

kakak : "saya wat majlis kecik2 je,tak boleh join sekali ngan adek sebab jemputan diorang ramai"

see..kami mempunyai alasan tersendiri..tapi yang penatnya mestilah mak dan abah..3 kali kenduri..3 kali jemput orang.sampai ada yang tak percaya bila abah datang menjemput lagi..huhu

jadinya sabtu lepas adalah kenduri perkahwinan terakhir untuk musim ini..haha.mungkin 6-7 tahun lagi baru ada kenduri plak..untuk my one and only adek..

sebab masing2 masih fefeeling pengantin baru..saya & suami dengan abg & wife pakai baju nikah..hohoi..daripada baju tu terbiar tergantung dalam almari..ada baeknya kitorang pakai tyme kenuri kakak..haha

pengantin satu bulan lepas


pengantin dua bulan lepas

aish asek tunjuk gamba pengantin basi..meh nak tujuk gamba pengantin baru..hehe


setelah 7 tahun berlalu..danish dapat papa baru..alhamdulillah.
untuk my one and only sis..saya doakan semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga..kamu wanita muda paling kuat saya pernah lihat mengharungi pelbagai rintangan..

akhirnya saya nampak satu family bahagia untuk danish..

ok itu je nak dimerepekkan..bai!

Review - inai dan bilik putih

salam..hai semua

harini nak review sikit pasal inai dan bilik pengantin semasa majlis bertandang memandangkan ade yang bertanya tentang inai dan ade yang request nak tengok gamba bilik full..saya cuba penuhi permintaan anda okeh! (bajet fofuler..haha)

inai
ada yang tanya pasal inai yang merah dalam post ni..walopon da sebulan..walopon tinggal inai di kuku je..tapi inai maseh merah makngah ye..haha..jawapannya : sy pun tak taw nape inai ni jadi merah..ngeh!..tapi meh nak share sikit apa yang sy pakai..

dua hari sebelum nikah mintak mak pakaikan inai..guna inai daun yang digiling, dicampur sikit dengan gambir..(bukan giling sendrik ponnn..beli dari sorang makcik kat umah yang suka pakai inai..hehe)..pakai semalaman.esoknya..tengok..inai selemoih a.k.a comotttt..dan warna pun oren2 je..hampa! tak pedulik dah sebab banyak keje laen nak settlekan..malamnya mak inaikan kaki plak.esoknya bangun pagi tengok..ehh inai jari makin merah..pelik kan! inai amek masa sehari untuk jadi merah.

gemok aih jari!

dan untuk majlis bertandang (2 minggu selepas nikah) sy inaikan sekali lagi jari guna inai serbuk yang dibancuh dengan air rendaman dua teabag..bancuh pekat2 dan simpan dalam peti sejuk.hasilnya!



bilik putih
macam yang sy dah bagitau bilik ni dihias oleh mak mertua..semua perabot berwarna putih..langsir dan cadar pun. ada sikit english style..dan hampir2 tak percaya bila suami kata dia yang spray katil dengan warna putih..kemas sangat! katil tu asalnya warna hitam.ni sy tunjuk sikit gamba bilik yang ada dalam simpanan

langsir simple warna putih
kepala katil dihias dengan ros pink..shomel

ade bunga sikit kat meja solek..


itu saja..bai!

Monday, 20 February 2012

monthiversary






 Sebulan sudah berlalu..

Baru amek surat nikah + inai sudah menampakkan kuku puteh..huhu.sekejap je masa berlalu

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, 16 February 2012

tak sabar melihat hasilnya

salam..hai readers

semalam dapat sms dari abam videographer..katanya video da siap dan boleh amek hujung minggu ni..soookaaa..tak sabar sangat nak tengok video tu..berbaloi tak dengan bayarannya? itu nanti review after dapat video keh! 

dan hujung minggu lepas yazman dah kasi softcopy untuk gamba majlis nikah.hasil sangat2 puas hati..walopon mungkin hanya dimata sy..hehe.untuk b2b perak sy berani suggest yazman untuk jadi OP majlis korang..yay!

tepek satu gamba yang menunjukkan kami enjoy masa wat video..haha

sangat happy kan muka..haha

Wednesday, 15 February 2012

wordless wednesday

wajah-wajah kesayangan hamba :)

saya sayang kamu semua!

Review - Majlis Bertandang : 5.2.12

salam..hai semua..
okeh! review terakhir untuk my wedding..(ade ke orang nak baca?) haha.
tak banyak yang boleh direview untuk majlis ni sebab semuanya diuruskan oleh ibu mertuaku..dari baju, mekap, catering hinggalah ke doorgift..majlis di rumah nenek encik suami di pekan pahang :)

wedding attire
masih menggunakan khidmat syed najib..hehe..kalo baca wedding checklist yang lepas, sy nak baju kaler pink belacan..malangnyaaaaa tak sempat siap..jadi3 kena lah pakai baju yang sedia ada di butik.baju ni belum ada yang pakai untuk wedding dan hubs uncle buat hanya untuk satu sesi photography sahaja..hohoi..dan alhamdulillah muat plak ngan ku yang berbadan sasa ni..hahahahaha~

simple dress :)

close-up..
mekap
ini pun umi yang sediakan..saya cuma letak muka je..haha..dan kakak cakap mekap light tapi cantik..love the smokey eyes :)


muke nak siyes jek!

pelamin
pun umi sediakan..jadi boleh tunjuk gamba je la ye..simple..digunakan untuk bergambar je 



bilik pengantin
yang ini umi yang hiaskan..putihhhh semuanya..bersih+sweet..


hohoi tak banyak yang boleh direview dan tiada post "yang saya kesalkan di majlis bertandang saya"..sebab semuanya keluarga mertua yang sediakan..sy cume bawak family dan 50 cucuk bunga pahar..sekian untuk kali ini..(haha..cam surat cinta)

Tuesday, 14 February 2012

5 yang saya kesalkan @ marahkan di majlis persandingan saya

salam..hai readers.
post ini plak nak cite pasal yang sy kesalkan di majlis persandingan..huhu..ekceli kesal tu tak sangat..marah je yang lebih..~

1. keluarga mertua menunggu lagi
-ekceli ini bukan salah sesiapa, mungkin keluarga mertua yang terlalu excited..haha..sy dah bagitahu keluarga mertua pukul 12.15 baru gerak dari homestay, malangnya mereka gagal mengikut waktu yang dibagitau..kul 11.45 diorang dah sampai didewan.akibatnya kelam kabutlah pengantin bersiap..hohoi!..dengan mata yang berair tercucuk bulu mata pelesu, dengan rambut yang x sempat dikeringkan..semuanya menambahkan masa untuk bersiap..haish!

2. doorgift tersorok..
-haa yang ni memang rasa nak marah+nak pukol adek..adek terlupa nak keluarkan satu box lagi doorgift = 60 jars dari bonet kereta..akibatnya..ada kawan-kawan dapat bunga pahar+mashmallow jek sebagai doorgift..eiii. tapi ade baiknya jugak, 60 jars lagi tu separuhnya dibawak balik ke rawang, bagi pada officemates dan yang selebihnya abang2 dan kakak bawak balik..bagi pada mertua diorang..hehe

3.makanan untuk guest
yang ni pun rasa nak marah jugak..sy dengar cerita dari family yang datang, lauk yang caterer letak sikit..haih!..maybe caterer risau jemputan terlebih..akibatnya..ada lauk yang tak habis..urgh! sedih jugaklah sebab tujuan buat kenduri memang nak bagi tetamu makan..ini diorang had2kan plak..sudahnya membazir!

4. tiada pencuci mulut
ini pun masalah dengan caterer..diorang janji nak kasi bubur sebagai pencuci mulut..tapi masa hari kejadian non hado!..aduyaiii..sy taw pasal benda ni pun lepas habes majlis..tak dapat la nak tanya kat caterer tuh..hmm!

5. bunga rampai habes sewaktu ramai orang nak merenjis..
err..ni pun kesal jugak taw..sy dengan kakak bertungkus lumus potong daun pandan..sampai krem jari *tipu* haha..masa keluarga mertua nak merenjis, bunga rampai dah habes..owh sedih..kakak hilang tah kemana..nak jerit dari atas pentas nampak biadap!..haha

nampak tuh bekas da kosong..dan kakak saya tak sempat nak isi yang baru sebelum die merenjis..haha

ok..itu je kot yang rasa nak marah..(nak marah lagi walopon dah 3 minggu berlalu..heh!).

Saturday, 11 February 2012

Review - Wedding Day : 21.1.12

salam..hai readers.ok arini sy nak sambung review pasal my wedding day.dah janji nak review tapi tak review pon..memang nak kena pukol..hehe.ok.majlis di dewan bunga raya changkat jering.

wedding outfit
semua di tempah pada Najib apparel, sama seperti majlis nikah.baju ditempah sebulan sebelum majlis lepas vendor &*#$% wat hal..najib a.k.a hubs uncle just tanya nak warna apa + the design.dan nak tahu ape sy jawab? 
"emm ikotkan nak kaler peach pink, design nak yg simple tapi ade tail kat blakang..heh"
..haha senang kan baju kawen sy.and the outcome memang tak dijangka..sukaa the combination between songket and lace..hehe.baju didatangkan dengan veil..tudung beli di jalan tar saje.kasut seperti dalam post ini..baju hubby pun songket juga..


mekap
MUA maseh kak azie..mekap reception ni nampak tebal sikit..bulu mata pelesu 2 lapis okeh!hehe mekap ok sampai ke petang..saya suukaa

tataw nak pandang camera mana..hartis katakan...haha

hand bouquet
hb untuk reception sy guna artificial flower jek..huhu..beli di kedai bunga sayangku seksyen 9 dan sendiri cucuk2 pada span bulat ..hasilnya? cantek dimataku :P





doorgift
sediakan 600 jars untuk tetamu, diisi dengan biskut eskim, untuk vip sy sediakan kotak..isinya, jars n perfume..untuk kids, sy sediakan mashmallow

mashmallows for kids

biscuits in a jar

family attire
dalam post yang lepas2 sy ade cite pasal jadi orang myanmar di jalan tar sebab membawa banyakkkkk sangat kaen.sy cuma belikan kaen dan mereka kluakan kos untuk toiloring dan beli tudung..(tak mampu mak noks nak bayar sume..hehe)..berbaloi tau berhabis untuk family..hasilnya sangat2 cantik dalam gamba..tengok! dannnn my DIM button badges dipakai semua family members..dari yang paling tua sampai yang paling kecik..yay!

my huruhare family..haha

abah and mak pon pakai button

ammar pon pakai taw!..hehe

halls deco
ini semua diserahkan bulat-bulat pada kak azie.. sukaaa sangat sebab semua ni lebih daripada apa yg di jangka..kemas..menarik..sweet..heh sekurang2nya di mata sy :)

walkaway :)
bole jugak dijadikan trek lumba lari (-.-")

pelaminan
yeah..ini yang orang puji2 semasa dan selepas majlis..masa mula2 tengok sy macam tak berkenan sebab macam liplap2 sangat..owh! penin..tapi bila dah siap semua, senyum sampai ke telinga..satu lagi benda yg tak dijangka :)



cantekkk tak! -->(gaya man raja lawak)
doorgift and guestbook corner
ini kerja kakak ipar..cadangnya nak letakkan guestbook corner didepan pintu masuk..tapi3..sy lupa nak cakap kat kak azie..haha my mistake.akhirnya, letak lah sekali kat meja doorgift..masa turun dari kreta, tengok guestbook corner, gelak sorang2..tercapai gak impian walopon tak letak ditempat sepatutnya



catering
ini juga diuruskan oleh sazlees bridal..hasil..puas hati tapi ada sikit cite tak best..nanti sy cite kat next entri keh!


wedding cake
last minutes punya kerja..sy cadang tamaw buat potong2 kek ni..tapi mak kata macam tak meriah..jadinya buat la jugak..boleh bayang tak esok nak kawen, arini baru tempah kek..haha..n boleh bagi cadangan tak nak tempah kat mane sebab dah dekat chinese new year..haha tapi dah rezeki orang nak kawen,ade satu kedai melayu sudi amek tempahan saya, dengan harga rm120, saya dapat ini..puas hati! sedap plak tuh!

2-tier wed cake :)
banner dan canvas photo
banner memang suruh abang letak depan pintu masuk..tapi canvas photo plan nak letak guna easel, tapi3 lagik! tak dapat sewa easel..akhirnya tergantung lah canvas photo di pintu..hahaha..sape punye keje ni..haip!



focus on banner and canvas photo ye..huhu

ape lagi ye..? hmm..haa

kereta pengantin
sy dan hubby drive sendiri ke dewan..cuma kami..xde orang follow..haha kesian? tak pun..sebab jarak dari butik kak azie ke dewan sekentut jek..haha..dekat bebeno..hiasan kereta sendrian berhad..malangnya xde gambar full..maaf.dekat OP insyallah ada..kete gen-2 jek :)





OP dan OV
OP still yazman, sama macam bertunang dulu..gamba belom dapat, tak boleh nak review..hehe..OV plak amek dengan Takteh.seronok taw kalau ade OV..banyak moment yang kte nak dengar bunyi..jadi video adalah yang terbaekkk

entertainment
dj plak dari sixth sense..terbaek abam ni..sy sediakan aturcara majlis + lagu2 yang sy nak die pasang time certain2 event..macam potong kek, makan beradap..dan die ikot semua yang sy tulis..sukaa la abam ni..pas habes semua tetamu,abang2 saya yg bersuara merdu sibuk nak berkaroke..layankan je laaa..haha


"suda2 la abah" kata zarief :)
ade pape lagi yang sy tertinggal tak? hmm2..takde dah kot..next entri pasal yang saya kesalkan di majlis resepsi saya :(

p/s : entri panjang berjela dengan gamba yang banyak..thanx pada yg sudi membaca :)

Tuesday, 7 February 2012

teluk cempedak


I can't believe its been six years already..how time flies

Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, 6 February 2012

jemput datang majlis perkahwinan saya ~

*Sticky Post


Salam

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi,
Saya dengan ini berbesar hari dan sukacitanya menjemput rakan-rakan blogger ke majlis perkahwinan kami pada :

Tarikh : 21 Januari 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Bunga Raya,34850, Changkat Jering, Taiping, Perak

&

Tarikh : 5 Februari 2012 (Ahad)
Tempat : PLA 156, Pekan Lama, 26600, Pekan,Pahang

Undangan kami setulus hati, dengan izin Allah SWT sudilah meraikan majlis ini,
Sekian terima kasih
GPS coordinate untuk lokasi majlis pihak perempuan : 4.788468,100.720907

Sunday, 5 February 2012

bertandang


Selesai suda mjlis di pekan.alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, 4 February 2012

5 yang saya kesalkan di majlis pernikahan saya

1. Lambat siap mekap
Akibatnya : Buat keluarga suami menunggu agak lama dan nyaris2 tok kadi suruh abah nikahkan tanpa kehadiran saya
Sepatutnya : 30 minit sebelum majlis dah remind kak azie untuk berhenti mekap dan siapkan pakai tudung semua..

2. Kelam-kabut waktu sampai dirumah, serba tak lengkap.jam tangan + perfume tak sempat pakai.
Akibatnya : Kakak saya perlu jadi runner turun naik tangga ke bilik untuk amek semua benda yang saya perlukan.
Sepatutnya : Bawak je la semua tu skali time nak g mekap..so that bila balik dari butik awak sudah lengkap segalanya..hmm

3. Keluarga sibuk uruskan menjamu tetamu + mereka semua sibuk untuk menunaikan solat jumaat
Akibatnya : Tiada gamba dengan semua ahli keluarga di pelamin comel..urghh! frust!!~
Sepatutnya : saya panggil diorang semua untuk tangakap gamba..hmm lima minit je..

4. Last minutes decision untuk sewa pinggan dari caterer
Akibatnya : Pinggan yang disewa kotor.
Sepatutnya : Awal2 dah amek semua pinggan dan boleh check samada perlu dibasuh atau tak..

5. Terlupa letak bekas cincin di pelamin
Akibatnya : Bekas cincin untuk suami tak diletakkan atas pahar
Sepatutnya : Waktu pagi tu dah ready letak bekas cincin dan pahar kat pelamin..ia tak kan ganggu majlis pon..

tengok!..da la bekas kecik..takde pahar plak..cian!

betul kata orang bukan semua yang kita rancang akan jadi kenyataan kan..takpelah walaupun kesal+sedih dengan apa yang dah jadi alhamdulillah 5 perkara ni tak mengganggu flow majlis dan semuanya berjaan lancar :)

Friday, 3 February 2012

Review - Solemnization Day : 20.1.12

salam..
hai readers. terpikir nak review macam mana majlis yang lepas.pikir punya pikir rasa better review setiap majlis sekaligus..sebab majlis sy bukan lah hebad sangat pon kannn~..hehe. lagipun tak ramai yang baca blog picisan ni..hehe

tempek seketol gamba pengantin setelah ada baby kembar..hohoi 


ok let's start review guna gamba dari unofficial photographer..

inai dan henna
post yang lepas2 sy ada tunjuk gamba inai sy yang labuh2..hehe.ekceli sy da letak selotape sebelum pakai inai (supaya inai kemas) malangnya inai tu banyak air kot, jadi air2 tu dah lalu ikot bawah selotape dan menyebabkan ia comot!..hohoi.tapi takpe sebab lepas pegi lukis henna ia jadi cantek kembali.heh.
untuk inai hanya guna inai daun..lepas pakai untuk satu malam kaler inai jadi cam oren2..tapi lepas sehari inai jadi makin merah.. pelik kan? tapi orang kata inai ni ikot darah..maybe lepas sehari baru darah jadi merah..erk!

next
baju nikah+selendang
baju nikah tempah kat syed najib apparel di plaza alam sentral.hasil? sangat2 puas hati..baju terletak elok kat badan (betul2 ikot bentuk badan).dan selendang pon disediakan sekali.tepi selendang dah siap di-patch dengan lebihan lace baju..sebenarnya tak reti macam mana nak pakai selendang tu.. at last kak azie (MUA) yang pakaikan..jadilah seperti ini :)..maaf tiada gamba baju full.

handbouquet
hb ditempah pada lyana..cantek kan! hehe..hb ni sangat disukai kanak2 ye..asek ilang dari pandangan jek..haish

mekap
amek MUA yang sama mase bertunang, kak azie dari sazlees bridal, suka hasilnya..tapi ramai cakap mekap nikah ni kurang menyerlah, nampak pucat..tahla.tapi bagi sy ok je kot

hah semua dalam satu gamba..inai..baju..selendang..mekap dan hb :)
pelamin
pelamin pun amek kat sazlees bridal. serah bulat-bulat pada kak azie, takde tema, takde specific kaler.sehari sebelum pasang pelamin kak azie cakap nak wat kaler putih+pink..dan saya dengan senang hati kata OK!..dan mungkin betul kata orang, kalau kita tak banyak kerenah..semua akan jadi lebih baik dari apa yang kita jangka.alhamdulillah, sangat puas hati dengan hasil kerja team sazlees bridal..ekceli pelamin ni ada dua view untuk bergambar..satu yang belah cermin..dan satu lagi belah kristal gantung2 tu..err tataw nak explain..dan kedudukan pelamin ni adalah di penjuru..hasilnya pelamin nampak luas + ada banyak ruang untuk tangkap gamba :)

akad nikah di atas pelamin (-.-)''

katering
oleh kerana majlis nikah ni hari jumaat jadi banyak katering yang abah contact kata diorang tak masak hari jumaat..sadis betol!..at last, suggest kat abah tempah kat restoran.kalo sape yang asal taiping mungkin tahu restoran haji midin. tempah nasi beriani 80px..dengan harga rm7 sebungkus..dan sekali lagi hasilnya memuaskan hati..sedap!

doorgift
seperti yang dirancang sy sediakan buah limau sebagai doorgift dengan bantuan kakak kesayanganku..haha

Stiker bulat dimerata tempat!..terlalu banyak laaa~

bilik pengantin
sy hias sendiri bilik..cuma pakai cadar cotton, bantal mr & mrs seperti dalam post ini..tirai belakang katil + juntaian kristal, carpet dan hiasan meja sisi katil idea sendiri..maaf tiada gamba..haha

ini je ade gamba..ehh ade baju gak kat ctu..hah review skali :P

ok! rasanya itu saja details untuk majlis nikah.maaf sekali lagi sebab hanya ada gamba dari my bro camera sahaja..nanti bila dah dapat gambar dari OP,  update lg keh!

Wednesday, 1 February 2012

terima kasih suami

Sakit perut..

muntah..

sakit kepala..

x larat langsung nak bangun..

seb baik ade si suami yg boleh tlg memasak..sidai bju..kemas rumah.oohh sy syg awak!!

Ini semua gara2 keracunan makanan yg tah dr mana..kalau dr masakan sendiri mustahil si suami sehat walafiat..mungkin makanan di ofis..hmm alhamdulillah sakit da semakin berkurang dan sudah mampu membuat kerja rumah



Published with Blogger-droid v2.0.3
bloggerwidgets