permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 23 May 2012

lelaki lagi la nampaknya..~

salam..hai readers..


hebat tak dah bole taw gender baby masa 14weeks..hebat sangat kan! haha
ok tolong jangan percaya..tajuk tu ialah dialog ibu mertuaku..

semalam call umi, umi tanya "awak mabuk lagi?"
dengan riang saya menjawab.."takdah..hebat kan..org da leh masak untuk angah taw umi"
umi gelak then cakap "laki lagi lah nampaknya.."

itu dengan umi..sembang dengan mak plak
"kamu dah ok ke? pening2 lagi?"
jawapan yang sama "takdah..da ok..start 12 minggu ritu mmg da takde pening2"
mak jawab "haiii senangnye kamu ngandung..kejap je alahan..org kata kalo alahan tak teruk anak lelaki"

laju-laju gugel penentu jantina bayi..

Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- ok ni kot yang mak dan umi cakapkan..mual-mual di tahap rendah..huhu

Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- perut br nampak sikit..tataw rendah ke tinggi

Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- ni pon tak rasa lagi

Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- sangat2 suka makanan yang masin dan masam

Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- tak sure plak kalo ngiring ke kiri tu utara ke selatan

sumber disini 

masih terlalu awal nak meneka jantina si permata hati ni. apepun segala ramalan manusia tak boleh di anggap serius..selagi anak yang dikandung tidak dilahirkan,Allah boleh tentukan macam2..betul tak? lelaki atau perempuan ibu tak kesah lah..asalkan anak ibu sehat..aminn~

keluarga saya dan suami memang kuat gen lelaki..mungkin ini jugak mempengaruhi..
Allah knows better :)

Tuesday, 15 May 2012

mengidam ke mengada ni!

salam hai readers

bila pregnant ni..sebut je.."ehh tringin la nak makan bla..bla"..orang mesti cakap.."ngidam la tu"

bermula dengan mangga
ni macam agak logik lah..standard la orang pregnant kan..tapi3.. teringin mangga kuning yang manis tuh bukan yang masam..suami turutkan..beli sekilo..5 bijik sy makan sekali hadap.betol2 teringin ni..hehe

pastu ketam..
tah kenapa teringin sangat nak makan ketam..sebelum ni tak teringin langsung sebab tak reti nak geget2 kulit tu..kebetulan minggu tu mak mertua datang rumah..dan umi nak masak..umi tanya nak makan ape.tak terkeluar plak ketam..tapi mata duk asek pandang ketam je.pas je umi balik..wat muka sebek kat suami sambil cakap "abg..jum balik tepen..teringin nak makan ketam"..sebelum air mata menitik, suami dah cakap.."ok..ptg ni kte balik tepen ye"..huargh! sayam abam :)
pagi2 lagi abah dah ajak suami g pasar nak cari ketam punya pasal..dan akhirnyaa! mak masakkan sambal ketam..pergh! terbaek la..dua ekor sy makan...tapi suami yang geget kulit..hahaha.

pastu..choc moist cake plak..(jadahnye..choc cake pon tringin)
"haish cam sedap je kek tu tapi besar sgt..kalo beli asben tak suka pon"
balik umah..tarra! ade kek atas meja dalam bekas kecik..mekaseh sayangs..makan separuh je pun! pastu muak!

next..takoyaki..
yang ni sedih ok! seminggu tunggu nak dapat.tiap2 ari asben balik dari keje tunggu depan pintu..mesti tanya.."abg..ade beli tako?"..dan ade je halangan takleh beli..suami keje luar la..ganti rantai motor la..tarik muka! sebek! ngada sangat. hari ahad ritu baru dapat.owh suka sangat! ade pat bijik..makan sume dalam kete..suap suami sikit die kata tak sedap..yay! habeskan.bahananya..balik2 terus cari katil..sakit kepala.suami cakap "tak belikan nanges..da belikan sakit kepala plak"



untuk 13 minggu ni baru 4 makanan yang betul2 teringin..bila mengidam ni otomatik jadi mengada kalau tak dapat..haha

setelah 3 bulan member order dan lagi 3 minggu die nak kawen barulah ini siap..alhamdulillah  :)


Wednesday, 9 May 2012

12 weeks

salam..hai readers..

12 weeks = 3 bulan..cepat je mse berlalu..meh tengok perkembangan baby untuk 12 weeks

"Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing. 

Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.  

Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi.


Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang."

yaaa..selera makan sudah kembali..takde lagi masalah tak bole makan nasi.semua sudah boleh ditelan tanpa masalah..nafsu makan agak tinggi skrg ni..mcm2 teringin..kek coklat pon bole teringin..kejadahnye la..dan skang tringin nak makan takoyaki plak..hehe

takde lagi pening2..semua back to normal. alhamdulillah :)..
maseh belum wat check up di klinik kesihatan..huhu.alasan : takde masa la :P
mungkin waktu 16 weeks nanti akan scan di private clinic then baru g klinik kesihatan..

semoga anak ibu membesar dgn sihat dalam perut ibu ni..aminn :)

Friday, 4 May 2012

dugaan..

salam..hai readers

sejak pregnant ni badan jadi cepat sangat letih..tetiap hari kena drive lebih kurang 74km pegi balik keje.sampai je rumah terus flat..si isteri mengharungi 74km tu dengan memandu dalam kereta yang ber-aircond..

situasi si suami berbeza..pegi balik keje jarak lebih kurang 70km tapi dengan hujan dan panas tak berbumbung..

kereta yang sebijik lagi dibiar berehat di rumah memandangkan kos bawak motor lebih murah dari bawak kereta.



banyak kali terpikir..apa cara lagi untuk buat kedua2nya selesa..

berhenti kerja? mungkin tidak.sy nak pegang duit sendiri dan nak bagi duit kat mak dan abah..

suami tukar kerja ke shah alam..dalam usaha.bukan senang nak cari kerja yang gaji dan bonus lebih banyak dari tempat kerja sekarang

sy tukar kerja ke bukit beruntung..dalam usaha jugak.tak kesah walau gaji tak setanding sekarang.

memikirkan jugak apa yang akan berlaku 7 bulan dari sekarang.kemana nak dhantar permata hati ni bila masing2 berbeza haluan.

dalam serabut ni terpikir jugak mereka yang PJJ..mesti lagi banyak dugaannya..

Ya Allah, kau berikanlah yang terbaik buat kami..aminn 

p/s : sesape yang taw kerja kosong area rawang or bukit beruntung, gtaw ye..really need it :(


bloggerwidgets