permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 31 October 2012

10th checkup di KK - air ketuban normal tp kurang sikit..

salam..hai readers..

result untuk checkup kali ni

berat: naik 3 kg (akibatnya kena wat MGTT skali lagi!..ergh)
bp : 110/70
tinggi rahim : 35cm
jantung baby : 148
hb :10.9 (naek 0.8 dari sebelumnya..alhamdulillah)

baru je nak lega sebab hb dah naek balik..masa doc scan, doc kata baby ok sumenye
- uri di atas
- kepala kebawah
- berat 2.65kg
- besar ikot minggu

tapi3..air ketuban macam kurang sikit..still normal tapi normal di paras kurang..hmmm..akibatnya kena la g scan sekali lagi next week..aduhaiiii risau2

awal2 dulu scan boleh nampak seluruh baby...skang nampak kepala je..hehe

next checkup : 2 nov 2012 (MGTT) , 9 nov 2012 (repeat scan)

perkembangan ibu plak..semakin cepat letih mungkin sebab perut yang semakin membesar ni kot..kaki pon dah mula membengkak..hilang dah buku lali..haha

Monday, 29 October 2012

35 weeks - hidung berdarah!

salam..hai readers..belum terlambat kot nak ucapkan selamat hari raya aidiladha :)

pagi tadi mase bersihkan idung, terkejut nampak darah..haish mula2 sikit je..pastu tengok kat tisu ade banyak plak darah..dalam hati dah start risau..ni gara2 hb low ke? hmm



laju2 gugel hidung berdarah ketika hamil..

lega sikit bila dapat tau hidung berdarah normal kalau berlaku masa trimister kedua atau ketiga..ni hasil gugel

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

dari blog dr zubaidi..

beberapa langkah berikut dapat mengurangkan pendarahan.antaranya:
- hembuskan hidung secara perlahan-lahan
- buka mulut ketika bersin
- elakkan berkerja dalam persekitaran kering (seperti dalam bilik berhawa dingin) terlalu lama dan elakkan dari habuk dan asap, termasuk asap rokok
- jika hidung terlalu kering, boleh dapatkan ubat titik saline dari farmasi

bila dibaca2 mungkin penyebab hidung berdarah ni semalam balik dari kampung pun dalam cuaca panas dan 8 jam berada dalam air-cond + terlalu terdedah ngan asap rokok kot..balik ke rumah FIL memang takleh lari dari hidu asap rokok..pening kpala dibuatnya..hmm
 

Monday, 22 October 2012

34 weeks - rubber band trick still works for me!

salam..hai readers.

penah dengar pasal rubber band trick for preggy mommy ni tak? hehe..yg mcm ni


ehsan gugel

sy tak guna cara ni kat jeans sebab dah tak bole pkai jeans..sempit kt peha..tapiiii guna teknik ni kat kain baju kurung..huhu

simpul getah kat penahan cangkuk kain..pastu cangkuk la dekat getah tu..selesa sket..takde la kain menyingkat sebab kne pakai atas perut..hehe

Thursday, 18 October 2012

9th checkup di KK - Hb turun

salam..hai readers..harini checkup utk kali ke-9 

berat : naik 2 kilo
tinggi rahim : 33cm
kedudukan janin : ceph
jantung janin : 150bpm
hb : 10.1

aduhhh yang laen2 semua ok..hb plak turun.dah kena refer g KK Kuang..agak risau sebenarnye..ni 1st time hb turun mendadak..patut la rase cepat letih sekarang terus laju2 gugel ape sebabnye hb bole turun dan cara nak naekkan balik hb..hb rendah@kurang darah@anemia

Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi

- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

nurse tambah ubat lg..obimin kne makan 2 bijik sehari..dan kena makan iron tablet..pon 2 bijik sehari..haish..banyaknye la nak kne makan ubat..tapi ibu tak kesahlah syg..janji jgn effect pape kat anak ibu..hmm risau3 :'(

Wednesday, 17 October 2012

Air selusuh

salam..hai readers

hujung minggu lepas mak dah mula tanya..dah ada air selusuh?..hmm mane wat lagi..rasa cam awal lagi je..haha..agak x sedar diri..

hmm baca dari blog kina..air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. kina pon ada bgtau cara penyediaan air selusuh ni..ce klik link ni..sharing is sexy kata tuan punye blog :)

tapi3..banyak plak persoalan yang mula timbul

- air selusuh ni bole guna air biasa jugak kan..ke kena air zam2?
- kena start minum masa bila? -- digugel2..dibaca2..mcm2 pendapat ada.ada yang kata bole start minum seawal 30weeks..ada yang kata bila bukaan dah 5cm..hmm

bila dah masuk 33 weeks ni dah start cuak pkir pasal bersalin..huhu..antara tips/petua untuk memudahkan bersalin yang nur dapat setelah digugel2 : 

- banyakkan minum air kelapa muda -- xpenah minum lagi ni 
- kerap bersama suami
- minum air selusuh -- x sure kena start bile
- minum air akar fatimah -- dah ade..tp pon tataw bile kena start
- banyakkan berjalan 
- minum vco -- dah ade..tp tak lalu nak mnum (-.-)"
- makan kurma -- skang mkn 2 bijik sehari
- minum air coke -- yg ni 1st time baca..
- bykan mkn bendi -- xsuka
- mandi slalu -- err ade eefect ke?
- ckp ngan bby -- ha yg ni membe ade wat..mungkin betol 

tips2 kat atas ni mungkin akan digunakan bila dah nak dekat2 ngan edd..wat masa ni..sy just amalkan ayat2 al-quran



p/s - kita hanya mampu berusaha..yg menentukan ialah Allah s.w.t :)

Monday, 15 October 2012

33 weeks

salam..hai readers..perkembangan baby 33 minggu :)

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.


-berat baby..taktau..hmm rase cam nak g scan plak :)
-last checkup kepala baby memang ke bawah..tengok checkup minggu ni plak..mintak2 baby tak berpusing
-pelvic pain sudah terasa bila nak bangun dari duduk or baring..ngilu~
-terasa jugak sakit kat rusuk kiri..ade tak mommies yg alami bnda yang sama? sakit menjadi2 kalau baring mengiring ke kiri..aduhai..ke sebab angin ye?
-kaki bengkak? belom lagi..tp da rase sakit2 kat tumit bila nak bejalan..badan makin berat.. (-.-)" 

Monday, 8 October 2012

32 weeks - mendobi baju baby

salam..hai readers..

setelah seminggu incik suami asek la tanye.."syg, bila kte nak basuh baju baby?"..hujung minggu lepas kami suami isteri pun mula la mendobi baju si kecik..saited sangats kan suami sy..die yang teruja nak dobi baju baby..

mula-mula plan nak basuh baju baby ni guna tangan..tapi ble digugel2 dibaca2..ramai je yang basuh guna mesin..ngehehe..ibu pemalas

1st trip basuh napkin, barut, tuala ngan tuala2 kecik..bila dah sidai..haish penuh dah ampaian..

2nd trip basuh baju, seluar, rompers..yang ni tugas menyidai memang serah ke incik suami..berpeluh2 nak menyidai baju2 sikecik ni..

3rd trip basuh blanket, mitten n booties, topi dan stokin..yang kecik2 ni symasukkan dalam washing bag..masa nak menyidai yg kecik2 ni, tiba2 si suami menjerit

dia : syg! stokin biru ni lagi sebelah missing!
sy : aik..ce tgk btol2
dia : owh termasuk dalam topi..haish jenuh la..kecik2 sgt
sy : hahaha..

suami sy sgt beria ok!..

bila dah kering, suami angkat, masuk dalam bakul..hulur bakul pada si isteri..haish sejam gak ibu melipat baju awk ni nak!..



Sunday, 7 October 2012

Baby Checklist on 32 weeks

Baby Diapering

Newborn Diapers - 3 Pack : Done
Diaper Wipes - 4 Box : Done
Changing Mat - 1 : Done
Diaper Rash Cream - 1 : Done
Tissue - 3 Box : Done
Detergent - 1 : Done
Napkin - 1 Set : Done
Safety Pin - 1 Pack : Done

Baby Care & Bathing
 
Toiletries - 1 Set : Done
Towel -2 : Done
Cotton Buds - 1 : Done
Cotton Balls/ Pads - 1 Pack : Done
Nasal Aspirator - 1 : Done
Bathtub - 1 : Done
Minyak yuyee - 1 : Done
Thermometer - 1 : Done
Nail Clipper - 1 : Done

Feeding
 
BPA Free Feeding Bottle - 2 : Done
Newborn Teat -2 : Done
Storage Bottle / Plastic -25 : Pending
Breast Pump - 1 : Pending
Bottle & Teat Brush - 1 : Done
Sterilizer, Dryer & Warmer - 1 : Pending
Nipple Cream - 1 : Pending
Nursing Bra -3 : Pending
Nursing Pad Washable -2 Pairs : Done
Nursing Pad Disposable - 1 Box : Done
Nursing Pillow - 1 : Done

Baby Gear
 
Short Sleeve - 5 : Done
Long Sleeve - 7 : Done
Rompers / Babysuit - 5 : Done
Short Pants - 5 : Done
Long Pants - 7 : Done
Mitten & Booties - 6 Pairs : Done
Barut - 10 : Done
Baby Bib -2 : Done
Topi -3 : Done
Socks -9 Pairs : Done

Baby Nursery
 
Mattress - 1 Set : Done
Bedding Set, Pillowcases - 1 Set : Done
Blanket with hooded -1 : Done
Receiving Blanket - 1 : Done
Mosquito Net - 1 : Done
Drawer for Baby Gear - 1 : Done
Laundry Basket, Hanger - 1 : Done
Baby rocker / bouncer - 1 : Pending

Travelling / Extra
 
Car Seat - 1 : Pending
Stroller - 1 : Pending
Baby Sling - 1 : Pending
Nursing Cover - 1 : Pending
Diaper Bag - 1 : Pending
Thermos - 1 : Done
Cooler Bag - 1 : Pending

For Ibu
 
Jacket / Sweater - 1 : Done
Maternity Pad - 1 Pack : Done
Normal Pad - 2 Pack : Done
Socks - 4 Pairs : Pending
Confinement Set / Corset - 1 Set : Pending
Massage Oil - 1 : Pending
Slipper - 1 Pairs : Pending
Clothes (Kain Batik) - 3 : Done
Disposable Panties - 3 Pack : Done

ok..ade sikit kuning lagi kat feeding dan untuk ibu..boleh mula mendobi..ayah da mula tanya bila nak dobi baju anak..huuu~


Friday, 5 October 2012

8th checkup di KK

salam..hai readers..

semalam adalah kali ke-8 checkup di kk..tak best sgt sebab nurse laen..nurse yg slalu cuti plak..
berat : naik 1kilo
bp : 120/80
tinggi rahim : 31cm
kedudukan baby : ceph
jantung baby : 138

everything is ok nurse tu cakap..cuma sedikit pelik bila : 

nurse : dah ready baju baby?
sy : dah
nurse : awalnya..
sy : (aik...31 minggu ni still awal ke nak beli baju baby?)

next checkup 18 okt..aduhaiiii..
bloggerwidgets