permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 13 March 2013

20 perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak!

1 ♥ Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. - ni dikesan masa seminggu dalam pantang lagi..boleh drive ke klinik sbb nak check kuning aqeel

2 ♥ Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - series rindu nak usap2 perut..owh

3 ♥ Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! - pukul 2,4 dan 6 pagi..memang x perlukan alarm lg :)

4 ♥ Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. - ye..makin sayangggg kat mak

5 ♥ Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. - aqeel kena cucuk amek darah pon ibu yang nanges :P

6 ♥ Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat... - pantang 100 hari..huhu

7 ♥ Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - sangat..boleh nanges sebab aqeel x nak nyusu time kena kuning

8 ♥ Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. - dan skrg lebih suka sopin untuk anak dari diri sendiri

9 ♥ Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! - yeah..siap bole cium dari lua pampers nak kesan aqeel berak ke tak..haha

10 ♥ Kita akan lebih menghargai diri kita. - ye sangat..

11 ♥ Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - slalu sangat..aqeel pagi2 la nak senyum2, gelak luas2..sayang sgt nak tinggal..huhu

12 ♥ Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - rasa mcm satu kemenangan kalo dapat tidokan aqeel bile die tgh merengek2

13 ♥ Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - belum tumbuh pun ibu slalu check..haha

14 ♥ Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. - ehemmm dah terasa2 nak bby girl plak..huahuahua
15 ♥ Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. - dulu rase mcm teruknya parents yang takbleh tenangkn anak ni..tapi skrg dah x pikir camtu

16 ♥ Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - betol jugak

17 ♥ Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! - sangat betol..mula bertegur ngan jiran lepas bawak aqeel balik dari hospital..dan lepas2 tu dah boleh bawak aqeel klua jalan2 kat depan rumah sambil mulut start menegur jiran2..nk cte psl jiran la..next entry

18 ♥ Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - banyak...salah satunya..pakai brooch kat tudung..dulu kalo tak pakai rase x lengkap, skrg kalo bole taknak pakai brooch takot anak sembam muka kat bahu..hehe

19 ♥ Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. - dari start klua dah rasa sayang..naluri ibu

20 ♥ Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! - yeee..hari2 ada je yang akan wat ibu surprise..i lebiu syg!

4 comments:

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets