permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 29 November 2013

selamat hari lahir sayang ibu!



Alhamdulillah..
setahun sudah Aqeel Suhayl bin Abdullah Shariffudin. Semoga Aqeel jadi hamba Allah yang soleh, penawar hati ibu dan ayah, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki-Nya..

Ya Allah, sesungguhnya, aku menyusukan anakku kerana suruhanMu, maka Kau permudahkanlah, dan cukupkanlah susuku sehingga 2 tahun penuh penyusuan, seperti mana yang telah kau syariatkan kepadaku...

Ya Allah, Kau bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.

Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. 
Amin......

setahun lepas, lahirnya putera yang dinanti, yang diberi nama Aqeel Suhayl..dengan harapan anak ini membesar membawa maksud namanya, seorang yang berakal dan menyenangkan semua orang..

cerita penuh kelahiran aqeel suhayl setahun yang lalu ade disini.

perkembangan anak bujang yang berumur setahun ni:

- bercakap - banyak words yang dah boleh faham..nen nen, aauuu (bunyi cat), mam mam,aanyahh (ayah)

- berdiri - dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa2..

- berjalan - belum lagi.tapi kalau dipimpin merata dah die pegi

- makan - dah mula makan nasi macam orang besar, tapi ibu still bekalkan nasik lembik..hari2 jugak kena bekalkan sebungkus roti gardenia 60sen tu

- gigi - still 4 batang..bs aqeel kate gigi tu memang tunggu die berjalan dulu, dah berjalan baru kluar gigi yang laen (betol eh cetu? x penah dgr plak)

- susu - permintaan semakin banyak..4x5oz (dari 7 pg - 6 ptg)..time ibu amek dari rumah bs aqeel akan terus selak tudung dan tepuk2 titiks..errr..jangan buat di khalayak ramai ye syg

- tidur - dah makin seragam..10pg-12 tgh hari, 3ptg-5ptg, 9mlm-6.30pg..hehe

overall ibu happy tengok anak ibu membesar..biarlah ape orang nak kata, lain anak lain perkembangannya..terus membesar dengan sehat ye sayang!

Tuesday, 26 November 2013

Mommycha 1st Giveaway

Salam..hai readers..

harini nak join mommycha punye GA pulop..


Kalo korang nak join jugak klik gamba ehh

iolls takde gamba timang2 anak, takde gamba anak kiss ibu, takde gamba anak hug ibu..tapi..hati ibu sejuk bila tengok gamba ini


Aqeel Suhayl anak ibu,
taatlah kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama

Aqeel Suhayl anak ibu,
jadi anak yang soleh ye sayang, yang boleh bawak ibu dan ayah ke syurga

Aqeel Suhayl anak ibu,
penyejuk mata, penawar hati ibu,
membesarlah dengan sihat sejahtera,
jadilah anak yang terbaik buat ibu dan ayah,
patuhlah pada perintah Allah

Amin


Monday, 25 November 2013

3rd GA Pearl by mOoN

Syarat-Syarat penyertaan :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,

antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

Here you can see how much i love white


Putih yang kite tahu lambang kesucian - ya! saya sukakan putih kerana sucinya dia, sebab tu untuk semua occasion penting dalam hidup saya kena ada warna putih..hehe

Putih sesuai dengan apa sahaja gabungan warna - pernah tak bila dah siap berbaju tapi takde tudung yang match, putih jugak penyelamat kan

Putih lambang kebersihan - kalau pakai putih kena berjaga2 taknak bagi kotor, sedikit sebanyak kita jadi pembersih.

orang kata Putih wat kita nampak gemuk atau besar - bagi saya tidak same skali, putih wat saya nampak yakin..

Putih untuk orang yang berani tapi tidak suka menunjukkan keberanian - ini juga saya! saya berani tapi ramai yang tak tahu

akhir skali...


hahaha..ok dah, terus takleh series..member ni panggil daku puteh mungkin sebab daku suka puteh jugak kot..keh3



2. Letak banner kat atas dan linkkan ke entry ini...


3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...
4. Sila like  page Jari Bulan Shop (WAJIB)


4 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah.. :)

GiveAway ni akan berlangsung 8 hari sahaja bermula hari ini dan berakhir pada 30 November 2013. Tarikh GA tidak akan dipendekkan atau dilanjutkan. Jom2 join..ada masa lagi ni..hehe :)

Friday, 22 November 2013

Hadiah saguhati GA Umi QI

salam..hai readers..

aritu kan ade join Give Away: Shawl 1st Umi Qi..dan alhamdulillah dapat hadiah saguhati..hehe


blue brooch uolss..i loike..tq umi qi..nanti2 wat GA lagi eh..hehe

p/s : brooch2 yang panjang2 ni memang kena melaram time g opis je la..kalau time dengan aqeel alamatnye senget benget tudung ibu die tarik brooch..huhu

Wednesday, 13 November 2013

GIVEAWAY by EKIN JAMAL


Kolum cantik berwarna-warni,
1 Malaysia Happy Deepavali.

Deepavali valthukkal :)


p/s : gamba lunch td, ofis buat deepavali celebration..gigih up entry nak join giveaway ekin..huhu

Monday, 11 November 2013

bila orang kuat demam

salam..hai readers

minggu lepas straight satu minggu asben tak keje gara2 demam yang melarat-larat
demamnya bermula pas balik dari tengok bola kat stadium shah alam.masa kelantan lawan pahang tu..
pahang menang, ok kira berbaloi la asben bertungkus lumus dapatkan tiket, parking jauhhhh, berlari dalam hujan..berbaloiiiii sangat
isnin dah start demam, ingatkan demam biasa..sendiri2 pegi klinik, amek ubat dapat mc
selasa memang public holiday, dah start melepek, baring je
rabu kena amek darah untuk tengok kot denggi..kames kena repeat check darah

oleh kerana tengok keadaan si suami yang agak teruk, daku sms offismate masuk lewat sikit..nak teman dia ke klinik..dari result darah platlet dah naik..bukan denggi.tapi daku tak puas ati tengok keadaan asben yang makin teruk, asben ngadu tangan kaki kebas, sakit kepala..ok amek keputusan jom ke klinik panel.dekat klinik panel memang dah terbaring suamiku..doc marah sebab tak bawak terus ke hospital.klinik wat surat refer ke hosp sg buloh..bergegas la drive bawak ke hospital plak..menanges2 sambil drive tengok asben langsung dah tak berdaya..ya allah takot pon satu sebab selama ni semua pon asben yang wat..turunkan asben kat emergency terus cari parking..

sambil nak tunggu turn kat fever center tu asben dah macam nak collapse..waaa skali lagi aku kalut..kalut pegi dekat doc dengan mata berair..huu.
terus doc tolak ngan wheelchair ke zon kuning,separa kritikal..doc drip air, check darah lagi skali..dan keputusannye tetap, bukan denggi..discharge..


kat rumah barula nak makan sikit2..makin kurus asben kesayanganku itu..
jumaat dah kuat sikit..sabtu dah makin ok..dan alhamdulillah sekarang dah sehat sepenuhnya

but then, aqeel plak dapat batuk + selsema..ibu ni dah macam immune tak tido malam..minggu lepas menjaga ayah, minggu ni menjaga aqeel yang asek merengek hidung tersumbat + batuk..cepat sehat sayang!

Monday, 4 November 2013

Give Away: Shawl 1st with Umi Qi

salam..hai readers

dah 2-3 kali pakai shawl style umi qi ni asek lupaaa je nak snap pic..arini kukentalkan hati demi nak join giveaway ni.rugii korang tak join..hadiah menarik uolls.


Syaratnya mudah sahaja:

1) Follow blog Umi Qi - done
2) Sila click ikuti teknik Hijab 1st: Tutorial Shawl by Umi Qi - done
3) Ambil (1 gambar anda sahaja) selepas memakai shawl melalui teknik Umi Qi tunjukkan. - done
4) Buat entry di blog anda beserta dengan gambar seperti dibawah. - done
5) Copy link entry anda dan paste di ruangan komen blog Umi Qi. - done
6) Tarikh tutup sehingga 8 November 2013

*****************************
Contoh Entry Anda 

(Upload Gambar Anda)


Saya suka berhijab shawl gaya Umi Qi kerana.................................................................. 

Jangan lupa buat backlink Umi Qi dalam entry anda, lagi panjang lagi bagus puas baca, terpulang kepada daya kreativiti anda setelah pengalaman menggunakan teknik mudah Umi Qi. Ajak geng-geng blogger lain join ye....

Hadiah Give Away:
Hadiah Pertama: 1 Exclusive Shawl + 1 Exclusive Brooch 
Hadiah Kedua: 1 Exclusive Shawl
Hadiah Ketiga: 1 Exclusive Brooch
7 hadiah saguhati

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Umi qi daku wat collage sebab nak tunjukkan depan & belakang..huhu

Saya suke berhijab shawl gaya Umi Qi kerana ia mudah, menjimatkan masa, selamat, cantik dan menutup aurat..(hah kauuuu.skema ayat haku)..keh3

mudah
ofkos sangat2 mudah uolls..sebatang peniti dah cukup..nak lagi kemas tambah 2 brooch.
sebelum ni kalau nak pakai shawl kena make sure ade 2 peniti + 3 brooch. peniti atas kepala ngan tepi pipi..kengkadang hilang satu peniti yang kat kepala tu, mungkin tenggelam dalam kepala..haha.3 brooch, bawah dagu, kiri ngan kanan..hasilnyaa..shawl berlubang kat bahagian dagu..
style umi qi, satu peniti kat atas kepala..kemaskan kiri kanan ngan brooch..shawl yang dah berlubang sebab pakai brooch tu pon boleh guna semula sebab style umi qi ni boleh sorok bahagian berlubang tu kat belah dalam.

menjimatkan masa
ini memang tak dapat dinafikan..pagi tadi bangun lewat.tengok shawl bergantung rasa malas nak pakai, nak je sarung syria.tapi nak try style umi qi ni..3 minit je uolls..kalo dah expert seminit pon dah cukup..

selamat
selamat untuk ibu2 yang mendukung anak..aqeel selalu sembam muka kat bahu masa dukung..kalau pakai style umi qi ni tak letak brooch kat bahu pon boleh, selamat la muka aqeel dari kena brooch ibu

cantik
lepas pakai style umi qi ni rase 
macam cantik je..macam cantik je..hehe.mungkin sebab shawl jadi lebih flowy kat bahagian depan

menutup aurat
style umi qi ni labuh kat bahagian depan dan belakang..lebih lebar shawl lebih labuh kat bahagian depan dan belakang (sila refer gamba)..sangat menepati syariat :)

so ape tunggu lagi..jom try bershawl gaya umi qi..

p/s : umi qi ni kira satu gamba gak kan..hehe

Friday, 1 November 2013

Gathering gojes blogger supermom & baby

salam..hai readers

baru berpeluang nak hupdate cite best hujung minggu lepas..
terima kaseh ye ju membawa aku masuk dalam group super best ni..ini 1st time daku dapat join gathering..last minutes decision jugak sebab mula2 kononnya malu nak join tapi senyap2 pegi search kat mana taman layang2 kepong tu atau nama lainnya kepong metropolitan park..rupa2nya 30km je dari rawang..hoh idak le jauh beno..dengan skali zikir asben setuju nak join..ini sudah bagus..hehe


sehari sebelum pegi asben dah tanya, nak bawak apa nanti ni..pikir punye pikir..bawak puding laici je la kot..senang sikit nak buat.


pagi tu siap2kan makanan aqeel..pukul 8 elok aqeel jaga, bagi main jap terus mandikan..cadangnya pukul 9 nak gerak..sekali tengok pukul 8.30 ayah aqeel tengah sedapppp mencuci kereta..aduhaiii menimbulkan amarah betol la..anak dah siap comey2 dah tu.hmm..tung tang tung tang pukul 9.30 juga baru gerak..aqeel dah selebet duk merangkak kehulu kehilir..bedak2 balik sikat rambut terus gerak..


sampai depan taman layang2 tu tengok penuh kereta duk beratur..asben tanya kat org majlis tu diorang kata datuk bandar nak datang so orang ramai takleh park kat dalam..erghh..terus laju2 kol ju..seb bek dah save no. ju kata park kat luar je pastu jalan kaki masuk..elok lepas park nampak ju pon baru nak park kete..elok sangat ler tu..oloh2 gebunye la umi qi tu hoi..puteh melepak sama ngan anak dia..



masuk terus cari anez..bak kata ju "ala anez..org perak tu..anaknye nama hannah"..gituuu kekdahnye dalam gojes ni..anak lagi femes ye..haha..ok jumpa dah si anez..kecikkkk orangnye.ai rase sangat gergasi..kah3.



duduk la kami bertiga menjemah..macam dah bertahun kenal..geng bapak2 plak bersembang sambil berdiri mendukung anak..sedar2 tengok anakku sudah terlentok..memang masa tido aqeel..walid qi offer buggy qi letakkan aqeel..lena lah anakku duk dalam buggy si qi..padahallll..kalo dalam stroller sendiri baru nak alih tangan dia dah jaga

lepas tu semakin ramai yang sampai..kak ameris dengan 2 anaknya..rayyan & yaya..rambut perang macam anak omputih..mac & cheese kak ameris memang terbaik..sedap oi

kayrul dengan 2 bodyguardnya haikal & hadif..nak gelak bila teringat si adik peluk bekas donut tak bagi orang lain..aduhaii..haha


datang plak my dengan dhia..time ni gelakkan ju plak..slambeee je salam peluk cium pipi..pastu baru tanye ni sape ehh..hahahaha..dhia sangat2 behave..baikkk je duduk ngan mama die..


datang plak aeen dgn perut membulat..huhu..gigih lagi mak buyung ni..dan dpt jumpe raees raimie..comel..diam je kalo bagi tengok video kat tab..good boy..


lepas tu datang ros anis melenggang bawak bekas sandwich..dia kata dia mak paling vogue tak bawak anak..hahaha..padahal airiell dia pass kat asben soh dukung..


lepas2 tu dah makin meriah dengan kedatangan mimi & rafif, ika & ammar, kak mimy & fayel dan ofkos our admin cik naa dan anak2..




sedar2 masing2 dah bisik2 kata asben ajak balik..kejap beno rasenye..tak sempat lagi nak beramas mesra dengan semua..




ayah aqeel pon seronok dapat join gathering ni..kenal ramai orang katenye..dalam kete sibuk cerita..yang duduk teluk intan tu keje bank..abi tu keje transportation,yang tu..yang ini..last2 ibu aqeel tanye balik..yang mane ni bang? anak die yang mane? keh3..



hopefully lepas ni dapat join lagi gathering..nak jumpe ramaiiii lagi dalam group ni..walopon 1st time jumpa..ibarat ada satu ikatan yang cukup kuat..padahal hanya kenal dalam blog..dalam fb..terima kasih semua sebab tak buat daku rasa terpinggir dalam 1st gatheringku ini..lebiu all :)
bloggerwidgets