permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 5 August 2014

Kesah Aidilfitri 2014

salam..hai readers

blogwalking tengok ramai dah update cerita raya, rasa macam nak update jugak lah.hehe.

tahun ni turn raya pertama di taiping! over excited sangat ibu aqeel..ofkos la seronok kan, beraya kat rumah sendiri

balik taiping hari jumaat malam lepas keje.selalu perjalanan 4 jam je tapi malam tu sebab jammed jadi 6 jam perjalanan.nasib baik lah malam, so aqeel tidooo je sepanjang jalan.sempat la puasa 2 hari kat rumah mak.seronok betol dapat berbuka reramai

kesah raya pertama
aku duk kat rumah dengan kakak2 ipar aku yang ada anak kecik..orang lain pegi semayang raya.elok lepas ayahnya ke surau, aku pun mandikan aqeel.pakaikan baju melayu lengkap ngan sampin & songkok..aqeel pun kemain la happy sebab dia tengok baju dia sama ngan ayah.time tu jugak kakak ipar aku yang sorang lagi tengah pakaikan baju anak perempuan dia..so aku tinggalkn aqeel, aku pesan soh kakak ipar aku tu tengokkan jap..elok kua je dari bilik air aku tengok anak aku dah tinggal pampers je! sama dengan anak buah aku yang pempuan tu..hahahaha

aku : ehh aqeel mane baju?
k.ipar : aqeel soh bukak, die kate "nass..nass".ayeesha pon follow..

ergh! bole plak diorang tanak pakai baju..aku tinggalkan je..terus siap2.bila ayah masing2 balik, bising la sebab biar anak tak pakai baju..hahaha.

masa time nak salam2 aqeel wat perangai lagi..dia nak tido.asek nanges2 suruh bukak baju.aduhaiii.abang2 aku marah sebab belikan baju cekak musang, panas katenye.

plan raya pertama tu kitorang nak g amek gamba kat studio..sebab tahun ni giliran kat rumah mak..semua ada kecuali abang yang kat karachi tu la..tu memang tiap2 tahun pun takde.kih3

kat simpang tu ade 2 je kedai gamba, dah namanye ari raya memang penuh la kedai gamba.kitorang pegi kedai 1st..beratur kau!.aku pesan kat kakak, kalo dah sampai turn bagitau sebab aqeel ngah tido.dan jugak la setengah jam aqeel tido, bangun2 mood sangat ok.dah tak rimas ngan baju melayu dia tu.

amek la gamba reramai..pastu amek plak satu-satu family..jadinya ade 6 session la untuk family kitorang saje.dah siap semua kena keluar pilih gamba.budak kedai tu masukkan memory card dia..sekalik! takleh read weh! berasap la abang2 aku..diorang leh cakap kena amek skali lagi.bayangkan lah..another session dengan budak2 yang dah start nak meragam! memula nak cool down la jugak sebab diorang kate after dis turn kitorang, tayah beratur.tapi non hado ye..mau sangat orang yang beratur tu nak bagi kat kitorang.last2 kua g kedai satu lagi..seb bek tak ramai yang queue..tapi kena bertabah la.sebab kedai satu lagi ni agak kuno.kah3.belasah je la labu..asal ade gamba family

setengah hari raya pertama habes kat kedai gamba je!lepas tu baru la mula berjalan g umah sedara mara..

raya kedua atas jalan..kul 10.30 pagi gerak dari taiping 8.30 malam baru sampai..naik lembik dah badan aku melayan aqeel.

raya ke3 di pekan..raya ke4 balik rawang bersama family in laws..sambung beraya rumah sedara mara belah suami..dan raya ke5 dah keje..habes cerita raya..ehh tapi raya ke5 tu pon ade kesahnye jugak..panjang sangat plak dah entri ni.sambung len kali lah

lastly..selamat hari raya to all readers.maaf zahir dan batin.

gamba ulang tayang je la uolls! ini je yang elok.haha

4 comments:

  1. tak sempat nak beraya umah ko kan aznor...bz melayan tetamu dtg ke rumah...raya ke3 baru dpt berjalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..aku rase kalo rye ke-2 baru balik tepen sempat kot beraya

      Delete
  2. selamat hari raya :), cantik color bj raya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets