permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 6 November 2014

Aqeel : virus infection

salam..hai readers

baru 2 hari dapat tengok aqeel aktif balik macam biasa.senangnyaa la hati..dekat 6 hari jugak aqeel cirit-birit + muntah..

ceritanya bermula hari kames minggu lepas.masa amek aqeel bs bagitau aqeel muntah lepas makan lunch.aku ingat2 balik, aku bekalkan bubur daging..dan bubur tu aku masak malam sebelumnya..tak mungkin bubur tu tak elok.so balik2 rumah aqeel mintak susu.dalam pikiran aku, mesti anak lapar ni sebab tadi dah muntah..elok je dia habeskan 9oz susu..bluwekk..habes kua balik sebotol susu.dengan aku skali bermandi muntah..angkat masuk bilik air, aqeel macam nak tumbang plak..lembik2 kaki sebab dia cuba nak keluarkan muntah tu.

dah lembik anak ibu

aku dah mula gelabah sebab ayah aqeel memang akan stayback kat opis sampai kul 12 dari ari selasa sampai kames.call asben tanye bleh balik tak bawak aqeel g klinik, kalo tak boleh aku nekad bawak sendiri aqeel.tak sanggup tengok anak gitu..

sementara tunggu ayah balik ade dekat 3 kali aqeel muntah + 2 kali cirit.terus bawak g klinik..masuk ubat tahan muntah ikot buntot..doc bagi smecta, ubat tahan muntah dengan ubat elak dehydrate yang macam aiskrim tu.balik tu aqeel dah lena.aku pikir maybe ubat tu dah bagi kesan.so ayah aqeel decide nak g opis balik settlekan keje yang belom siap.masa tu dah kul 11.aku takleh nak lelap..dalam tido tu 3 kali aqeel cirit..dan dia hanya request nak air masak..allah menitik air mata tengok anak minum air masak macam lapa sangat..dan malam tu kami gilir2 tukarkan diapers, tukarkan baju tiap kali aqeel cirit or muntah

ari jumaat aku tetap kne keje..sebab takde cuti..rasa bersalah kat anak tapi positif pikir takpe..ibu bekal ubat..malam jumaat tu tengok aqeel dah ok cket..sebab bs bagitau die ade makan nasi lembik + sup..tapi malam tu tetap muntah ngan cirit..

muka dah start cengkung..sedih tengok

sabtu plan nak bawak aqeel g zoo terpaksa cancel.dan kitorang ke rumah kakak aku dengan tujuan aku nak wat exam online ptd.rumah kakak ade unifi..so rasa laju sket..dari petang bawak ke malam aqeel asyik muntah, cirit..abg kakak suggest bagi minum 100plus edge..elak dehydrate..abg kate mase anak dia muntah2 dulu pon doc private suggest minum 100plus edge ni.memang itu je yang aqeel minum..tapi 10 minit skali mesti muntah.aku wat jugak exam untuk bahagian 1..masuk bahagian 2 dah tak tenteram hati..anak meragam..ayahnye plak sibuk tengok bola..sakit plak hati.terus tutup laptop..maka kelaut lah exam ptd ku demi anak.try tidokan aqeel..sebelum masa tambahan bola tu aqeel dah pon lena.dalam lena tu pon die still cirit.



pagi esoknya aqeel bangun2 terus terhuyung hayang cari toys..aku biakan je dia munggah.nampak dah sihat sket..pagi tu pon ade app ngan jezz nak scan baby..masa kat umra aqeel dah aktif berjalan.lega sangat hati..makan roti gardenia tu dekat stgh bijik..kira berselera dah la..tapi susu still takleh minum..muntah dah takde tapi still cirit..malam tu aqeel mintak susu..aku bancuh susu cair je..5oz air + 1 scoop susu..dah siap2 lapik dengan changing mat tempat tido aqeel takot die muntah.tapi alhamdulillah tak muntah dah..lega!

isnin ayah aqeel plak sakit perot..doc kate jangkit dari anak sebab masa kte uruskan muntah cirit anak tu, kte tak basuh betul2 tangan..selasa ibu + ayah plak cerry berry..aduhaiii..nek lembik satu badan.bila anak dah sehat, ibu ayah tak sehat..memang sakit kepala nak layan dia.

alhamdulillah ibu n aqeel dah betol2 sehat..ayah aqeel, still mc.sang somi tu memang jarang sakit..tapi skali sakit susah nak baik..dan yang aku perasan dia ni akan sakit lepas final piala malaysia, bila pahang menang..hahaha..sama macam tahun lepas.

cepat sehat ayah aqeel!

2 comments:

  1. alhamdulilah aqeel dah sihat....risau kan bila anak2 sakit...hati tak tenteram..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets