permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 29 January 2014

14 months old Aqeel Suhayl

salam..hai readers

aih sedar tak sedar aqeel dah masuk setahun 2 bulan..cepatnye besar anak ibu..

- sekarang dah boleh berjalan betul dan makin lajuu..
- ada perangai baru, nak tido atau bangun tido kena berpeluk dengan ibu..rasa nak patah pinggang ibu nak! awak nak berdukung kehulu kehilir
- dah pandai cakap NANAK sambil geleng kepala laju2
- words lain, NAK = nak, TAK DAK = takde, PAPA = paklong aqeel, KA = car, BU = ball, MAMAM = makan, BUU = ibu (kalo panggil ibu, buuu tu bunyi panjang sket kalo ball bu pendek..haha), PAH = opah, CU = shoes, BAH = bas
- makan tak memilih..suap je..tapi kalau dia dah taknak die geleng
- susu, still 2-3 botol je masa kat rumah bs
- tepuk, salam, lambai, flying kiss, kuyukan mata, cebik mulut
- tengah seronok meniru apa yang orang wat
- dah boleh wat action rukuk..hehe.
- feveret, menyorok dalam telekung ibu masa ibu solat supaya ayah tak jumpa..APTB

apepon membesar dengan sehat ye anak ibu..lebiu



Tuesday, 28 January 2014

Rutin harian ibu aqeel

salam..hai readers..

sebelum ni penah kongsi dah rutin harian ibu aqeel..sekali masa lepas pantang, sekali lagi masa aqeel start tinggal ngan babysitter..sekarang aqeel dah besar sikit rutin harian pon berubah

pagi, ibu bangun pukul 6.10..terus pegi dapur panaskan bubur @ sup..siapkan bekal makan aqeel,bekal susu, wat air untuk ayah..pastu baru leh mandi, solat dan siap2..ayah aqeel akan masukkan bakul aqeel dalam kete, kluarkan kete dari porch..aqeel bangun, tukar pampers..bedak2 sikit..kalau mood tak baik macam pagi tadi, taknak pakai pampers..skrg memang kena beli pants..wat perangai kalu kite sarung je pants

siap sume, terus masuk kete..ayah kunci pagar, pass kunci kat ibu..tros zoom ke rumah bs..sekarang ni paling kurang pon ibu kena habeskan 15 minit kat depan umah bs..aqeel wat macam2 ragam..pastu terus ke opis..

kul 5.30 keluar opis..sampai depan umah bs dalam kul 6.15..amek aqeel, balik umah simpan susu, bawak kedapur sume bekas susu,bekas makan aqeel, defrost lauk yang nak masak..salin baju dan aqeel akan start berkepit..tunggu sampai ayah balik baru boleh masak, sambil2 tengok ariana rose..keh3..siap masak laju2 solat dan lepas tu aqeel akan menyusu untuk tidur..

menyangkut..x sempat ibu tuka baju
aqeel tidur baru la boleh kemas bakul aqeel, basuh botol+bekas makan, masak makanan aqeel, iron baju keje dan akhirnya baru la leh tido..letak kepala atas bantal terus hanyuttt..dan ianya berulang selama 5 hari bekerja..aku sentiasa tertunggu2 hari sabtu dan ahad..haha

Monday, 27 January 2014

natural remedies - batuk kahak & selsema

salam..hai readers

start hari rabu lepas aqeel dah batuk2 manja..risaunye lahai sebab kalau dah berkahak, takot jadi penat macam sebulan lepas..

hari khamis, batuk dah mula berkahak, hingus dah meleleh..dan hingusnya kaler hijau..haih hingus hijau ni maksudnya ada jangkitan bakteria..start bagi aqeel ubat batuk & selsema..tapi tetap macam tu jugak..malam2 merengek sebab hidung sumbat + batuk..

hari jumaat try buat garlic oil..bakar bawang putih ngan kulit pastu lenyek dalam piring, letak minyak kelapa dara..baunya aduhaiii tengik..tak sampai ati nak letak kat dada aqeel..haha.so letak kat tapak kaki je..sarung stokin..esoknye tengok hingus aqeel dah cair+jernih..aik berkesan ni garlic oil..

malam sabtu wat lagi..dan hingus dah kering..legaaa..tapi batuk still berkahak..gugel2 rasa macam nak try madu khaula..lagipun aqeel dah nak masuk setahun 2 bulan..banyak review kata ok..so hari ahad try cari madu khaula kat booth2 dalam tesco rawang..beli botol sedang, harga rm38..sama macam kat botolnya..

malam semalam try bagi..mula2 campur dengan air suam..anak iolls ni kalo bagi minum air memang banyak yang keluar dari masuk..end up ku suapkan je terus madu tu.setengah sudu teh je.kedip2 mata dia..sedap kot..dan semalam aqeel tido lena..tak dengar dah bunyi nafas kuat tu..batuk pon hilang dah..alhamdulillah berkesan..


Friday, 24 January 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang ku kopipes satu entri ni..font pon tak berani tukar..takot kena reject..haha


bagi aku gamba ni cukup cool..
cool sebab ayah aqeel baru balik keje..tak sempat salin baju lagi, terus layan anak main..
naseb baek la ayah kuruih, boleh la pinjam push car anak..
kalau aqeel ajak ibu main, ibu gayat sket nak naik kete aqeel tu..takot roboh.hahaha
no wonder anak ngekor je ayah watpe..geng kamceng katenye..
datang kat ibu bila dahaga susu  & nak tido je..pasghah!
inilah dua cinta saya dunia dan akhirat..

Thursday, 23 January 2014

tak cukup selamat lagi

salam..hai readers

selama ni rasa rumah tu dah cukup selamat untuk anak..
selalu vacuum sebab risau kot2 ada benda kecik2, takot anak kutip masuk mulut..
beli cover bucu kabinet sebab takot anak terhantuk..
beli penyendal pintu sebab risau jari anak terkepit..
macam2 lagi lah semata2 risau pape jadi kat anak

tapi semalam betol2 wat kitorang terkejut..asben jumpa lipan besaqqq! nak masuk playroom aqeel plak tu..


ya Allah..berderau darah masa asben bagitau ada lipan dalam rumah..slalu tengok lipan kecik2 je..yang ada dalam bilik air kat kampung kan..ni memang besar..
nasib baik asben nampak lipan tu ngah tergedik2 nak masuk playroom aqeel..terus amek ridsect pastu ketuk ngan penyapu..

aku rasa lipan tu keluar dari lubang air dalam bilik mandi..sebelum tu asben cuci bilik mandi, so die bukak penutup lubang tu..mungkin la keluar dari situ..

aku tak leh bayangkan kalau lipan tu masuk playroom time aqeel ngah main..dah lah aqeel sekarang tengah suka mengutip..nauzu billahi min zalik

memang tak sangka akan ada lipan dalam rumah..haih..lepas ni kena pastikan semua lubang yang binatang2 berbisa ni boleh masuk sentiasa ditutup..bahaya sangat2!

Tuesday, 21 January 2014

2nd photobook using voucher from groupon

salam..hai readers

photobookku dah beranak..haha..
2nd photobook guna voucher groupon..ade 1 lagi voucher tak guna..yay!
korang dah buat lom..valid till 19 May je tau..cepat2

photobook untuk birthday aqeel



ade gamba siblings..yang semua balik time birthday aqeel
sukaaa lah..ok tinggal 1 je lagi..ngah pikir untuk event ape plak..keh3

Monday, 20 January 2014

Our 2nd Anniversary


Alhamdulillah..it's been 2 years (20 Januari 2012 - 20 Januari 2014)..more years to come..Insyallah.
Semoga kebahagian ini kekal hingga ke syurga..
Dilimpahkan rahmatNya..
Diperkaya dengan kasih sayang..
Amin..
Happy Anniversary Imamku, Abdullah Shariffudin Mohamad

Thursday, 16 January 2014

Majlis Aqiqah Adelea

salam..hai readers

ahad lepas berkesempatan pegi kenduri akikah adelea, princess yong nana kat ampang..kali ni tak yah berzikir lama sangat kat telinga asben..sekali ajak je die terus setuju..

sampai2 je ku dah nampak muka2 gojes..nampak fariza, leenda dan ofkos la puan rumah, yong..bukan senang nak jumpe orang jauh ni..

baru nak cari port nak makan nampak plak kak nadia..ni dah bese jumpe..asben pon dah kenal asben kak nadia..duk sembang ngan kak nadia ni asek gelakk je..nak gelak dengan kekelamkabutan die ngan 4 heroes tu.hahaha..sori kak..

pas je makan, masuk rumah nak tengok pelamin..ooemmjii cantek hoi..aqeel dulu berendoi naek buaian spring je..haha..nanti la ade baby girl nak wat gini lah..ehh3 tringin plak tgk diorang2 ni bawak perut.huhu

ibu aqeel, umi rayyan, mama double A, mummy asyraf dan ummi afkar..anak lagi femes katenye..keh3

duk menyembang tak lama pon, aqeel nak susu..aku dah susah nak susukan aqeel kat rumah orang, budak beso ni nak menyusu dengan gaya tersendiri..duduk la..bediri laa..APTB (-.-)"

apepun timekaseh ye yongnana sudi jemput kitorang..makanan sedaps, doorgift best..ade rezeki bole jumpe lagi..insyallah

Monday, 13 January 2014

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY

Tema : Anak Soleh Solehah




Ya Allah,
Jadikanlah anakku, Aqeel Suhayl seorang anak yang soleh dan mendengar kata,
Lindungilah dia daripada sebarang kejahatan dan kesakitan,
Berikanlah anakku tubuh yang sihat dan akal yang cerdik,
Cukupkanlah air susuku untuk menyusukan Aqeel sehingga berumur 2 tahun,
Sesungguhnya aku hanya bermohon kepadaMu Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Amin.

Doa yang ibu titipkan setiap kali selepas solat untukmu sayang..tiba2 rasa sebak, tingginya harapan yang diletakkan pada anakku ini..membesar dengan sihat ye sayang

jom ramai2 join 2nd GA Umie Sue ni..

Thursday, 9 January 2014

Hadiah anniversary

salam..hai readers..

anniversarynye lagi 11 ari tapi dah gelabah pikir nak bagi apa la kat cik abang..ku tak reti nak wat surprise2 ni..

puas dah ku godek2 online shop kat fb..zalora..rase2nye nak belikan jam tangan, jam hantaran dulu dah pecah..tengah menjamu mata cari yang berkenan dihati dan kena pikirkan jugak cik abg tu berkenan ke idok..aduhai..susah ni

korang2 cane korang raikan anniversary? any idea?


Wednesday, 8 January 2014

Susu

salam..hai readers..

aqeel semenjak masuk setahun ni aku peratikan die dah kurang nyusu bila kat rumah babysitter..bayangkan dari 7 pagi sampai 6 petang hanya 3x5oz susu je yang habes..kalau masa aku cuti kuat jugak die bergayut..


tapi makan memang selera..apa yang orang makan die pandang pastu sebut "nak..nak"..kalau makan kat kedai tak merasa dah la aku nak makan benda pedas2..sebab nanti nak suap anak..eh lagi satu aqeel suka makan sendiri..dia dah boleh guna sudu..teruja ibu tengok..hehe

tiap2 hari sekarang ni aku akan bekalkan aqeel ngan macam2..contoh semalam aku bekal bihun sup + bergedil + biskut + roti..hari2 aku nak kena pikirkan menu untuk aqeel..die cepat jemu..so kena tukar2..arini nasi, esok bihun lusa makaroni..resepi2 aku follow blog nana, kak mimy ngan kina..hehe..salute la kat mommy2 yang rajen masak memacam kat anak ni.

gamba sup x amek..haha
btw normal ke ek susu banyak tu?..aku tengok baby yang minum FM sebotol besar 9oz tu kejap je settle..pastu kerap nyusu..aqeel ni kalo ngan aku memang la bergayut tapi tataw la bape oz yang masuk dalam perut die tu..haih..

Tuesday, 7 January 2014

BIL Wedding

salam..hai readers

arini nak cerita pasal BIL wedding kat kelantan nun..masa bertunang 4 bulan lepas kitorang gerak dari KL ikot jalan Gua Musang..12 jam perjalanan memang sampai rase nak patah pinggang..so untuk majlis kawen ni kitorang gerak dari pahang..balik rumah in laws dulu pastu baru ke kelantan..8 jam perjalanan.ok la kot..

hari jumaat majlis nikah..nikah di surau, dan jamuan di rumah..ape yang aku nampak, majlis simple je..takde khemah, takde catering..sangat2 simple..


OOTD : nikah outfit 2 tahun lepas :)

hari sabtu baru la majlis bersanding kat dewan..pon sangat simple..takde kompang, takde dj, kurang tetamu..MIL guna semula bantal polisterin hantaran bertunang aku dulu..jimat belanja sket kat situ..


bantal hantaranku bertukar tema

OOTD

ok habes cite pasal kenuri..nak cite pasal jenjalan kelantan..haha itu yang iye nye kan..

sampai kelantan hari kames malam tu semua orang nak keluar pegi wakaf che yeh tapi kitorang anak beranak dah terbongkang keletihan..jadinye tinggal la kitorang sefamily dengan family bil..tido kumpul energy katenye nak shopping kat rantau panjang esoknye

esoknye lepas majlis nikah, salin2 baju terus gerak ke rantau panjang..dalam perjalanan singgah masjid beijing sebab yang lelaki nak solat jumaat..pastu baru shopping! gile aku weh nengok barang2 bebas cukai ni..muurahh!..tapi kitorang tak berdaya nak mendukung si botbot tu sambil bershopping jadinye sket je la yang dapat disambar..balik homestay masing2 nyesal.haha..antara barang2 yang disambar, jeans, kasut, selimut, pemanggang ajaib, periuk..dan macam2 lagi..haha


Masjid Beijing


Aqeel punye

malamnye baru pegi ke wakaf che yeh..skali lagi hilang pedoman..tapi kat wakaf che yeh ni harga dah mark up sket..ade certain2 brg je harga sama..aqeel dapat gitar kat sini..haha




sampai je kat homestay, ade cite seram..sorang sepupu cite dalam kul 11 malam ada sorang pempuan datang, bawak baby..tapi babynye tak nampak..kecik je! oooemmjii..seram ok..ape die wat datang umah org memalam..sepupu kate die dtg mintak sedekah..ehh satu lagi kan aqeel meraung2 kalau letak dalam bilik air..macam takotkan sesuatu..so sepanjang duk sane ku mandikan aqeel kat porch kete..pelik betol sebab aqeel tak penah nanges kalau ajak mandi..

dan lepas kenuri hari sabtu kami gerak balik ke pahang semula..kalini cepat cket sampai..6 jam je.. sebab lalu ikot LPT2..ahad baru balik ke rawang..selesai...

hujung bulan ni kenduri di pekan plak..

Monday, 6 January 2014

cerita azam




Dia : syg ada azam?
Sy : mestila ada
Dia : ok..ce bagitau abg..
Sy : nak simpan duit, x nak boros lagi
Dia : lagi?
Sy : nak buat keje umah dengan lebih pantas.
Dia : lagi?
Sy : nak kurangkan maen candy crush masa kat umah..abg pon kena kurangkan taw
Dia : ok..lagi
Sy : nak jadi ibu terbaik wat aqeel n isteri trbaik utk abg
Dia : lagi?
Sy : err..ape lagi ek..hmm nak masak lebih banyak gulai..
Dia : yeah itu yang abg tunggu!
Sy : (-.-)"
bloggerwidgets