permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 13 August 2015

Aidilfitri 2015

salam..hai readers

masih dibulan raya kan.bleh la cite pasal raya.haha.

tahun ni giliran pekan pahang raya pertama.kitorang balik pahang selasa malam.so sempat la 2 hari berpuasa kat sana.kat pekan ni masih suasana kampung. ada la aktiviti bakar lemang, berbuka ramai2 dan banyak aku tak join pon sebab anak kecik hoi.

raya pertama lepas hasben balik semayang raya, bergambar dulu..



baju kitorang memang sedondondong! kain sekayu..haha.kain kosong + batik songket sarawak.
aku tempah kat taiping..memang aku request dress ammara sebijik macam aku punye cuma lengan pendek. dan mintak akak tu jahitkan sampin asben ngan buatkan sampin aqeel..kuasa veto tahun ni.laki pasghah je pakai.hahahaha

lepas salam raya kitorang beraya dalam kampung.sedara mara memang stay dekat2.lepas solat jumaat sambung beraya kat kuantan plak.end of raya pertama

2nd raya gerak balik taiping.jalan clear dari pekan ke kl. kitorang singgah rawang sebab nak amik dress aku untuk raya ketiga tertinggal.hua3.


sambung balik perjalanan dan jalan dah start jem.ammara dah tak tentu arah mintak lepas..senget benget tudung mak!aqeel dah bergayut kat handle dlm kete tu.setiap rnr tak boleh nak masuk.memang kereta kitorang tu tak berenti la bergerak..
sampai taiping dalam kul 9mlm..adik aku amek ammara dari dalam kete sebab aku nak bediri pon tak brape stabil..haha.lama sangat duduk.bengkok abes kaki.end of raya kedua

3rd raya kakak aku buat birthday party untuk danish (anak sedara aku yang  1st)..kakak aku wat laksa sarawak.mak merendang buat kali kedua + masak jugak lauk untuk makan ngan nasik putih.happy! sebab leh kumpul 5 dari 6 beradik..abg aku nan sorang tu memang tak kan penah ada time raya.dah 7 tahun kot dia beraya kat obersi..dan kalini di new york. end of raya ke3


raya di new york

4th raya kakak + abg (kembar adik) aku dah balik.tinggal la 3 beradik..adik aku pun dah start keje.hilang terus suasana raya.huhu.duk la kami melepak.memang aku malas nak berjalan kalau balik kampung ni.baik duk berehat2 kan. end of raya ke4

5th raya abg (kembar abg)  plak balik rumah mertua.tinggal la kami anak beranak..kemain puas bergolek sebab esoknye dah nak balik rawang kan. end of raya ke5

6th raya lepas lunch gerak balik rawang.alhamdulillah jalan tak jem.sampai rawang siap boleh pegi NSK beli barang dapur.haha.

tamat la cuti raya kami..tapi setiap sabtu ahad kami terima tetamu or kami pegi beraya lagi..itu cerita next entri. (berapa banyak next entri daaaa)

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin

4 comments:

  1. cerita raya kt office tak cukup makan mana? hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite raye pon baru hegeh2 nak update nak suh cte pasal raya kat opis..tggu la sebulan lg.hahaha

      Delete
    2. ooo kak. bile nye nak update ni? hehehe

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets