permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 3 August 2015

Ammara : mild eczema

salam..hai readers

aku tak penah cerita lagi pasal anak dara aku yang berkulit sensitif ni.huhu

aku perasan ammara ni eczema masa lepas habes pantang. kat dua2 tepi pipi dia naik rashes yang tebal. aqeel dulu pun pernah ada macam ni.so ingat takde ape yang perlu dirisaukn sbb masa aqeel dlu sekejap je. tapi time ammara ni tak surut2 plak rashes ni.




bawak pegi klinik of cause doc bagi steriod cream. macam2 klinik aku pegi.sejujurnya aku ada jugak sapu steriod cream ni. sebab kesian tgk ruam yang tebal dan kadang2 berair tu.

mandian ammara awal2 lagi aku dah tukar pakai ezerra dan alhamdulillah sesuai.aku gunakan untuk semua part.kepala pun aku sabunkan skali.huhu.sebab kadang2 kulit kepala pun kering.




lepas mandi..lap2 terus sapu mosturizing lotion cetaphil.satu badan jugak aku sapu..tak kesah la kawasan tu ade ruam ke tak.



alhamdulillah sekarang dah kurang dan kadang2 orang tak nampak pun dah rashes die tu.

masalahnya skrg, aku kena pikirkan solid food yang sesuai untuk ammara.
hujung minggu lepas aku try bagi bubur beras perang.elok setengah jam aku bagi makan naik bintat2 kat badan ammara..allah takut aku dibuatnya..dia nak tido tapi asek la garu2 kaki tangan.huaaa
rupa2 nya baby eczema kalau nak makan brown rice kena rendam dulu.hmm bad ibu

so skrg ni aku jadi sangat berhati2 nak suap apa kat mulut dia..ammara dah try carrot for 4 days..lulus!
pumpkin for 4 days termasuk arini..lulus!
esok maybe aku try epal or pisang. harap sangat sesuai dengan dia.ibu is risau (T.T)


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets