permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 13 August 2015

Aidilfitri 2015

salam..hai readers

masih dibulan raya kan.bleh la cite pasal raya.haha.

tahun ni giliran pekan pahang raya pertama.kitorang balik pahang selasa malam.so sempat la 2 hari berpuasa kat sana.kat pekan ni masih suasana kampung. ada la aktiviti bakar lemang, berbuka ramai2 dan banyak aku tak join pon sebab anak kecik hoi.

raya pertama lepas hasben balik semayang raya, bergambar dulu..



baju kitorang memang sedondondong! kain sekayu..haha.kain kosong + batik songket sarawak.
aku tempah kat taiping..memang aku request dress ammara sebijik macam aku punye cuma lengan pendek. dan mintak akak tu jahitkan sampin asben ngan buatkan sampin aqeel..kuasa veto tahun ni.laki pasghah je pakai.hahahaha

lepas salam raya kitorang beraya dalam kampung.sedara mara memang stay dekat2.lepas solat jumaat sambung beraya kat kuantan plak.end of raya pertama

2nd raya gerak balik taiping.jalan clear dari pekan ke kl. kitorang singgah rawang sebab nak amik dress aku untuk raya ketiga tertinggal.hua3.


sambung balik perjalanan dan jalan dah start jem.ammara dah tak tentu arah mintak lepas..senget benget tudung mak!aqeel dah bergayut kat handle dlm kete tu.setiap rnr tak boleh nak masuk.memang kereta kitorang tu tak berenti la bergerak..
sampai taiping dalam kul 9mlm..adik aku amek ammara dari dalam kete sebab aku nak bediri pon tak brape stabil..haha.lama sangat duduk.bengkok abes kaki.end of raya kedua

3rd raya kakak aku buat birthday party untuk danish (anak sedara aku yang  1st)..kakak aku wat laksa sarawak.mak merendang buat kali kedua + masak jugak lauk untuk makan ngan nasik putih.happy! sebab leh kumpul 5 dari 6 beradik..abg aku nan sorang tu memang tak kan penah ada time raya.dah 7 tahun kot dia beraya kat obersi..dan kalini di new york. end of raya ke3


raya di new york

4th raya kakak + abg (kembar adik) aku dah balik.tinggal la 3 beradik..adik aku pun dah start keje.hilang terus suasana raya.huhu.duk la kami melepak.memang aku malas nak berjalan kalau balik kampung ni.baik duk berehat2 kan. end of raya ke4

5th raya abg (kembar abg)  plak balik rumah mertua.tinggal la kami anak beranak..kemain puas bergolek sebab esoknye dah nak balik rawang kan. end of raya ke5

6th raya lepas lunch gerak balik rawang.alhamdulillah jalan tak jem.sampai rawang siap boleh pegi NSK beli barang dapur.haha.

tamat la cuti raya kami..tapi setiap sabtu ahad kami terima tetamu or kami pegi beraya lagi..itu cerita next entri. (berapa banyak next entri daaaa)

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin

Tuesday, 11 August 2015

Their 1st experience

salam..hai readers



sabtu lepas sempat bawak aqeel naik train. dah lama dia berzikir nak naik train. mak malas layan sebab mikir kena bawak sikenit tu skali. oleh kerana jumaat tu aqeel demam, sabtu pagi tengok dia dah sehat..ibu tunaikan permintaan mu nak! dan malam tu awak demam extreme plak ek.ok yang tu kite cite kat entri lain

kitorang park kete kat ktm rawang dan asben terus pegi beli tiket. aku pelik nengok tiketnye.takde dah kena touch2 sebelum masuk tu.cuak2 kitorang, ingat salah. rupenye sekarang die wat macam tiket bas tu. lame nau dah tak naik train wey.hahaha

elok kitorang beli tiket terlepas train.so kena la tggu 10 minit lg.duk bertenggek la anak branak.ini la yang aku lemah.hahaha.kenapa kena bersusah2 nak pegi kl sentral je ponnnn.demimu anak!

tengah2 aku berdiri sambil ammara dalam ssc, datang sorang makcik.die tegur ammara. tup2 lama plak bersembang.cite pasal anak cucu die.nampak macam die educated.boleh speaking..asben yang mulanya nak pegi beli air terus tak jadi..join sembang.

train sampai.kitorang siap galas diaper bag sorang satu..anak 2 hoi.diaper bag pon 2.hahahaha.dan makcik tu pun hilang dalam ramai2 orang..datang sorang budak pempuan

budak pempuan : kak..boleh saya tau apa makcik tu sembangkan?
aku : hmm xde sembang pape pun.die cite pasal anak cucu dia
budak pempuan : owh..makcik tu dulu penah mintak duit dari saya kak..kisah die viral kat fb
aku : hah! series dik?
budak pempuan : haah.naseb asben akak ade kot

lucky me! haih..masuk2 dalam train terduduk plak depan makcik ni.die tegur lagi. "aik..1 tren ngan nenek ye dik"

terus asben bangun tarik tangan aku..pindah tempat..hahaha

dan pagi ni aku search pasal makcik ni..dan ini yang aku jumpe! makcik ktm

n yes..dia orang yang sama!

pengalaman untuk anak..dan untuk ibu jugak.huhu

Monday, 3 August 2015

Ammara : mild eczema

salam..hai readers

aku tak penah cerita lagi pasal anak dara aku yang berkulit sensitif ni.huhu

aku perasan ammara ni eczema masa lepas habes pantang. kat dua2 tepi pipi dia naik rashes yang tebal. aqeel dulu pun pernah ada macam ni.so ingat takde ape yang perlu dirisaukn sbb masa aqeel dlu sekejap je. tapi time ammara ni tak surut2 plak rashes ni.




bawak pegi klinik of cause doc bagi steriod cream. macam2 klinik aku pegi.sejujurnya aku ada jugak sapu steriod cream ni. sebab kesian tgk ruam yang tebal dan kadang2 berair tu.

mandian ammara awal2 lagi aku dah tukar pakai ezerra dan alhamdulillah sesuai.aku gunakan untuk semua part.kepala pun aku sabunkan skali.huhu.sebab kadang2 kulit kepala pun kering.




lepas mandi..lap2 terus sapu mosturizing lotion cetaphil.satu badan jugak aku sapu..tak kesah la kawasan tu ade ruam ke tak.



alhamdulillah sekarang dah kurang dan kadang2 orang tak nampak pun dah rashes die tu.

masalahnya skrg, aku kena pikirkan solid food yang sesuai untuk ammara.
hujung minggu lepas aku try bagi bubur beras perang.elok setengah jam aku bagi makan naik bintat2 kat badan ammara..allah takut aku dibuatnya..dia nak tido tapi asek la garu2 kaki tangan.huaaa
rupa2 nya baby eczema kalau nak makan brown rice kena rendam dulu.hmm bad ibu

so skrg ni aku jadi sangat berhati2 nak suap apa kat mulut dia..ammara dah try carrot for 4 days..lulus!
pumpkin for 4 days termasuk arini..lulus!
esok maybe aku try epal or pisang. harap sangat sesuai dengan dia.ibu is risau (T.T)


bloggerwidgets