permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 8 October 2015

Aqeel : diaper free!

salam..hai readers.

nak update sket la pasal anak bujang yang dah diaper free. nanti senang mak nak refer bile abang aqeel tak pakai diapers langsung.


gamba tiada kaitan..haha

aku berazam nak potty train aqeel masa dalam pantang sebab senang kan cuti 2 bulan..malangnya itu hanya azam.hahaha.kelaut derr walaupun dah beli spender gambar bulldozer.

beberapa kali gak try potty train time weekend. sempat la sampai tengah hari..nak tido petang ayahnye pakaikan diapers. kelaut dalam peginye..adoii


last weekend aku cerita kat hasben, ramai anak2 kawan yang sebaya aqeel dah free diapers. jom la kite train aqeel plak.kebetulan mamipokai pants aqeel tinggal 10 keping.


aku sorokkan 10 keping tu, pakaikan spender bulldozer die.15 minit skali aku tanya "aqeel nak shee2?"..lepas sejam aku naikkan setengah jam skali baru tanya. hanya dua kali terbabas di hari pertama..sekali die terlepas atas photobook kawen mak hoi! aduhaii nak..saba2 takleh marah. 2nd time masa nak keluar jenjalan. asben macam dah malas.aku keras ckp jgn bg diapers!.malam tu sebelum tdo dekat 8 kali die berulang toilet.hahaha.masa nak lelap ayah die pakaikan diapers

pagi esoknya kering je.langsung tak kencing dalam diapers..so hari ahad aqeel mmg tak pakai langsung diapers..sendiri ke toilet kalau nak shee2 or poo..tapi dia ber*k kat atas lantai bilik air je. malam pun tak pakai diapers dah

isnin, 1st day potty train di taska..alhamdulillah everything went well.skali tercicir sebab die ralit main.lain2 pass!


dan semalam aqeel dah pass poo2 kat toilet bowl.yay! tapi ibu kena pegang la.takot plak aku anak terperosok dalam toilet bowl..haha.

aqeel maybe dah lama ready utk potty train tapi ibu malas..
my prince isn't baby anymore *lap air mata*

p/s : walaupun dah berjaya potty train aqeel, ayah aqeel dah terbeli mamipokai size xl.huhu.simpan untuk adik lah

Thursday, 1 October 2015

Ammara's solid food

salam..hai readers

anak dah nak dekat masuk 8 bulan baru ibu nak update pasal solid food.haha
ammara ada mild eczema.sepanjang 2 bulan ni yang aku tau dia alah pada brown rice dan ikan bilis.
sayur dan buah takde yang alah.protein lain belum try.aku cuak2 la nak try makanan kat ammara ni..naik je rashes mulela aku gelabah bewak.

preparation for her first solid food.aku just tambah ape yang tak cukup je
- thermal food container untuk bawak bekal ke taska


- food dispensing spoon. (yang ni kehendak ibu..haha)


- ice cube tray with cover (ini sebab yang aqeel punye dah pecah aku hentak sebab cube takleh kua.hahaha)

1st food ammara ialah carrot+ibu's milk! ok fine. tak best kan..tapi alhamdulillah ammara suka.


lepas seminggu aku mula bekalkan kat taska.untuk sekali makan dalam 2-3 sudu besar je amountnye

lepas tu aku introduce bubur kosong. dan sekarang bubur+vege..
awal2 dulu aku dah try freeze kan puree..dan bila ammara makan naik rashes sket
aku rasa dia takleh makan frozen food.

gigih la hari2 aku masakkan segenggam beras + beberapa ketul carrot dalam slow cooker.esok pagi tinggal blend je..

slow cooker yg memudahkan keje aku

tapi start minggu lepas aku try buat frozen puree, blend beras, dan ikan bilis.

daa
bloggerwidgets