permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 30 December 2016

IZI Stesen

Salam.  Hai readers

Agak lama jugak dah husband cerita pasal schoolmate die masa kat SEMESTA ada bukak kedai shellout. Aku dengarkan je la sambil cakap ok nanti kite pegi try ye.
Tiba-tiba kemarin balik keje husband suruh siap-siap nak pegi shellout katenye. Gile taknak! Laju je mandi pastu siap-siap.
Senang cakap location IZI Stesen ni kat Sungai Buloh. Dekat je rupanya dengan Rawang.

Sampai-sampai keliru nak order set mana.
RM35 untuk set 1-2 orang
RM60 untuk set 3-4 orang
Last-last kitorang decide nak amek 2 set RM35 tu sebab boleh rasa 2 flavour/sos. Kalau amek set yang RM60 tu kena pilih 1 flavour je. Dalam hati cakap, takpe kalau tak habes tapau la. Kononnnn..


Tak sampai seminit lepas order terus datang waiter setup plastik kat meja, pastu letak nasi. Tak lama pastu terus tuangkan lauk-lauk atas meja. Buntang mata aqeel tengok orang tu tuang lauk takde pinggan.hahaha



Kami pilih sos butter milk dan asam pedas. Konon butter milk tu untuk anak-anak la sekali....ibu yang habeskan.

Butter milk lemak2 masin, agak muak kalau makan banyak-banyak. Tapi sebab kami amek set asam pedas jugak so takde la rasa muak tu.
Dekat sejam jugak kami menghadap hidupan-hidupan bercengkerang tu. Memang feveret husband la makanan laut ni, so dia yang banyak settlekan. Tersandor kekenyangan anak beranak.



Very recommended untuk sesape yang mencari shellout yang banyak, sedap dan murah.
Untuk location boleh waze IZI Stesen

IG : izistesen
FB : IZI Stesen
Contact No : 0163357805

Thursday, 15 December 2016

#MyTravelokaEscapade : Langkawi

Salam. hai readers

Hajat di hati nak ke Langkawi tahun depan. Dapat percutian 3 hari 2 malam pon dah cukup best kan.

Dah mula survey-survey hotel yang best di Langkawi dengan menggunakan Traveloka. Yang bestnya Traveloka ni, kita boleh booked flight dan hotel dalam satu website. Tak payah dah nak buka banyak-banyak website pastu lost mana yang lagi murah.hahaha (gelakkan diri sendiri). Sort lah result mengikut keperluan korang. By price ke, by popularity ke. Bagi mak anak dua ni mestilah nak hotel yang selesa with elevator facilities. Dapat yang ada swimming pool satu bonus sebab anak-anak mak hantu air.hahaha. Tapi kalau ke Langkawi saya nak pilih chalet di tepi Pantai Chenang. Kate orang Pantai Chenang ni memang happening malam-malam, dah macam Krabi.hehe

Kalau sebut Langkawi je tak nampak lain mesti nampak coklat kan. Hehe. Tapi bagi kami sekeluarga kalau ke Langkawi, kami pilih nak melawat atau buat aktiviti bersama anak-anak. Aktiviti air mungkin tak sesuai sebab anak-anak still kecik.

Sampai-sampai je mestilah tangkap gambar dengan replika burung helang setinggi 12 meter tu. Bukti dah sampai Langkawi kan.hehe



Destinasi pertama yang sesuai untuk anak-anak ialah Art in Paradise. Muzium seni 3d. Sesuai la untuk bergambar dengan anak-anak kan. Harga tiket art in paradise ialah dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. Lukisan 3D ni bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia. Tapi ia juga antara koleksi 3D terbesar dunia. Yang tu baru 3D, dekat Langkawi ada Muzium 5D (Believe Langkawi). Muzium 5D pertama di Malaysia tau.5D maknanya kita boleh bau, dengar, nampak, rasa dan jugak sentuh. Muzium ni terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Harga tiket untuk Muzium 5D ni pulak dewasa RM20 dan kanak-kanak Rm15



Aktiviti seterusnya ke Sky Bridge. Waktu terbaik untuk ke Sky Bridge ni ialah pada waktu petang sebab kurang panas. Bestnya dapat tengok permandangan 360 darjah Pulau Langkawi dari atas puncak kan. Sky Bridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit. Nak ke Sky Bridge ni kena naik kereta kabel. Yang ni mesti Aqeel suka sebab dia memang tak gayat.ibu? gayat! tapi ibu nak try naik glass bottom gondola tu.hehe. Harga tiket untuk glass bottom gondola ni RM85 seorang.




Aktiviti malam kita jalan-jalan di Pantai Chenang. Little Krabi kate orang.Boleh la shopping sourvenir kan. Kalau membayangkan Krabi, mesti sangat happening kan.



Bawak anak-anak ni seronok jugak kalau dapat tengok binatang. Jom la ke Underwater world Langkawi. Anak-anak mesti suka dapat tengok penguin, jerung, pari, lobster dan macam-macam ikan kan. Harga tiket untuk pemegang mykad dewasa RM36 dan kanak-kanak Rm26.Itu baru hidupan marin, jom kita tengok binatang lain kat Langkawi Wildlife Park. Taman ni macam mini zoo yang ada macam-macam jenis binatang. Siap boleh bagi makan binatang. Ini memang feveret Ammara lah. animal lover tu.hehe




Dah letih berjalan separuh hari, petangnya boleh la beraktiviti kat Pantai Chenang. Pantai Chenang merupakan pantai tumpuan yang popular sebab macam-macam pakej aktiviti air terdapat disini. Antara aktiviti aktiviti menarik adalah seperti Parasailing, Jetski, dan banana boat. Selain dari itu, pantainya pon bersih. sesuai la kalau nak bagi peluang anak-anak mandi laut kan. Lepastu  boleh la nikmati permandangan matahari terbenam..mesti cantik!



Tiba-tiba rasa macam tak cukup pulak 3 hari. banyak lagi tempat menarik di Langkawi ni..HIG, Idaman Suri, World of Perfume tak pegi lagi. ehh3 bukan ibu cakap taknak shopping ke?hahaha.Hmm harapnya hajat nak ke Langkawi ni tercapai. Traveloka we need a holiday lah!



Friday, 2 December 2016

Aqeel 4th Birthday treat and celebration

Salam.. Hai readers

marilah menulis sikit cerita pasal birthday anak bujang aqeel suhayl

29hb november 2016 genap 4 tahun si bujang mata bulat, pipi labuh, bibir merah anak ibu tu.
mulut dah macam bertih,segala macam dia dah boleh bertanya.
obses dengan upin ipin dan ultraman.
tahun depan dah masuk tadika. 
ibu rasa anak ibu kecik lagi. rasa baru lagi ibu peluk aqeel dalam labour room. ok ibu emosi

kitorang dah bagi early birthday treat untuk aqeel sebenarnya, awal bulan november.
bila tanya aqeel nak pegi jalan mana? dia jawab..nak pegi hotel yang ada kolam tu (gold coast morib yang dia maksudkan). walaupun...awak turun je tangga rumah kite ni nak. terbentang swimming pool.hahaha

nak tunaikan jugak mohler kite ke GCM sekali lagi.
ibu tak check in, tak upload gamba pon kat fb sebab ibu takot nak baca warning2 dari kawan2 ibu.haha.
ibu is penakot.



tapi alhamdulillah tak ade perkara yang tak diingini berlaku. semuanya baik2 saja bilik selesa walaupun pukul 3 baru boleh masuk.
menghadap betul2 dekat tempat orang tunggu nak turun slide (-.-)
jalan2 pantai, tidur awal dan sarapan pagi yang best. cukup lah kot untuk ibu ayah rehat2 + happy kan birthday boy.




sehari sebelum birthday..

aqeel : ayah, balut la otromen ni, buat hadiah abedaytuyu aqeel

hahaha.ayah ade sikit sebak terus cakap nak beli kek lah malam ni. ibu beli hadiah balut siap2.






anak dua kan.hadiah kena dua.kek kena tulis nama dua2. 
jadikla celebrate kecik2. lepas makan kek, aqeel request nak main playground kat mekdi.alahai easy peasy sangat la permintaan anak ibu. zass 3 minit sampai mekdi.hahaha

tetibe ade 2nd celebration plak. so update sini la sket. celebrate dengan opah, mamayong + acu. beli kek sekali lagi. kalini beli kat berry's pulak. aqeel request nak ultraman atas kek. nah nak! seketol ultraman. haha. seronok la aqeel dapat hadiah lagi. 






Aqeel Suhayl bin Abdullah Shariffudin
Membesarlah sayang dengan sihat dan bijak..


Ibu Ayah & Adik Ara sayang Abang Aqeel selamanya

Wednesday, 9 November 2016

Review - Under Eye Serum & Organic Susa Detox Body Scrub (Choco Honey) PureBySafiyyahOsman (PbySO)

salam hai readers.



lebih kurang sebulan guna under eye serum. dari setitik sehari sekarang hanya guna setitik 2 kali seminggu.

kesannya?

nampak tak? nampak tak? eyebag dah makin berkurang. dan kalau perasan garis-garis halus bawah mata pun berkurang. yay!
dah banyak jugak produk kite try untuk under eye ni. rupa-rupanya mata kite ni mintak bahan asli uols
under eye serum ni masa pakai rasa oily tapi cepat menyerap dan wangi. 



UNDER EYE SERUM ni diadun dengan 8 jenis minyak yang sangat bagus untuk segarkan bawah mata yang keletihan. Dengan penggunaan yang konsisten, mata anda tidak lagi keletihan dan garis-garis halus juga dapat dinyahkan dan mampu meghilangkan "PANDA EYES"

8 jenis minyak yang diadun bersama : 
Carrot Seed Oil
Roseship Oil
Fennel Oil
Sweet Almond Oil
Lavandula Oil
Vitamin E Oil
2 base oil (secret recepi)

Fungsi lain : 
- Bagus untuk hilangkan keletihan bawah mata
- Merawat lebam bawah mata
- Menghilangkan kedut-kedut kecil di kawasan bawah mata
- Bagus untuk redakan eyebag.
- Kaya dengan Vitamin C

Cara Penggunaan : 
1. Seminggu pertama - gunakan setiap malam sebelum tidur
2. Titiskan 1 titik ke jari, ratakan ke seluruhan bawah mata.
3. Minggu kedua - gunakan seminggu 2 kali sahaja



Meh nak cerita pasal organic detox body scrub pulak. Bukak je penutup scrub ni semerbak bau coklat. Ya Allah rasa nak makan. hahaha.
Pakai scrub ni sebelum mandi. kesannya? serta merta lembutttt sgt kulit.. serius ni. korang kena try.
nak jadi kan testimoni kite sental kulit asben. bersih terus.haha




ORGANIC DETOX BODY SCRUB ni dihasilkan daripada gula tebu organik dan garam detox, diadun dengan serbuk koko, minyak zaitun dan madu asli yang berupaya memelihara kulit serta melembabkan kulit. Scrub ni menjadikan kulit anda cerah dan glowing. Tak perlu lagi lotion badan selepas gunakan scrub ni.

Fungsi body scrub ini:
- Sangat sesuai untuk kulit badan yang tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak, kurang tidur dan stress
- Menghilangkan bau badan.
- Mencerahkan kulit dengan cara membuang sel kulit mati
- Melembabkan kulit
- Berfungsi untuk mendetox seluruh badan
- Melancarkan peredaran darah

Cara Penggunaan : 
1. Basahkan badan
2. Lumurkan scrub ke seluruh badan
3. Bilas dengan air bersih tanpa menggunakan sabun

Yang best produk-produk PBySO ni 100% bahan asli 
- bebas bahan kimia 
- bebas pewarna
- bebas pewangi
dan dibuat secara homemade

Jangan risau produk PbySO boleh dibawa solat

Nak dapatkan produk- produk best ni? boleh visit

IG dan FB Page : purebysafiyyahosman
No Tel : +60194163319

Nak tengok testimoni produk2 PbySO?
boleh search #testimonipbyso atau testimoni.purebysafiyyahosman di instagram

List stokist/agent/dropship PbySO
IG : stokist.purebysafiyyahosman

nak kenal-kenal dengan founder PbySO yang friendly tu? boleh la jenguk blog : www.sweetlikekisses.com

jap2 ada lagi benda best nak bagitau.
sekarang tengah berlangsung lucky draw IPhone 6 dan IPhone 7 di PbySO.
Nak join pun mudah sangat-sangat.
cuma beli produk PbySO bernilai RM30 untuk 1 penyertaan.
untuk maklumat lebih lanjut boleh ke FB Page purebysafiyyahosman




Wednesday, 19 October 2016

Gathering GBSB - Taman Botani Putrajaya (15102016)

Salam.. hai readers

GBSB buat gathering lagi. kalini ke putrajaya la kite. biar fair untuk gojes di belah sana kan.hehe
mula2nya macam tak dapat join sebab husband keje. ada sedih jugak sikit. makin dekat gathering makin ramai yang konfemkan nak join. my ada tanya nak pegi sekali tak sebab dia pon husband keje.
1st time aku tanya husband dia tak bagi..huu.tapi tak lama dia reply. pegilaa..pegilaaa. assume husband bagi. terus konfemkan dengan my

pagi hari kejadian baru tanya husband skali lagi.dia cakap. jauh lah.tapi tak drive kan?.err aku cakap.aku drive, my tumpang sebab danish tak sehat. naseb dia bagi




kitorang gerak dari country home pukul 8.30. campur kejadian hampir eksiden, isi minyak, belikan roti untuk budak2 sampai taman botani pukul 9.30




jauhhhh menapak sebab aku 1st time sampai sana, so taktau mana parking yang dekat. banyak parking space tapi kalau nak ke tasik tu better park dekat belah bawah.

sampai2 dah ada mimi, nadt, alin dan rara. gojes dan potluck memang tak dapat dipisahkan. macam2 makanan ada. dan paling rare ofkos kerabu megi.1st time rasa.sedap!. lain2 yang sedap, nasi goreng, bihun goreng, brownies, sandwich, naget, teh tarik, sepegeti, nasi lemak, roti jala, kek batik, cucur + sardin, mee siput



mimi siapkan goodies untuk anak2, belon cecomel, photobooth dan tolong tangkapkan gambar..haih orang paling sibuk gathering kalini mak mimi la.


tengok mimi.hahaha

aku tolong pegang muncung pam je..so sape anak die nak belon kena pam.hahaha
kalini baru aqeel nak berkawan dengan dhia, asyraf, rafif & saif..tengah sibuk mengawal anak2 aku tak perasan aqeel kena langgar basikal.adohai.berderau darah ibu ni nak! rasenye basikal tu tak laju pun sebab aku nampak je aqeel dah jatuh. naseb takde pape, luka sikit je kat tangan. suka gambar2 ni. so aku amek eh leenda.buh tros yang ade watermark.haha





dalam 12.30 kot kitorang kemas2 nak balik. siap tapau mane yang lebih2 tu.haha. 





sebelum sampai kat kereta singgah plak bagi ikan makan.seronok kemain aqeel. 1st time jugak aku rasa die bagi makan ikan. siannn anak ibu.haha. ammara? dia asek berjalannnnn je. bila cakap "meh ibu dukung".dia jawab "tayah!". amboi sangat dia tu.


yang sempat selfie


17 blogger aktif dan sendu. Klik nama diorang nak tau sendu ke tak.haha

My 
Rara 
Alin 
Ciknaa  

alhamdulillah.2.15 kitorang selamat sampai country home.best sangat gathering kalini sebab dapat jumpa geng2 yang jarang jumpa.

P/S : tapi ibu macam dah tobat je nak pegi gathering dengan anak2 je. tak cukup mata rasa nak kawal anak2. so next gath korang? hahaha ;))

Friday, 14 October 2016

Review - Header blog murah

Salam.. hai readers

cantik ke cantik design blog baru kite! haha.

tukar header sebab kengkonon nak pakai domain.domainnya belum beli header dah tukar dulu.kah3

guna khidmat designer kat opis ni.dah alang-alang duduk selang se-cubicle je, try la mintak tolong.hehe. Dyan ni banyak buat design untuk  web je sebelum ni. 1st time dia buat design header.

hasilnya? memuaskan sangat-sangat. dalam 3 hari dah dapat beberapa design untuk dipilih. pastu boleh la nak request tukar gambar ke, colour ke..

harga bergantung pada requirement kita. kalau simple2 ni murahhh je uols.

btw dyan ni freelance designer.kalau perlukan khidmat utk buat web ke graphic ke flash ke boleh jugak contact die.hehe

<Klik gambar untuk ke website Dyan>
Contact No : 0182421461
Email : diyanaaim@gmail.com

p/s : sape2 nak gunakan khidmat dyan ni sebut nama Aznor nanti kite suruh dia bagi murah =))

Friday, 23 September 2016

Aidiladha 2016

salam.. hai readers

aidiladha kalini turn pahang. mohler kite balik pekan.

cuti agak panjang..hari jumaat malam lagi dah gerak balik. anak2 bile dah sampai kampung memang main + makan tak hengat la.semua makan..ais semua takleh halang dah

aqeel dah nampak batuk2.kahak skali

pagi raya..dah pakai baju cantik2. baju raya aidilfitri baru ni je..tangkap2 gambar.


asben ajak g jenjalan kat muzium. cantik kawasan tu..lepas la berlarian anak2 dengan pakai baju raya



masuk je kereta, aqeel dah nampak semput. sudahhhh..

terus asben lencong pegi hospital pekan.5 minit je dari rumah mertua.



neb skali dan clear. no wheezing..ok jom balik makan2 tido..
petang aqeel jumpe geng sepupu2..berlari lagi..
masuk malam semput balik.adoiii ibu risau lahhh

terus pegi emergency lagi.. nurse cakap selalunya kalau 2 kali neb dalam sehari kena admit. admit? esok nak balik la hoi.
dari pukul 8 malam sampai pukul 11 malam kat emergency. doc takleh decide nak admit atau tak..last2 doc release sebab katenye tak teruk.lega..

huwaaa..raya di hospital la citenye.
juadah raya yang sempat ibu jamah..ketupat palas, rendang daging, laksa pahang, nasi impit kuah kacang.


amboiii ibu diet kelautan hindi.hahaha

dah2 jom kite diet balik.ekeke
bloggerwidgets