permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 28 July 2016

Baraan Raya Gojes (Rawang)

Salam.. Hai readers

meh kite sambung cerita hari ahad yang lepas. tiba la giliran gojes rawang..saited2! hahaha

my cop nak jadi rumah 1st.. ai is okey sebab ada la banyakkk sikit mase nak bersiap kan tapi aku pun memang ada tetamu sebelum geng gojes datang.

selepas kejadian kehilangan mood sabtu tu, lepas je isyak kitorang terus tido. dengan apepon aku tak buat lagi untuk esok.hahaha..

pukul 6 pagi terjaga terus solat dan siap2 nak bersilat.budak2 tido lagi so laju sikit keje. start dengan rebus nasi impit, rebus telur, cuci ayam pastu buat choclate moist cake..
dah kukus kek, pegi pilih ikan bilis plak, rebus cili, kupas bawang semua..tak sempat nak blend cili anak2 dah bangun. ammara ofkos nak berdukung je, cedera kan..dah la ibu pon terhincut2 lagi.ergh!
bergilir2 la mendukung ammara sambil buat keje..by 11.30 pagi semua settle masak.. nasi impit + kuah kacang, nasi lemak + sambal ikan bilis + ayam goreng + telur rebus + timun, choclate moist cake dengan air anggur

dah settle masak, mengemas pulak.. macam kartun dah kitorang sebab ex-officemate dah gerak dari rumah.haih.mandikan anak2..dah ammara nak tido plak.pastu baru aku mandi




1 tengah hari tetamu pertama sampai..asben dalam bilik air lagi mase tu.hahaha kelam kabutnyaaa



setengah jam pastu kakak sampai..legaa..dia siap bawak kek butter dengan jelly choclate buat tambah2 katenye


sebelum geng gojes sampai, kitorang masak lagi seperiuk nasi lemak dengan sambal ikan bilis.
geng gojes pertama sampai mesti la admin kiteeee..leenda.masa tu pukul 3.15..pastu aku dah tak ingat tapi makin ramai..ramaiiii dan penuh rumah.11 family ko.. ya allah tak sangka sangat.
dan muka kitorang tuan rumah ni dah nak bertukar biru sebab risau makanan tak cukup. goreng plak kopok lekor buat tambah2.. rebus lagi telur..dupdap2 dada aku.alhamdulillah cukup makanan..kot..haha.


ada 4 family yang stay sebab nak tunggu pool bukak. nak rendam anak2. haha. leenda tak plan sebenarnya tapi kalah dengan rayuan anak2.hahaha
mandilah nakkk. sesekali datang umah aunty kena la siap mandi.


lepas geng gojes, officemate plak datang dan yang terakhir family abang aku.




11 blogger yang hadir


alhamdulillah semua makanan habes. 10 pot nasi  lemak, 33 peket nasi impit, setengah kilo ikan bilis..20 bijik telur..2 ekor ayam..takde yang berlebih..takde yang terbuang..



terima kasih semua tetamu yang sudi datang rumah kecil kami
sudi bersempit2..beramai2
maaf sangat2 sape yang tumpang solat, terpaksa tengok bilik aku yang bersepah
maaf sangat2 yang terpaksa layan anak2 meragam berebut mainan
maaf sangat2 ada yang makan nasi lemak tak cukup sifat..
maaf sangat2 kalau ada terkurang sana sini..
ade rezeki, jangan serik.. jemput datang rumah kami lagi ye.




2 comments:

  1. alhamdulillah... akk pun kalu buat jamuan xpenah x cukup, xpenah berlebih2. ngam2 siap boleh tapaau skit sorang

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets