permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 22 August 2016

Ammara warded 2nd time

salam.. hai readers

1st time mase viral fever dulu. dan semalam 2nd time.
kemarin (sabtu) pagi, aku perasan ammara start batuk2. tapi batuk biasa2 tu je.tak bunyi kahak ke ape. so aku anggap tu batuk yang selalu tu la.

lewat petang aku perasan nafas dia wheezing..tak senang duduk, kitorang terus bawak pegi klinik. masuk jumpe doc, doc geleng kepala. too tight ni dia kata
pelik, sebab aku tak rasa anak aku batuk teruk
terus neb. masa ni ammara baik je. dia sendiri pegang mask tu
settle. doc check lagi skali. better.. tapi dia pon tak berani nak konfem berapa lama ammara ok



balik dari klinik ammara terus tido, tak sempat pon aku nak bagi ubat yang doc bekalkan
12 malam, terjaga..nanges2. masa ni aku nampak nafas ammara ok. cuma nampak dia dah tak selesa.
aku bagi ubat yang tulis asma..bagi susu dan ammara sambung tido

3 pagi, terjaga nanges2 dan langsung taknak susu, taknak baring..tarik nafas pendek2 dengan lekuk kat dada tu kedalam.
asben laju2 pegi siap dan kitorang terus ke emergency sg. buloh
kat triage counter, nurse tu terus suruh masuk yellow zone.
doc cakap, ketat sangat ni puan. kite kena neb..

neb dengan ammara yang meraung2. dia tak selesa..bergema satu wad tu langsung orang lain takleh tido.haha
1st neb, tak lama lepas tu ammara muntah kahak. banyak sangat
sejam pastu 2nd neb.. doc check more better than before tapi tetap kena xray
pastu 3rd neb dalam masa ammara tidur. so tak struggle sgt la.
doc check..buat line..kne admit. nak pantau. doc masuk ubat ikot line.meraung lagi.allah ibu paling tak suka bila tau doc nak masuk ubat ikot line.sakit!



warded dan aqeel ngan ayah balik amek barang..
4th neb, mula2 dia ok, pegang mask sendiri. tapi pastu dah mula buat perangai
skali lagi bergema wad dengan suara ammara 15 minit.haih

paed round dan check.ammara dah ok..no wheezing..aktif dan tak demam. so discharge

taktau mane silapnya..makan mcm biasa. mungkin ammara baru2 ni kerap mandi malam.mungkin..
tak demam, batuk baru sehari..
allah..

Doakan Ammara Jazlyn terus sihat ye




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets