permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 30 December 2016

IZI Stesen

Salam.  Hai readers

Agak lama jugak dah husband cerita pasal schoolmate die masa kat SEMESTA ada bukak kedai shellout. Aku dengarkan je la sambil cakap ok nanti kite pegi try ye.
Tiba-tiba kemarin balik keje husband suruh siap-siap nak pegi shellout katenye. Gile taknak! Laju je mandi pastu siap-siap.
Senang cakap location IZI Stesen ni kat Sungai Buloh. Dekat je rupanya dengan Rawang.

Sampai-sampai keliru nak order set mana.
RM35 untuk set 1-2 orang
RM60 untuk set 3-4 orang
Last-last kitorang decide nak amek 2 set RM35 tu sebab boleh rasa 2 flavour/sos. Kalau amek set yang RM60 tu kena pilih 1 flavour je. Dalam hati cakap, takpe kalau tak habes tapau la. Kononnnn..


Tak sampai seminit lepas order terus datang waiter setup plastik kat meja, pastu letak nasi. Tak lama pastu terus tuangkan lauk-lauk atas meja. Buntang mata aqeel tengok orang tu tuang lauk takde pinggan.hahaha



Kami pilih sos butter milk dan asam pedas. Konon butter milk tu untuk anak-anak la sekali....ibu yang habeskan.

Butter milk lemak2 masin, agak muak kalau makan banyak-banyak. Tapi sebab kami amek set asam pedas jugak so takde la rasa muak tu.
Dekat sejam jugak kami menghadap hidupan-hidupan bercengkerang tu. Memang feveret husband la makanan laut ni, so dia yang banyak settlekan. Tersandor kekenyangan anak beranak.



Very recommended untuk sesape yang mencari shellout yang banyak, sedap dan murah.
Untuk location boleh waze IZI Stesen

IG : izistesen
FB : IZI Stesen
Contact No : 0163357805

3 comments:

  1. mak x tersandar ke?...byk betul isinya..berbaloi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak beranak termasuk mak lah.haha

      banyak khai. berbaloi sgt

      Delete
  2. boleh try nt makan kt sana.. hehe saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets