permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 15 December 2016

#MyTravelokaEscapade : Langkawi

Salam. hai readers

Hajat di hati nak ke Langkawi tahun depan. Dapat percutian 3 hari 2 malam pon dah cukup best kan.

Dah mula survey-survey hotel yang best di Langkawi dengan menggunakan Traveloka. Yang bestnya Traveloka ni, kita boleh booked flight dan hotel dalam satu website. Tak payah dah nak buka banyak-banyak website pastu lost mana yang lagi murah.hahaha (gelakkan diri sendiri). Sort lah result mengikut keperluan korang. By price ke, by popularity ke. Bagi mak anak dua ni mestilah nak hotel yang selesa with elevator facilities. Dapat yang ada swimming pool satu bonus sebab anak-anak mak hantu air.hahaha. Tapi kalau ke Langkawi saya nak pilih chalet di tepi Pantai Chenang. Kate orang Pantai Chenang ni memang happening malam-malam, dah macam Krabi.hehe

Kalau sebut Langkawi je tak nampak lain mesti nampak coklat kan. Hehe. Tapi bagi kami sekeluarga kalau ke Langkawi, kami pilih nak melawat atau buat aktiviti bersama anak-anak. Aktiviti air mungkin tak sesuai sebab anak-anak still kecik.

Sampai-sampai je mestilah tangkap gambar dengan replika burung helang setinggi 12 meter tu. Bukti dah sampai Langkawi kan.hehe



Destinasi pertama yang sesuai untuk anak-anak ialah Art in Paradise. Muzium seni 3d. Sesuai la untuk bergambar dengan anak-anak kan. Harga tiket art in paradise ialah dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. Lukisan 3D ni bukan sahaja koleksi lukisan 3D paling besar di Malaysia. Tapi ia juga antara koleksi 3D terbesar dunia. Yang tu baru 3D, dekat Langkawi ada Muzium 5D (Believe Langkawi). Muzium 5D pertama di Malaysia tau.5D maknanya kita boleh bau, dengar, nampak, rasa dan jugak sentuh. Muzium ni terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Harga tiket untuk Muzium 5D ni pulak dewasa RM20 dan kanak-kanak Rm15



Aktiviti seterusnya ke Sky Bridge. Waktu terbaik untuk ke Sky Bridge ni ialah pada waktu petang sebab kurang panas. Bestnya dapat tengok permandangan 360 darjah Pulau Langkawi dari atas puncak kan. Sky Bridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit. Nak ke Sky Bridge ni kena naik kereta kabel. Yang ni mesti Aqeel suka sebab dia memang tak gayat.ibu? gayat! tapi ibu nak try naik glass bottom gondola tu.hehe. Harga tiket untuk glass bottom gondola ni RM85 seorang.




Aktiviti malam kita jalan-jalan di Pantai Chenang. Little Krabi kate orang.Boleh la shopping sourvenir kan. Kalau membayangkan Krabi, mesti sangat happening kan.



Bawak anak-anak ni seronok jugak kalau dapat tengok binatang. Jom la ke Underwater world Langkawi. Anak-anak mesti suka dapat tengok penguin, jerung, pari, lobster dan macam-macam ikan kan. Harga tiket untuk pemegang mykad dewasa RM36 dan kanak-kanak Rm26.Itu baru hidupan marin, jom kita tengok binatang lain kat Langkawi Wildlife Park. Taman ni macam mini zoo yang ada macam-macam jenis binatang. Siap boleh bagi makan binatang. Ini memang feveret Ammara lah. animal lover tu.hehe




Dah letih berjalan separuh hari, petangnya boleh la beraktiviti kat Pantai Chenang. Pantai Chenang merupakan pantai tumpuan yang popular sebab macam-macam pakej aktiviti air terdapat disini. Antara aktiviti aktiviti menarik adalah seperti Parasailing, Jetski, dan banana boat. Selain dari itu, pantainya pon bersih. sesuai la kalau nak bagi peluang anak-anak mandi laut kan. Lepastu  boleh la nikmati permandangan matahari terbenam..mesti cantik!



Tiba-tiba rasa macam tak cukup pulak 3 hari. banyak lagi tempat menarik di Langkawi ni..HIG, Idaman Suri, World of Perfume tak pegi lagi. ehh3 bukan ibu cakap taknak shopping ke?hahaha.Hmm harapnya hajat nak ke Langkawi ni tercapai. Traveloka we need a holiday lah!



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets