permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 18 April 2016

2nd Family day Gojes Blogger Supermom and Baby (day 2)

salam.. hai readers

meh kite sambung cite 2nd family day GBSB
aku bangun seawal 6.30 pagi.awal ke? haha.settle mandi, solat..gerak asben.pastu anak2.anak2 aku tak mandikan..tuka baju je

kami antara yang terawal turun breakfast.. duduk kejap aqeel nak kencing plak..dah ayah dia menapak pegi toilet..elok asben balik ammara plak muntah..aduhai anak.habes semua baju.aku g toilet basuh baju ammara pastu sambung breakfast

pukul 8 diorang dah nak gerak ke pantai. plannya aku nak terus ke pantai, asben je naik bilik untuk amek barang2. tapi dah ammara muntah kena la aku naik atas, basuh sikit baju tu pastu iron.(gigih mak nak anak pakai baju yang sama..haha)

asben alihkan kereta dekat sikit ngan pantai sebab boleh tahan banyak gak barang nak bawak. barang aku + barang my.

sampai pantai terus start chicken dance..aqeel takmo join! sebab die ralit main pasir.hmm



pastu macam biasa la group photo.macam2 gaya ada.haha




next kitorang buat tukar2 hadiah dengan harga minimum rm15. hadiah aku dapat kat anis dan aku dapat hadiah yatie. dapat cadar ols.


mimi mc hari kejadiaan..jenuh jugak nak mengumpulkan semua sebab tepi pantai kan.anak2 sibuk ngan pasir ngan air laut

game pertama kitorang, isi air dalam botol. aku sponser hadiah untuk game ni.saje suke2.. aqeel main jugak tapi kalah.hehe
3 round main, 3 pemenang : arissa anak yatie, saif anak nadt dan airell anak anis





2nd game anak dan bapak. ayah bawak bola pingpong dalam sudu guna mulut dan anak akan lari plak sambil pegang hujung sudu. aqeel pegi bawak bola tu guna mulut gak..sah la kalah.haha.hadiah untuk game ni dipsonser mimie




3rd game below 2y..mok cun. ade 2 kategori. dan ammara masuk 1st kategori..baby yg belom boleh berjalan. tapi ammara tak bergerak langsung hoi..die baring.haha.sian anak ibu tak larat ye.sokey sayang. hadiah untuk game ni disponser oleh kak amy & anis




4th game jiwa kental..asben rara pakai topeng dan datang kat anak2. ammara awal2 lagi dah cabuttt..yang paling berani ofkos adree.aku dah boleh agak sebab budak ni jenis tak takot ape.muka die watlek watpis je.. hadiah disponser oleh min




5th game permaidani ajaib.. suami isteri kena berdiri atas kadbod yang berukuran A4..pon kami join.tapi kalah kat 2nd round bila kadbod tu jadi saiz A5..hahaha.game ni kena jadikan game wajib family day GBSB la..best sgt.hadiah disponser oleh ena




6th game suamiku pocong.. suami kena datang kat isteri dengan kaki berikat..asben join jugak tapi last2 kena tarik diri sebab aqeel dah berjalan ke tengah laut..merajuk.dah kenape nakkk!. hadiah disponser oleh ciknaa




7th game kotak beracun.. ade 5 round kalini.. hadiah disponser rara dan anez..kalini asben tak sempat pedajal aku macam tahun lepas.haha.banyak2 denda, denda ciknaa suweeet skali.anyonyo


8th game mak2 kena tiup belon, ikat dan pecahkan. tapi mak kalah.mak selo la ikat belon.adiah disponser ciknaa




habes semua game turn anugerah plak.ade 5 anugerah.ekin sponser plate..comey sgt uols
dan kitorang dipilih sebagai best family oleh sue..aloooo mane yang best tu taktau la





pastu lucky draw dan makan2..lin sampai dengan membawa makanan elokkkk lepas habes game.sesuai sangat lahhh untuk mengisi perot yang lapar..thanx lin

pastu semua orang kalut nak checkout before 12.. dan lepas checkout aku sambung berendam kat themepark sampai kul 3..ireng habes anak2 mak

Alhamdulillah dikurniakan kawan2 yang cukup baik dalam group ni. kawan2 yang baik jugak untuk suami dan anak2.
panjang umur, murah rezeki kite jumpe next family day.
aku sayang korang ketat2!




Thursday, 14 April 2016

2nd Family day Gojes Blogger Supermom and Baby (day 1)

salam.. hai readers

Alhamdulillah.2nd GBSB Family Day berlangsung pada 9 dan 10 April 2016 di Gold Coast Morib International Resort

Hari Sabtu tu plan nya nak keluar awal la sebab nak bagi aqeel mandi pepuas kat theme park tu, kononnya sebab check in pukul 3.


sedondon pakai baju family day last year

aku sampai lebih kurang pukul 12, terus dapat bilik. Tiba2 takleh masuk bilik hoi..tempat scan kad kat pintu tu habes bateri.hahaha.asben dah mula nak berangin.panas plak kan kat luar tu..haih





bila dah dapat masuk bilik, mengadap plak theme park memang aqeel duk berzikir je la nak turun..
aku lengah2kan dengan bagi makan dulu kenyang2. aritu bawak bekal mee goreng ngan roti canai..





dalam pukul 2 kot turun theme park. panas lit2 hoi. bagi ammara jugak main air..tak lama pastu die tido. aku rasa dalam entri family day akan banyak aku cite pasal ammara tido. sebabnya dia tak berapa sehat.sian anak ibu. maap mase ni aku tak bawak enpon. so takde gamba.

jumpa ekin ngan anak2..pastu turun plak fiza, ros anis dan ciknaa ngan anak2. sempat la gosip sambil berendam.haha
pukul 4 jugak la kot baru naik bilik. sambung berendam dalam jakuzzi plak.hahaha.habes ati anak2 aku. golek2 jap pastu kak amy bagitau dah sampai,so boleh la amek lasagna yang sedap tu..elok sangat sebab perut tengah lapo.




dalam pukul 6 diorang ni ajak menjemah kat theme park. memule rase malas nak turun dah..takot aqeel nak masuk kolam balik.tapi bila dipikir2 takleh jadi ni.kang takde gambar aku.hahaha.



Nampak tu aqeel yang ngantuk sangat

tengah duk bersembang boleh plak aqeel tido..haih letih sangat la tu.
masuk bilik dua2 tido..so iron2 baju nak siap pegi dinner kat juvita seafood. dah google siap location restoren ni. 14 minit dari gold coast.

dalam pukul 8 semua berkumpul kat lobi. dan kitorang konvoi pegi juvita. secara tak sengaja kete kitorang depan skali.haha.asben dah cuak2 takot salah jalan kena maki.kah3.naseb sampai dengan tepat

menu dinner malam tu nasi putih, tomyam, telur dadar, kailan ikan masin dengan pepahat. rasa boleh la tahan. btw thanx my dan yatie yang sponser separuh dari harga makanan. Alhamdulillah




balik dari juvita, kitorang terus balik hotel. ambik baju kat kak leenda, iron dan mata rasa letihhh sangat.ammara sambung tidur tapi aqeel segar bugar hoi.jenuh aku gelapkan bilik. tutup tv supaya tv tak otometik tutup. kang takot plak..hahaha. kul 11 masing2 dah tidur.

to be continued
bloggerwidgets