permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 23 September 2016

Aidiladha 2016

salam.. hai readers

aidiladha kalini turn pahang. mohler kite balik pekan.

cuti agak panjang..hari jumaat malam lagi dah gerak balik. anak2 bile dah sampai kampung memang main + makan tak hengat la.semua makan..ais semua takleh halang dah

aqeel dah nampak batuk2.kahak skali

pagi raya..dah pakai baju cantik2. baju raya aidilfitri baru ni je..tangkap2 gambar.


asben ajak g jenjalan kat muzium. cantik kawasan tu..lepas la berlarian anak2 dengan pakai baju raya



masuk je kereta, aqeel dah nampak semput. sudahhhh..

terus asben lencong pegi hospital pekan.5 minit je dari rumah mertua.



neb skali dan clear. no wheezing..ok jom balik makan2 tido..
petang aqeel jumpe geng sepupu2..berlari lagi..
masuk malam semput balik.adoiii ibu risau lahhh

terus pegi emergency lagi.. nurse cakap selalunya kalau 2 kali neb dalam sehari kena admit. admit? esok nak balik la hoi.
dari pukul 8 malam sampai pukul 11 malam kat emergency. doc takleh decide nak admit atau tak..last2 doc release sebab katenye tak teruk.lega..

huwaaa..raya di hospital la citenye.
juadah raya yang sempat ibu jamah..ketupat palas, rendang daging, laksa pahang, nasi impit kuah kacang.


amboiii ibu diet kelautan hindi.hahaha

dah2 jom kite diet balik.ekeke

Wednesday, 7 September 2016

Mini Gathering GBSB - 31082016

salam.. hai readers

agak lama jugak diorang plan gathering ni tapi kejap2 panas kejap2 sejuk. aku pon konpius jadi ke idok
masa ammara kena hfmd tu betul2 seminggu sebelum  merdeka (hari yang diorang suggest untuk gathering). aku dah sure tak sure dapat join ke tak

dari singgah santai, golf club bukit beruntung sampai la ke teratak tokwan batu 16 Rawang
dari nak pegi dengan my sebab masing2 husband bz, tibe2 dua2 husband join.haha
dari menu bihun goreng singapore, nasik lemak sampai la ke rambutan je
akhirnya dapat jugak aku jumpe geng gile best ni

pagi hari kejadian, bangun2 ammara nanges kemain kuat.dah kenapeee plak.rase2 badan panas. memang demam lah ni.laju2 inform kat group kemungkinan besar tak dapat join
lap2 badan ammara dan dia sambung tido. dalam hati ibu ni kemain melonjak nak jumpe kengkawan.tapi anak plak tak sihat.haih
pukul 10 camtu ammara bangun sengih2. eh sehat dah ke awak ni. tanya asben boleh tak dia kluar kejap.temankan kitorang ke sana.dan dia cakap boleh..yey! moh anak2

siap2kan budak2 dan dalam pukul 12 gak baru dapat kluar. singgah enkei amek asben dan zass ke teratak tokwan.alo dekat je pon.
sampai2 deme dah kemas2 makanan! sampai ati!. naseb sempat salam polok2 siyom pipi.

berendam la aqeel dalam setengah jam. sebab kan kitorang antara yang terakhir sampai semua barang kitorang la kena settlekan. datang 1 beg plastik.. balik bawak 3 plastik beso.hahaha

alhamdulillah sempat gak jumpe geng gojes ni. seronok sangat. taktau ape la mandrem group ni sampai buat aku rase nyesal gile kalo tak join gathering.hahahaha

satu2 nye gambar yang hade aku..








Monday, 5 September 2016

Ammara HFMD

salam..hai readers

3 hari lepas kes ammara sesak nafas tu, sekali lagi kitorang ke emergency sg buloh. gara2 hfmd plak.
besar dugaan untuk cik ara ni.

mulanya tak terfikir pon itu hfmd. tumbuh kat tepi mulut 2 bijik..lepas tu kt pergelangan tangan.ammara ade eczema so susah nak bezakan ruam2 yang naik tu


asben ajak terus ke emergency sebab sekarang kan ada macam2 penyakit

jumpa doc dan doc cakap confirm HFMD. even aku cakap bijik2 tu tumbuh bukan je kat tangan kaki dan mulut. doc cakap yes, hfmd boleh kena merata tempat. kena la kuarantin

hospital siap amek nama dan alamat taska. katenye nak buat check. katenyeee la

so khamis ayah diorang cuti dan jumaat ibu cuti




aku tak sapukan sangat calamine sebab ammara eczema.calamine buat kulit dia makin kering. so just sapu cetaphil + krim dari klinik kt taiping.

hari ahad aku tengok kulit die makin clear.tinggal kuping2. hantar ke taska dan taska terima. legaaa

sekejap sangat kan tempoh kuarantin tu. aku rasa ammara ni kena dah hujung2 kot sebab dia langsung takde masalah untuk makan (takde ulser dalam mulut). alhamdulillah tak teruk.

semoga anak2 ibu terus sihat.aminn

bloggerwidgets