permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 19 October 2016

Gathering GBSB - Taman Botani Putrajaya (15102016)

Salam.. hai readers

GBSB buat gathering lagi. kalini ke putrajaya la kite. biar fair untuk gojes di belah sana kan.hehe
mula2nya macam tak dapat join sebab husband keje. ada sedih jugak sikit. makin dekat gathering makin ramai yang konfemkan nak join. my ada tanya nak pegi sekali tak sebab dia pon husband keje.
1st time aku tanya husband dia tak bagi..huu.tapi tak lama dia reply. pegilaa..pegilaaa. assume husband bagi. terus konfemkan dengan my

pagi hari kejadian baru tanya husband skali lagi.dia cakap. jauh lah.tapi tak drive kan?.err aku cakap.aku drive, my tumpang sebab danish tak sehat. naseb dia bagi




kitorang gerak dari country home pukul 8.30. campur kejadian hampir eksiden, isi minyak, belikan roti untuk budak2 sampai taman botani pukul 9.30




jauhhhh menapak sebab aku 1st time sampai sana, so taktau mana parking yang dekat. banyak parking space tapi kalau nak ke tasik tu better park dekat belah bawah.

sampai2 dah ada mimi, nadt, alin dan rara. gojes dan potluck memang tak dapat dipisahkan. macam2 makanan ada. dan paling rare ofkos kerabu megi.1st time rasa.sedap!. lain2 yang sedap, nasi goreng, bihun goreng, brownies, sandwich, naget, teh tarik, sepegeti, nasi lemak, roti jala, kek batik, cucur + sardin, mee siput



mimi siapkan goodies untuk anak2, belon cecomel, photobooth dan tolong tangkapkan gambar..haih orang paling sibuk gathering kalini mak mimi la.


tengok mimi.hahaha

aku tolong pegang muncung pam je..so sape anak die nak belon kena pam.hahaha
kalini baru aqeel nak berkawan dengan dhia, asyraf, rafif & saif..tengah sibuk mengawal anak2 aku tak perasan aqeel kena langgar basikal.adohai.berderau darah ibu ni nak! rasenye basikal tu tak laju pun sebab aku nampak je aqeel dah jatuh. naseb takde pape, luka sikit je kat tangan. suka gambar2 ni. so aku amek eh leenda.buh tros yang ade watermark.haha





dalam 12.30 kot kitorang kemas2 nak balik. siap tapau mane yang lebih2 tu.haha. 





sebelum sampai kat kereta singgah plak bagi ikan makan.seronok kemain aqeel. 1st time jugak aku rasa die bagi makan ikan. siannn anak ibu.haha. ammara? dia asek berjalannnnn je. bila cakap "meh ibu dukung".dia jawab "tayah!". amboi sangat dia tu.


yang sempat selfie


17 blogger aktif dan sendu. Klik nama diorang nak tau sendu ke tak.haha

My 
Rara 
Alin 
Ciknaa  

alhamdulillah.2.15 kitorang selamat sampai country home.best sangat gathering kalini sebab dapat jumpa geng2 yang jarang jumpa.

P/S : tapi ibu macam dah tobat je nak pegi gathering dengan anak2 je. tak cukup mata rasa nak kawal anak2. so next gath korang? hahaha ;))

Friday, 14 October 2016

Review - Header blog murah

Salam.. hai readers

cantik ke cantik design blog baru kite! haha.

tukar header sebab kengkonon nak pakai domain.domainnya belum beli header dah tukar dulu.kah3

guna khidmat designer kat opis ni.dah alang-alang duduk selang se-cubicle je, try la mintak tolong.hehe. Dyan ni banyak buat design untuk  web je sebelum ni. 1st time dia buat design header.

hasilnya? memuaskan sangat-sangat. dalam 3 hari dah dapat beberapa design untuk dipilih. pastu boleh la nak request tukar gambar ke, colour ke..

harga bergantung pada requirement kita. kalau simple2 ni murahhh je uols.

btw dyan ni freelance designer.kalau perlukan khidmat utk buat web ke graphic ke flash ke boleh jugak contact die.hehe

<Klik gambar untuk ke website Dyan>
Contact No : 0182421461
Email : diyanaaim@gmail.com

p/s : sape2 nak gunakan khidmat dyan ni sebut nama Aznor nanti kite suruh dia bagi murah =))
bloggerwidgets