permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, 18 February 2017

Face Oil Yang Tak Minyakkan Muka Langsung rupanya, WUJUD!

Salam.. Hai readers


Harini nak cerita pasal  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL Dari Purebysafiyyahosman. Selalu orang cakap kalau guna face oil muka mesti naik jerawat. Itu semua mitos ok! 


NO BABE! U WON’T GET MORE PIMPLES IF YOU USE OILS! - Founder Purebysafiyyahosman, SafiyyahOsman.

Esa Golden Jojoba Face Oil ni tidak berminyak bila pakai dan apply dimuka. Hanya titis 1titis di tapak tangan, warmkan dan ratakan ke seluruh wajah. Pakai setiap pagi dan malam sebelum tidur.



Korang berjerawat yang bernanah tu? Jangan risau oil ni sesuai untuk semua jenis kulit .Esa Golden Jojoba Face Oil ni minyak yang paling dekat dengan minyak yang dihasilkan oleh sebum kita. So bila pakai, muka tak kan rasa berminyak dan paling best, tak kan ada minyak-minyak jahat yang keluar berlebihan! Sebab Golden Jojoba oil ni memang power bab control pengeluaran minyak di muka kita.



Minyak ni jugak boleh dijadikan sebagai alas sebelum menggunakan foundation. Bila muka berminyak kan kalau pakai make up sekejap je dah hilang. Pastu kalau kulit kering, bila pakai makeup nampak macam mengelupas pastu bercampuk-campuk bedak kan, haa guna la Esa Golden Jojoba Face Oil ni sebelum pakai foundation. Dijamin terbaik. Yang kulit berminyak, make up boleh la tahan lama, yang kulit kering, kulit korang akan nampak smooth sekata je.



Satu lagi Esa Golden Jojoba Face Oil ni boleh pudarkan parut jerawat lama dan jerawat baru. Kalau konsisten pakai tiap hari 1titis waktu pagi, 1 titis waktu malam, parut-parut jerawat lama boleh hilang..inikan plak jerawat baru kan. So pakai dan guna secara konsisten.

Esa Golden Jojoba Face Oil ni akan meningkatkan daya ketahanan kulit wajah kita. Kulit kita ni tak akan mudah luka dan tak mudah sensitif. Untuk muka kering diusia 40an kalau konsisten guna, jeragat baru tak akan naik di wajah. Ape lagi bleh la beli untuk mak kita. hehe


Esa Golden Jojoba Face Oil ni kan minyak yang baik yang bleh lembutkan kulit, ofkos la dia boleh kurangkan garis dan kedutan kecil pada kulit orang yang kering, normal atau berjeragat sebab dia akan sentiasa lembabkan kulit kita. So kulit akan sentiasa lembut, lembab dan nampak glowing. Bab glowing tu memang jadi kegilaan kan sekarang ni. hehe



Korang tau tak ape tu eczema or psoriasis? ha kalau korang alami eczema atau psoriasis kat muka korang wajib guna Esa Golden Jojoba Face Oil ni setiap hari. Eczema  dan Psoriasis korang akan slow-slow hilang dan kawasan tersebut akan sentiasa lembab dan ada minyak baik.





Banyak betul kebaikan Esa Golden Jojoba Face Oil ni kan. Untuk kulit remaja purba macam iols ni mestila berharap sangat muka tak disinggahi jeragat kan. Esa Golden Jojoba Face Oil ni jugak boleh menghalang pertumbuhan jeragat baru dan mengelakkan wajah dari mudah tumbuh jerawat bernanah. 
Dia kan minyak baik. minyak-minyak jahat semua dia singkirkan. So PH kulit kita akan seimbang la 


Selalu orang mention pasal kebaikan Argan Oil kalau dijadikan face oil kan tapi kenapa founder PureBySafiyyahOsman pilih Golden Jojoba Oil?

1. Sebab Golden Jojoba Oil ni tersangat bagus untuk kulit yang sensitif. Tak kesah la samada kering atau sensitif berjerawat 



2. Golden Jojoba Oil ni ialah minyak yang paling dekat dengan minyak yang terhasil dari kulit muka manusia. Paham ke paham? hahaha. Maknanya minyak yang lebih kurang sama dengan minyak kat kulit muka kita ni



3. Lagi 1, Golden Jojoba Oil ni ada 10000000 kegunaan dan kebaikkan. Korang boleh guna pada kuku, rambut, muka pon boleh.. Kan kita boleh jadikan base sebelum makeup..Memang meletop la hasil dia kan! 

Nanti kite share testimoni orang yang guna face oil Purebysafiyyahosman jadi base sebelum apply foundation. Dan berapa ramai yang sangat berpuas hati guna Esa Golden Jojoba Face Oil Purebysafiyyahosman ni.



Dan korang kena tau ni. Mana nak cari oil face yang sangat ringan dan mudah menyerap sehebat Esa Golden Jojoba Face Oil. Nama je face oil tapi tak terasa minyak dia. Memang terbaik uols



Nak tau lebih lanjut?


IG dan FB Page : purebysafiyyahosman
No Tel : +60194163319


Thursday, 16 February 2017

Review - Deeja Cosmetic sesuai untuk semua jenis kulit

Salam. Hai readers

Mula-mula nak try produk ni takot-takot la jugak sebab muka iols penah melalui zaman kejatuhan bila try 1 produk ni.hahaha. Ini series ye. Muka teruk sangat-sangat. Dengan kering, jerawat, parut. Sampai last sekali ke pakar kulit. Dan alhamdulillah muka kembali ok.

Bila umur semakin menginjak remaja purba ni hati tiba-tiba nak try produk yang orang sembang-sembang kate best ni. Satu je masalah iols. Kulit kusam. Tak berani langsung nak keluar dengan naked face. Kalau setakat pegi pasar malam tu berani la. Hahaha


Pegang je kotak Deeja Cosmetic ni belek-belek. Kemain banyak isinya dalam satu harga.
- Sabun pencuci
- Toner Nano
- Krim Siang
- Krim Malam
- Krim Nano (Malam)
Yang penting produk Deeja Cosmetic ni lulus KKM. So takde la rase was-was nak cuba.


Mula-mula kena la try sabun pencuci tu kan. Sapu-sapu terus rase lembut je muka. Ehh ape ajaib sangat ni. Terus mak fefeeling muka lembut mulus je. hahaha


Next kite pakai toner nano, sejutttt je uols. Segar rasa muka.


Pastu kalau nak keluar sapu la krim siang tu, macam aku cakap kat ig krim siang ni die dah jadi alas bedak. Ko sapu krim siang, letak bedak sikit, eyeliner, lipstik.. zasss siap. Mudah sangat keje mak nak bersiap pegi keje uols.



Krim malam ngan krim nano tu mesti la pakai sebelum tidur kan.. kuning2 muka hah. hehe. Krim-krim yang sapu sebelum tidur ni dia bertindak time kite tidur. So bangun pagi esok terus la cantik. Hahahaha. Ok ni tipu.


Cop cop ni ada tambahan diamond foundation. Ha ade colagen lagi uols. Aritu saje la try lepas krim siang sapu plak foundation ni. Haih floles teruih ha..



Ini pengalaman aku sendiri tau lepas lebih kurang 2 minggu guna Deeja Cosmetic secara tertib. kahkahkah

****************************************************************************************

GARA² MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA

Apa yang korang akan buat lepas terkena minyak panas? Bukan sikit-sikit ye. Sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.



Kulit wajah ni kan aset besar bagi wanita. Satunya mestilah rasa sakit, pastu mestilah sedih dan risau bila jadi camni. Lepas terkena minyak panas wanita ini terus dapatkan rawatan dari hospital. Tapi bahagian yang terkena itu agak besar ofkos lah amek masa yang lama kan untuk sembuh betul-betul.

Awal-awal wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka. Pada masa yang sama dia berharap gel ni dapat membantu  hilangkan parut pada wajahnya.

"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah.",luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Sebab tak tahan dengan masalah kulit yang makin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Sekarang kan ada macam-macam jenis skincare. Nurul ni cari produk yg terbaik, bermutu,selamat dan yang paling penting mendapat pengiktirafan dari KKM. Ofkos la nurul ni cari produk yang mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

"Saya cuba tengok²  produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.

"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.




Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Facebook:

Talian untuk dihubungi:
0196495950
0192495950
0192785950
0176535950
0199459362
0192526838


"Nak Cantik Gebu ??? Haruslah Deeja Cosmetic"


****************************************************************************************
Kalau korang nak tau maklumat yang lebih tepat pasal deeja cosmetic ni boleh ke 
IG : deeja_cosmetic_hq
FB : deeja cosmetic hq

Atau call je diorang kat 019-6945950

P/S : Try la korang Deeja Cosmetic ni. Best! Tak tipu

Monday, 6 February 2017

Ibrahim Family Trip to Terengganu

Salam.. Hai readers

Ibrahim family ni sebenarnya banyak dah trip tapi dulu malas sikit nak update blog. Kalini terajin sikit meh la kita update.

Plan nak ke Terengganu ni pon dibuat 2 minggu sebelum je. Memang kelam-kabut lah kan. Mane nak cari homestay yang still available masa cuti CNY. Alhamdulillah jumpe 1 homestay area Wakaf Beruas.5 minit je dari Mydin Mall KT tu.

Kami gerak dari Kuantan pukul 11 pagi, lepas celebrate birthday january babies. 1st time lalu LPT2. Series mengantuknya jadi co-pilot. Maklumla tak de permandangan menarik langsung, pastu tengah hari panas. Huih.

Sampai KT pukul 1 tengah hari, masing-masing dah lapar. Masuk homestay tinggal beg terus cari kedai makan. Kami lunch kat satu gerai nasi kukus. Lupa plak namanya. Tapi sedap + berpatutan harganya

Lepas makan terus diorang decide mintak asben yang jadi tour guide. kah3. Gelabah bewak la die sebab kitorang pon bukannya tau jalan sangat. Memang la dulu aku study kat ganu tapi tu 8 tahun dulu woi. banyak dah berubah, jalan pon dah banyak one way

1st destination kitorang pegi Masjid Kristal. Tapi masjid kristal ni dah nampak macam tak berjaga kan. Sayang tempat cantik camtu dh berlumut2. 



so tangkap2 gambar terus gerak ke Keropok BTB. Beli keropok lekor, lekor cheese sempat makan-makan petang terus ke Teluk ketapang



Cadangnya nak la singgah ICT PokLong tapi takde rezeki la sebab ramai sangat orang. Kami pon bawak anak kecik2, malas la nak beratur kan. Straight ke teluk ketapang. Menikmati pemandangan ombak besar subhanallah. dari pantai boleh nampak kabin Dapo Pata yang femes tu. Tapi kitorang tak singgah pon sebab perut still kenyang.


Malamnya sebelum pegi dinner bawak family ke Pulau Warisan. Takde ape pon kat sini selain gerai-gerai makan. Budak2 seronok la lepas berlari dalam gelap.haha. Next kitorang plan ke foodcourt Dataran Syahbandar tapi tak jadi jugak singgah sebab konsepnya macam pasar malam tu. Sian plak mak nak berjalan sepanjang tu kan. Terus lah kite ke Pantai Batu Burok dan dinner kat gerai-gerai tepi tu. dah kenyang terus balik homestay.


Hari kedua start dengan breakfast kat Mak Ngah Nasi Dagang. Walaupun sebenarnya dapat sepinggan je. hahaha. dah habes. Next destination mestilah Pasar Payang. Seronok kemain masing-masing shopping sampai habes cash. hahaha. 

Settle kat pasar payang terus lunch kat satu kedai area Asian Delight tu tak silap dan terus zass balik ke homestay.

Dalam pukul 4 kami gerak balik Kuantan, 2 kereta abang ikot LPT2 tapi kami pilih nak balik ikot jalan pantai. sempat la singgah makan sata + ikan, sotong, udang celup tepung. Pastu singgah jap kat Pantai Kemasik. Kami terus balik rumah mertua di Pekan dan family lain overnight kat rumah abang di Polisas


Tamat jalan-jalan kami kali ni. Seronok sangat bila dapat luangkan masa dengan family walaupun 2 orang abang lagi tak join. Panjang umur murah rezeki harap dapat ber family day masa abang yang kat New York tu balik cuti. harappppp sangat. Till then.. daaa

Wednesday, 1 February 2017

Ammara 2nd Birthday celebration

Salam Hai readers

26 Jan 2017, genap 2 tahun ammara jazlyn si mata bulat berambut kerinting ibu. sekejap je kan masa berlalu (cliche la weyyy).
Progress? Mulut macam bertih sama macam abang. Boleh tahan garang walaupun dia perempuan. Slim shady. Berat badan just nice kata orang. Tapi dia agak pemalu, sesuai lah untuk seorang perempuan kan.hehe

25hb malam kitorang dah celebrate birthday ammara berempat. skali lagi kek choc indulgence jadi pilihan abang aqeel. Ye aqeel, bukan ammara si birthday girl. Aqeel memang suka sangat choclate indulgence
Celebrate simple2 je sebab sabtu tu nak celebrate kat kuantan dengan opah, pakcik-makcik + sepupu2 diorang. Tapi ammara happy sangat. Dia dah pandai nyanyi lagu birthday sebab tu dia happy kot. haha



Next celebration kat Kuantan sebab kitorang nak ke Terengganu cuti CNY tu, rumah abang kat polisas. Memang plan untuk celebrate January babies. So beli hadiah siap2 untuk ammara + 2 sepupu. Tak lupa untuk Aqeel jugak.ekeke
Kek mintak abang belikan kat Sungai Wang Bakery. Bentuk hello kitty comel sangat!.Kek pon sedap. Recommended la untuk sape yang duduk kat Kuantan. Hehe





Hadiah kemain banyak. dah 1 hal nak angkut semua ke Terengganu plak.hehe. Cerita Terengganu kita update next time.


Ammara Jazlyn bt Abdullah Shariffudin
Membesarlah sayang dengan sihat dan bijak
Ayah, Ibu dan Abg Aqeel love you!


Thursday, 5 January 2017

Aqeel's going to school

Salam. Hai readers

New experience ni ofkos kena cerita dalam blog.
Semalam is his 1st day at school. Bangun pagi ceria, mandi dengan air paip biasa, excited pakai baju sekolah.hehe

Cuma for the 1st day tu aqeel agak blur-blur.Dia bergerak agak slow, salam cikgu malu-malu, cakap pon tak bukak mulut sangat, senyum pun tak tapi dia langsung tak nangis. Dia follow je kawan-kawan. Maybe sebab dia dah biasa pegi taska.

Bila ibu cakap kat cikgu dia agak blur harini ticer. Cikgu cakap "it's ok puan. 1st day kan. Saya percaya tak lama lagi dia lah hero". Hmm lega hati ibu.

So everything when well for the 1st day and 2nd day ni. Takde drama air mata tapi Aqeel pesan dia nak ibu anta sampai tadika, time balik nak ayah ada. Maybe dia tengok kawan-kawan lain ibu ayah still tunggu. Ok sayang. Take your time. Ibu takde masalah pon nak hantar Aqeel sampai school hari-hari.



bloggerwidgets