permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 1 February 2017

Ammara 2nd Birthday celebration

Salam Hai readers

26 Jan 2017, genap 2 tahun ammara jazlyn si mata bulat berambut kerinting ibu. sekejap je kan masa berlalu (cliche la weyyy).
Progress? Mulut macam bertih sama macam abang. Boleh tahan garang walaupun dia perempuan. Slim shady. Berat badan just nice kata orang. Tapi dia agak pemalu, sesuai lah untuk seorang perempuan kan.hehe

25hb malam kitorang dah celebrate birthday ammara berempat. skali lagi kek choc indulgence jadi pilihan abang aqeel. Ye aqeel, bukan ammara si birthday girl. Aqeel memang suka sangat choclate indulgence
Celebrate simple2 je sebab sabtu tu nak celebrate kat kuantan dengan opah, pakcik-makcik + sepupu2 diorang. Tapi ammara happy sangat. Dia dah pandai nyanyi lagu birthday sebab tu dia happy kot. haha



Next celebration kat Kuantan sebab kitorang nak ke Terengganu cuti CNY tu, rumah abang kat polisas. Memang plan untuk celebrate January babies. So beli hadiah siap2 untuk ammara + 2 sepupu. Tak lupa untuk Aqeel jugak.ekeke
Kek mintak abang belikan kat Sungai Wang Bakery. Bentuk hello kitty comel sangat!.Kek pon sedap. Recommended la untuk sape yang duduk kat Kuantan. Hehe





Hadiah kemain banyak. dah 1 hal nak angkut semua ke Terengganu plak.hehe. Cerita Terengganu kita update next time.


Ammara Jazlyn bt Abdullah Shariffudin
Membesarlah sayang dengan sihat dan bijak
Ayah, Ibu dan Abg Aqeel love you!


2 comments:

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets