permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 6 February 2017

Ibrahim Family Trip to Terengganu

Salam.. Hai readers

Ibrahim family ni sebenarnya banyak dah trip tapi dulu malas sikit nak update blog. Kalini terajin sikit meh la kita update.

Plan nak ke Terengganu ni pon dibuat 2 minggu sebelum je. Memang kelam-kabut lah kan. Mane nak cari homestay yang still available masa cuti CNY. Alhamdulillah jumpe 1 homestay area Wakaf Beruas.5 minit je dari Mydin Mall KT tu.

Kami gerak dari Kuantan pukul 11 pagi, lepas celebrate birthday january babies. 1st time lalu LPT2. Series mengantuknya jadi co-pilot. Maklumla tak de permandangan menarik langsung, pastu tengah hari panas. Huih.

Sampai KT pukul 1 tengah hari, masing-masing dah lapar. Masuk homestay tinggal beg terus cari kedai makan. Kami lunch kat satu gerai nasi kukus. Lupa plak namanya. Tapi sedap + berpatutan harganya

Lepas makan terus diorang decide mintak asben yang jadi tour guide. kah3. Gelabah bewak la die sebab kitorang pon bukannya tau jalan sangat. Memang la dulu aku study kat ganu tapi tu 8 tahun dulu woi. banyak dah berubah, jalan pon dah banyak one way

1st destination kitorang pegi Masjid Kristal. Tapi masjid kristal ni dah nampak macam tak berjaga kan. Sayang tempat cantik camtu dh berlumut2. 



so tangkap2 gambar terus gerak ke Keropok BTB. Beli keropok lekor, lekor cheese sempat makan-makan petang terus ke Teluk ketapang



Cadangnya nak la singgah ICT PokLong tapi takde rezeki la sebab ramai sangat orang. Kami pon bawak anak kecik2, malas la nak beratur kan. Straight ke teluk ketapang. Menikmati pemandangan ombak besar subhanallah. dari pantai boleh nampak kabin Dapo Pata yang femes tu. Tapi kitorang tak singgah pon sebab perut still kenyang.


Malamnya sebelum pegi dinner bawak family ke Pulau Warisan. Takde ape pon kat sini selain gerai-gerai makan. Budak2 seronok la lepas berlari dalam gelap.haha. Next kitorang plan ke foodcourt Dataran Syahbandar tapi tak jadi jugak singgah sebab konsepnya macam pasar malam tu. Sian plak mak nak berjalan sepanjang tu kan. Terus lah kite ke Pantai Batu Burok dan dinner kat gerai-gerai tepi tu. dah kenyang terus balik homestay.


Hari kedua start dengan breakfast kat Mak Ngah Nasi Dagang. Walaupun sebenarnya dapat sepinggan je. hahaha. dah habes. Next destination mestilah Pasar Payang. Seronok kemain masing-masing shopping sampai habes cash. hahaha. 

Settle kat pasar payang terus lunch kat satu kedai area Asian Delight tu tak silap dan terus zass balik ke homestay.

Dalam pukul 4 kami gerak balik Kuantan, 2 kereta abang ikot LPT2 tapi kami pilih nak balik ikot jalan pantai. sempat la singgah makan sata + ikan, sotong, udang celup tepung. Pastu singgah jap kat Pantai Kemasik. Kami terus balik rumah mertua di Pekan dan family lain overnight kat rumah abang di Polisas


Tamat jalan-jalan kami kali ni. Seronok sangat bila dapat luangkan masa dengan family walaupun 2 orang abang lagi tak join. Panjang umur murah rezeki harap dapat ber family day masa abang yang kat New York tu balik cuti. harappppp sangat. Till then.. daaa

3 comments:

  1. org kuantan ke?? dekat sgtlah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xla.. yand duk kuantan tu abang. hehe

      Delete
  2. cuti sekolah tadi pegi KT gak. Raya ni insha allah akan ke sana lagi. Awak duduk homestay kat mana tu? Kalau best boleh la rekomen.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets