permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 18 September 2017

Aqeel : beguk

Salam.. hai readers

Harini masuk 9 hari lepas aqeel kena beguk atau nama lain nya jangkitan di kelenjar air liur atau nama cantik sikit, bengkak cantik.

Bengkak mula keluar hari ahad lepas. Ibu yang paranoid ni ofkos akan terus bawak anak laju2 ke hospital. Takot la hoi tengok leher anak tiba2 bengkak. Sampai hospital nurse check suhu dah demam pulak. Memang aqeel lemah sangat2.


Masa jumpa doc..doc check dari tekak sampai ke bebird aqeel. Nak tengok ade bengkak tak sebab jangkitan tu bleh buat tel*r bengkak jugak. Tapi alhamdulillah tak sampai ke situ. Doc diagnose sebagai beguk. Aqeel dapat mc 3 hari dengan ubat demam + antibiotik


Knowing my son, die memang susah betol nak telan antibiotik. So ibu tak bagi, just bagi ubat demam. Isnin dan selasa ibu ayah gilir2 cuti. Aqeel still lemah, demam dah kurang. Malam2 mesti mengadu sakit kepala. Siannnn anak ibu

Rabu ibu kena jugak hantar aqeel ke daycare sebab ibu kena pegi checkup. Kat daycare cikgu selalu letakkan nila + cuka. Nak bagi surut bengkak.

Khamis dan jumaat aqeel still duduk daycare. Tak sampai hati ibu nak bagi aqeel pegi sekolah. Kepala still tak boleh toleh kanan. Makan kurang selera. Sakit kepala pon still ada.

Sabtu dan ahad ibu dah boleh dengar aqeel bergaduh ngan ammara. Maknanya ape tu? Maknanya aqeel dah sehat. Selera makan pon baru nak ada. Demam memang dah tak ade tapi sakit kepala tu dia selalu ngadu malam2 masa tidur. Bengkak tu still ada tapi tak sebesar ahad lepas. Takes time kot nak surut.



Dan harini aqeel start sekolah balik. Alhamdulillah tak de ragam2. Harap2 bengkak tu akan surut dan aqeel akan terus sehat.. aminnn

2 comments:

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets