permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, 12 February 2018

Dugaan selepas bersalin

Salam.. hai readers.

Kalini nak share dugaan / kesakitan yang aku lalui lepas bersalin anak ke-3 ni. 1st time rasa semua ni. 



Sampai je kat wad aku qado tido. Sampaikan asben mesej tanye nak bawak barang apepon aku tak reply. Naseb durra pon tidur same. Terbangun pon sebab doc datang nak check jahitan. Asben datang melawat petang tu sempat la aku mandi, makan semua. Elok je asben balik, tiba2 rasa sakitttt sangat perut. Macam contraction tu. Aku berdiri nak amek baby dalam cot pon menunduk. Sakit sangat taktau kenapa. Sekali tu aku nak letak durra dalam cot lepas nyusu, rase ade benda keluar. Amende tu? Terus pegi toilet. Ade 2 ketul blood clot sebesar tapak tangan. Takuit betul aku nengoknye. Naseb nurse kate takde pape tu..just blood clot. Ingatkan lepas dah keluar tu hilang la sakit. Tidak ye tidak. Sakit mcm contraction tu datang 5 minit skali..

Dah balik rumah pun still sakit. Mak cakap takpenah2 aku balik rumah lepas bersalin teruk sangat gitu. Selalunye aku cergas je. Ini tahap berjalan pon kena pegang orang.  Mak cakap macam rengat ni. Tiba2 aku teringat ubat periuk. Terus tanye tasya macam mane nak minum. Lepas minum tu rase la kurang sikit. But still sakit. 

Esoknye nurse datang rumah check baby, die cakap baby kuning so kena g kk cek darah. Alang2 cek kuning tu nurse suruh mintak ubat tahan sakit untuk rengat skali. Aku plak ade alahan painkiller. So doc just bleh bagi panadol je. Jadik la nak kurangkan sakit tu. Pastu mak suruh tungku kt rahim tu kot bleh kurangkan rengat.


Lepas urut nampak sedikit ceria

Hari jumaat baru cl datang..lepas urut 1 badan baru rasa legaaa sangat. Jalan pon dah ok. Alhamdulillah.

Habes berurut 3 hari, beberapa hari lepas tu tengah mandi rasa nak pitam. Allah kenapa pulak la ni.. badan memang letih sangat2. Mane nak kejut addura 2 jam skali bagi susu. Rehat memang tak cukup. Ubat2 pantang pon takleh makan sebab addura kuning. Check kat klinik katenye lack of rest..so doc cadang anak tidur aku kena tidur. Tu je caranya..lama2 dah bleh adapt. So kurang la sakit kepala tu.

Baru elok sakit kepala, tiba2 kena bengkak susu pulak..allahuakbar. yang ni memang takleh nak describe sakit die..mase kena ni mak takde. Mak balik taiping kejap. Memang harap kat asben semuanya. Tidur malam pon asben yang kejut bile durra nak susu. Siap demam gigil2. Esoknye ke klinik lagi. Doc tambah panadol pastu dapat antibiotik. Kalau tak surut jugak bengkak kena refer hospital 😣. Aku dah terbayang2 takut kes yang bernanah dalam breast tu 😨

Alhamdulillah hari ke-22 ni aku dah betul2 sehat. Addura pon harapnya last la cek darah harini. Hari jumaat ritu cek 112. Kena bawah 100 baru takyah cek darah dah. Harapnya berterusan la sampai habes pantang. Aminn.

4 comments:

  1. Mmg sakittt kan weh rengat tu. Mmg sbijikk mcm contraction kuat..
    Mse dayyin aku kene.. mmg mnunduk xtau hala nk tahankn cmne.

    Insyaallah last la addura chck kuning tu.. trus turun tau addura..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tobat la ingt rengat tu

      Aminn3..harap last cek darah durra arini

      Delete
  2. akk mmg jenis ada rengat sis..skt mmg sakit..rengat ni kata nurse dia ikut anak ke berapa kita bersalin..kalau anak pertama sehari jela skt..kalau anak k3 sampai hari ketiga sakitnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaa mmg btol la sy ritu 3 hari sakitnyeee 😢

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets