permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, 8 February 2018

Pengalaman Bersalin Addura Jazmyn (Part 2)

Salam.. hai readers.

Jom sambung cerita bersalin yang panjang tu.

21.1.2018 (Ahad)
Start pukul 1 sampai 3 pagi kami sebilik dapat tido dengan aman la tanpa gangguan. Kul 4 nurse dah panggil nama2 untuk buat ctg. Buat ctg still la contraction kuat. Nurse pon heran sakit tu tak berkurang. Diorang ingat aku minum air selusuh. Padahal tak ponnn.

Doc round check, ve baru 3cm. What! Why so slowww. Mentally memang down habes. Teringat anak2. Teringat family yang menunggu kat rumah. Kawan2 pon tak berenti whatsapp tanye condition. Down sangat tahu. Down!. Aku just update semua dalam 1 mesej pastu send. Lepastu terus tak tengok enpon. Taknak makin down.


Rinduuuu 😢

3 orang kawan sebilik dah kena tolak masuk labor room 😭. Kite masih disini. Pagi tu banyak betul kes. Ade 3-4 orang besalin atas katil wad. Pastu red alert tu asek berbunyi je. Maigaddd..menakotkan la.

Tak direview sampai la ke petang. Pesan kat asben mintak bawakkan kotiaw goreng untuk dinner. Lapaaa sangat rase. Nak dekat maghrib doc panggil nak review. Buat ctg dan skali lagi ctg baby tak cantik. Asek hilang2. Masuk lagi air sebotol sambil ctg. Masa ni sakit makin kuat n kerap.

Siap je ctg terus jumpe asben kat luar. Die bawak aqeel ngan ammara. Ibu nanges.. ibu rinduuuu 😭. Asben turun kejap belikan makanan. Sambil sembang ngan aqeel tu sakit contraction rase kuat sgt. Aku pikir maybe sebab masuk air tadi. Elok asben sampai je tibe2 rase panas. Lap kat kaki tgk darah. Alamak2 apo ni. Takpenah2 turun darah. Banyak plak tu. Asben bagitau nurse nak wheelchair. Aku bkn takleh jalan tapi aku maluuuu sebab darah nitik2 😂

Sempat lagi kena sound ngan mak guard yg tolak wheelchair tu "dik kalau dah sakit jangan keluar" haiii ringan je mulut aku ni. Sakit memang dah lama cik, tp bukaan xdeee 😒

So asben gegas bawak balik budak2. Die risau kot aku nak terberanak dah. Aku cakap belommm, g balik tido rehat. Pape aku call.

Kotiaw yang asben beli kupandang sepi je. Hilang terus selera. Dengan sakit makin kuat. Berjalan2 la aku dalam wad tu. Penat. Baring atas katil konon nak lelap. X dapat la der..sakit tahap mengerekot2 kaki. Allah. Naseb ramai geng yang menahan sakit malam ni. Aku dah risau kot semua yang sakit tu nak besalin waktu yang sama, harus tak cukup labor room.

22.1.2018 (Isnin)
Cut it short. Pukul 5 pagi memang sakit dah menggila tapi doc belom panggil untuk ve. Aku mandi air suam2..sedapnya rase. Sambil tunggu subuh, aku dengar makin ramai yang mengerang. Ok. Aku still bleh tahan. Sabar keh baby. Harap2 kalau baby nak keluar kite sempat masuk labor room. Gitu doa aku.

Asben tanya nak ape2 tak..aku suh tunggu doc review dulu, kalau still takde bukaan aku nekad nak tanya doc ape plan diorg. Kalau tak nampak pape yang boleh aku wat kat spital ni aku nak mntk balik. Nampak? Tahap stress aku. Asben plak dah g opis pagi tu. Tapi aku tak risau sebab opis die pon dekat je dengan spital. Dalam 20 minit lebih kurang.

8.40 doc panggil untuk review. Belom sempat pape die suruh baring nak ve. Doc ve sambil bukak jalan. Tibe2 pop! Pecah ketuban. Doc tu terus jerit "8cm, labor room!".. takpenah2 aku masuk labor room kena usung ngan katil. Hahaha. Kalini masuk labor room 17. Tak dapat labor room 15 macam aqeel n ammara dulu. Sempat lagiii. Sebelum masuk labor room, sempat whatsapp asben bagitau nak masuk labor room dah tapi takdan la tengok delivered tak.

Dalam labor room doc check lagi sekali rupenye baru 5cm. Tapi ikot sop memang 5cm dah kena masuk lr. Dah masuk lr kan..sah2 la perut kena ikat ngan ctg tu. Sakit masih leh tahan. Nurse drip dengan ubat kuatkan contraction. Aku benci betul part ni..sakit die memang takde ampun tau. Sakit yang gile2 sampai melentik2 badan. Tiap kali sakit, aku ngiring ke kanan, genggam palang katil ngan genggam bantal sambil tutup mulut. Punye la taktahan sakit tu. 

Btw dalam lr ni ade nurse practical yang sedang diajar oleh nurse. Diorang akan hands on semua benda la kire. Belajar cane nak ve, macam mane nak keluarkan air kencing, sambut baby, keluarkan uri, jahit.. ha gitu la..

Dalam 11.40, doc datang ve lagi baru 7cm. Ko tengok? Dalam lr pon progress still slow. Doc suruh try teran. Aku teran, terus doc cakap hah dah nampak kepala..boleh dah ni. Doc panggil asben masuk. The best part bersalin kalini, teran tak sampai 2 minit sedebuk addura keluar.. terus dapat skin to skin. Lamaaaa jugak la sambil nurse keluarkan uri.



Settle semua dalam pukul 1. Lama jugak sebab semua budak praktikal yang buat kan..untungnya jahitan diorang kemas la 😅. Kemas sampai rase nak alih duduk pon takot.



Habes dah part bersalin. Tapi kesakitan tu tak habes lagiiii. Cerita lepas bersalin next post la..sebab post ni dah panjang sangat. Daaa

4 comments:

  1. cepat update bab sakit, aku mmmg sukaaaaaa sgt baca pengalaman bersalin orang.. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk preparation mental fizikal ke cane tu wa 😂

      Delete
  2. Ehhh dh nmpk kepala teran xbyk la ye trus addura kuar..

    Ehh mmg sakit tu smbil mrengkot2 mcm udang kan.. aku rse la mse diysa tu..huhu. smpi bole nanges..

    Ok next...kesakitan ape pulakkk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah teran tak lama.tapi baru 7cm masa tu..memang x kan bukak habes ke cane aku pon taktau 😂

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets