permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, 6 February 2018

Pengalaman Bersalin Addura Jazmyn (Part 1)

Salam..hai readers

Harini dah masuk hari ke-16 Addura lahir. Dibu rase kena simpan kenangan kelahiran setiap anak kat blog ni. Biarlah tak ramai readers pon kan. Hehe

Kalau orang kate semakin ramai anak semakin mudah kelahiran, mungkin tak kot bagi aku. Rezeki lain kan masing2. Rase nak letak #mungkinbongsu je ni. Hahaha.

18.1.2018 (Khamis)
Harini memang apply half day sebab ade checkup 38 weeks. Mase timbang berat turun 1.5kg. Amazingnya rasa sebab mengandung 3-3 takpenah2 berat turun.hahaha. bila up status kat fb kawan2 cakap tu tanda nak bersalin.

Habes checkup agak awal, tibe2 rase nak cuci mata kat kaison. Terus la ke SCM. Jalan2 dalam tu sambil perut mengeras2..

Balik keje rase flat sangat. Dinner pon asben yang masakkan. Tapi malam tu tido still bleh lena

19.1.2018 (Jumaat)
Rase macam tak larat nak pegi keje, tapi pikir ade kje lg nk settlekan + ade sikit lagi nak handover. So gigihkan jugak drive pegi opis. Time ni rase nak jalan pon dah taklarat. Taktau kenapa. Contraction dtg dan pergi. 

Kawan2 opis dah nampak muke aku menahan sakit. Diorang suruh balik. So lepas lunch terus kemas barang2 memang macam nk start maternity leave dah. Aku sendiri tak sure sebab 2 anak sebelum ni memang aku sendiri amek cuti awal seminggu dari edd. Kalini tak sempat sampai cuti yang diplan tu pon.


Memakhluk aneh ni nyempat je dalam org sakit2

Sampai rumah baring kat katil terus lenaaaa..lena yang betul2 lena. Rupenye tu la last dpt tido lena. Start maghrib, contraction mcm dh 5 minit skali..dalam pukul 10.30 call mak mintak datang temankan anak2 tido. 

20.1.2018 (Sabtu)
Pukul 1.30 pagi sampai di Wad Bersalin Hospital Sg Buloh. Terus ke pac. Mase ctg, nurse ckp ctg baby tak cantik. Masuk doc, ve 1cm je tapi contraction kuat. Check temp, aku demam! 37.6°c. Whyyyyy! Aku sendiri taktau. Terus doc suruh makan paracetamol dan drip sebotol air. Dalam masa drip tu ctg still tak cantik. Nurse siap dah prepare surat untuk czer. Allahuakbar. Habes je sebotol air, baru ctg cantik. Fuhhhh selamat!.


Berdarah2 punye cemas nurse drip air 😂

So awal pagi tu berlalu sambil duduk di kerusi kat pac tu je..duduk sambil tahan contraction 😌. Pukul 6.30 pagi baru doc ve lg. Still 1cm-2cm. Scan nampak big baby. 3.5kg and above. Berharap sangat doc bagi discharge tapi non hadoooo..sebabnya walaupun bukaan tak besar, sakit tu kuat. #groupgonj tak henti2 tanye progress tanye keadaan aku. Sampai aku taktau nak update ape..sebab no progress.. so saddd. Sori kesayangans.

Suruh asben balik dulu, sebab takde progress pon ni. Alhamdulillah pagi tu dah dapat katil. So selesa la sikit nak mandi solat kan.

Lunch asben datang bawak sikyam..siap pesan belikan nenas. Nenas katenye natural inducer. Sikyam tak abes, nenas yang licin 😂😂😂

Start lepas asar dah turun tanda coklat2 tu. Contraction still kuat 5 minit skali. Dan ianya terusss begitu sampai ke malam.


Malam asben datang lagi bwk dinner spegeti dgn brownies sebab kebetulan birthday mak 20hb tu. Asben dtg siap bawak surprise. Surprisenye die bawak aqeel. Haha bagi dibu lepas rindu. Aqeel asek tanye bile ibu nak balik..bile baby nak keluar. Alaaaa ibu sedeyyyy. Die taknak balik. Nak tidur kat luar tu. Maigadddd.. pujuk2 cakap aqeel balik ye tido ngan ayah. Esok ibu balik bawak baby (walaupun ibu tau itu mustahil) 😭



Happy birthday mak..sori banyak sgt susahkan mak 😭

Nampaknya cerita kelahiran addura ni kena ade 2 part sebab panjanggg sangat. Next time dibu sambung part tu untuk 2 hari lagi ye

2 comments:

  1. Cecepat smbung.. ttibe aku pun terasa diri ditempat ko menahan sakit tu..
    Last2 baca. Sori byk susahkan mak..aku dah termengalir airmataaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soon aku sambung. Huhu..
      Sedey kannn 😭😭😭

      Delete

Tinggalkan komen anda

bloggerwidgets